Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Bipolar Disorder, Penyakit Mental Yang Melanda Rakyat Malaysia Tanpa Disedari

Menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang

PERNAHKAH anda tiba-tiba terlalu gembira dan tidak dapat mengawal keghairahan berbelanja sehingga melebihi kemampuan? Kegembiraan keterlaluan atau ‘mania’ yang tergolong dalam gangguan mental bipolar boleh mengundang pelbagai masalah kepada pesakit sehingga mengakibatkan sesetengahnya bertindak agresif tanpa disedari.

Gangguan dwikutub atau bipolar adalah sejenis gangguan otak yang menyebabkan perubahan luar biasa pada emosi, tenaga dan keupayaan seseorang. Ia berbeza dengan rasa ‘tiada mood’ yang dialami kebanyakan orang kerana gangguan ini dianggap masalah serius dan boleh menjejaskan hubungan, prestasi kerja dan pelajaran.

Mania dan kemurungan menyebabkan seseorang pesakit hilang rasional berfikir. Ia biasanya berlaku pada penghujung umur remaja dan awal dewasa. Bagaimanapun, masalah mania ini juga boleh membabitkan orang lebih tua dan kanak-kanak.

Punca sebenar gangguan bipolar masih tidak diketahui dengan tepat, tetapi saintis percaya gangguan bipolar disebabkan pelbagai faktor yang bertindak bersama mencetuskan masalah pada otak. Antara faktornya ialah keturunan. Individu yang ada sejarah keluarga mengalami gangguan bipolar mempunyai risiko tinggi mendapat masalah ini.

Gangguan bipolar menyebabkan perubahan emosi berepisod, iaitu daripada terlalu gembira kepada sedih dan hilang semangat; kemudian gembira semula di antara emosi ‘normal’. Perubahan emosi ini selalunya diikuti perubahan tenaga dan kelakuan. Keadaan berubah-ubah antara terlalu gembira dan sedih dipanggil episod mania dan kemurungan.

Bagaimanapun, masalah ini sukar dikesan kerana pesakit biasanya tampak gembira dan progresif. Dua sifat positif ini secara tidak langsung melindungi masalah sebenar yang dihadapi pesakit, sedangkan mereka juga mengalami pelbagai gejala kemurungan yang berulang.

Pakar Psikiatri Forensik, Dr Badi’ah Yahya, berkata masalah ini yang semakin menular di kalangan masyarakat, terutama golongan dewasa, tidak boleh dipandang ringan bagi mengelak ia menjadi bertambah serius.

Katanya, walaupun gangguan ini sukar dikesan, pesakit perlu diberi rawatan dengan mendapatkan khidmat kaunseling pakar psikologi atau perubatan sesuai kerana jika dibiarkan, lama kelamaan ia menjejaskan kesihatan mental.

Malangnya, beliau berkata, kebanyakan pihak menganggap gangguan mania sebagai sesuatu yang positif kerana membuatkan mereka aktif dan gembira melayan perasaan sendiri. Yang membimbangkan, keadaan itu boleh membuatkan seseorang tidak dapat mengawal pemikiran, sekali gus mempengaruhi tingkah laku masing-masing sehingga menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Gangguan mania yang menjejaskan otak boleh mempengaruhi perasaan seseorang dan pada masa sama individu terbabit akan mempamerkan tindakan drastik. Ia berikutan keupayaan seseorang individu yang mengalami mania meningkat mendadak sehingga mengakibatkan mereka terlalu gembira dan ada di dunia sendiri.

“Selain terlalu gembira, individu yang mengalami gangguan bipolar boleh ‘diserang’ kemurungan. Mereka sering kelihatan sedih, mudah putus asa dan lebih suka menyendiri. Malah, mereka juga hilang minat untuk melakukan kegiatan digemari,” katanya.

Secara umumnya gejala gangguan bipolar dibahagikan kepada dua iaitu mania dan kemurungan.

Ada kalanya episod mania dan kemurungan yang serius turut mempunyai simptom psikosis seperti halusinasi (mendengar suara ghaib) atau delusi (mempercayai perkara yang tidak wujud). Keadaan ini timbul apabila pesakit dalam keadaan ekstrem. Oleh kerana pesakit turut menunjukkan gejala psikosis, mereka sering disalah anggap mengalami skizofrenia.

Seseorang pesakit boleh mengalami beberapa gejala pada satu masa. Mereka mungkin menghadapi masalah sukar tidur, selera makan berubah, resah, psikosis dan ada fikiran mahu membunuh diri. Mereka mungkin sangat sedih dan tidak berguna, tetapi pada masa sama pesakit berasakan sangat bertenaga.

Walaupun gangguan bipolar kerap berlaku pada peringkat awal dewasa, ia boleh melanda kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami gangguan bipolar menunjukkan perubahan emosi ketara antara riang dan murung dalam masa sehari. Mereka lebih mudah terganggu dan cenderung menunjukkan sikap pemarah daripada sikap riang.

Dr Badi’ah berkata, pesakit juga lebih cenderung untuk hilang minat terhadap apa jua aktiviti dilakukan. Sebaliknya mereka lebih gemar menyendiri dan kurang selesa dengan kehidupan dijalani.

Tumpuan pesakit juga merosot dan sukar membuat keputusan. Gejala seperti ini akhirnya menjejaskan kualiti hidup pesakit, manakala prestasi kerja atau pelajaran turut merosot.

Diagnosis gangguan bipolar dibuat berdasarkan gejala yang ditunjukkan, punca, bila berlaku dan sejarah keluarga. Dalam hal ini, keluarga perlu bersikap lebih prihatin dan jika ada anggota keluarga mula menunjukkan gejala itu, segera dapatkan rawatan.

Ini kerana jika kemurungan dibiarkan tanpa rawatan, ia boleh menjadi serius sehingga menimbulkan keinginan membunuh diri. Jika ada ahli keluarga berkata dia mahu membunuh diri, jangan dipandang ringan kata-katanya kerana ia petanda penting kepada masalah dalaman yang melanda dalam diri pesakit.

Gejala mania dan kemurungan boleh berulang bila-bila masa. Di antara waktu serangan ini, kebanyakan pesakit bebas daripada gejala. Pesakit gangguan bipolar boleh menjalani kehidupan sihat dan produktif seperti orang lain dengan syarat mendapat rawatan sewajarnya. Tanpa rawatan, gangguan mental akan bertambah buruk dan episod mania-kemurungan lebih kerap berulang.

“Bagaimanapun, gangguan itu boleh dirawat dengan pelbagai cara jika pesakit, keluarga mahupun masyarakat di sekitar mereka bekerjasama. Yang penting, mereka perlu mendapatkan rawatan perubatan selepas menjalani pemeriksaan doktor, kaunseling psikologi dan memberi peluang kepada diri untuk memperbaiki keadaan,” katanya.

Rawatan berterusan akan memberi kesan lebih baik kepada pesakit berbanding rawatan sekali sekala. Pun begitu, walaupun menjalani rawatan berterusan, pesakit masih boleh mengalami perubahan emosi dan jika ini berlaku, ahli keluarga perlu segera melaporkannya kepada doktor.

Pada masa sama, ahli keluarga perlu banyak bersabar dan memainkan fungsi penting untuk membantu pesakit. Mereka memerlukan sokongan berterusan dan penjaga yang sentiasa bersedia membawa pesakit mendapatkan rawatan. Antara cara yang boleh dilakukan ialah menyertai kumpulan sokongan bagi masalah berkenaan.

Gejala mania

> Tenaga meningkat dan boleh melakukan banyak aktiviti.
> Terlalu gembira atau sedih.
> Sangat mudah resah.
> Berfikir dan bercakap cepat, idea berubah-ubah.
> Sangat sukar menumpukan perhatian.
> Sukar tidur dan berasakan tidur sekejap mencukupi.
> Percaya kepada perkara tidak realistik seperti kebolehan seseorang.
> Lemah pertimbangan.
> Suka berbelanja besar.
> Perubahan kelakuan yang berpanjangan.
> Nafsu seks meningkat.
> Menyalahgunakan dadah, alkohol dan ubat tidur.
> Sentiasa menafikan dirinya bermasalah.

Gejala kemurungan

> Kesedihan, keresahan dan rasa kosong yang berpanjangan.
> Rasa tidak berguna dan pesimis.
> Rasa bersalah dan tidak berdaya.
> Hilang minat pada aktiviti digemari, termasuk seks.
> Rasa tidak bertenaga dan cepat penat.
> Sukar menumpukan perhatian.
> Sukar mengingat dan membuat keputusan.
> Mudah resah dan terganggu.
> Tidur terlalu banyak atau tidak boleh tidur.
> Selera berubah (berat badan bertambah atau menurun tanpa disedari).
> Sentiasa sakit (bukan disebabkan kecederaan fizikal).
> Ada keinginan hendak membunuh diri

21 comments on “Bipolar Disorder, Penyakit Mental Yang Melanda Rakyat Malaysia Tanpa Disedari

  1. ayin
    November 19, 2010

    sy mngalami masalah ini tolong bantu saya

    • student u
      Januari 17, 2011

      sye juge…ayin jmpe doktor atau dpatkn khidmat kaunseling…msalah ni kalau dibiarkan akan mnjadi smakin teruk…

  2. jc
    Januari 26, 2011

    sy ada seorang kwn y menghidapi bipolar, bgaimana kah cra nye utk membantu nye. di hospital mne leh sy bwa die utk rawatan dn leh ke die di msuk kn di hospital memandang kn kwn sy ni telah beberapa kali mencedera kan org termsuk suami nye. sy hrp sgt sekra nye, sy dptjawapan dgn kadar y sgera krn kwn sy tdak dpt mengawal emosinye. tksh.

  3. siska
    Februari 21, 2011

    kwn sy menghidap penyakit murung tetapi beberapa kali sy bawa jumpa dr n dia tak mau masuk klinik lah? sy tak tau mau macam mana?

  4. Mahadi
    Mei 24, 2011

    Isteri saya boleh jadi marah berlebih-lebihan atas sebab yang kecil sedangkan sebelumnya dia ceria & happy. Dan bila dia marah, akan megambil masa yg lama untuk dia pulih dan menjadi ceria semula. Pernah terjadi sebab saya pakai pakaian yg dia tak berkenan pun boleh jadi sebab dia nak minta cerai, sedangkan sebelum dia marah, kami baru sahaja bergelak ketawa melihat telatah anak. Adakah ini simptom bipolar disorder?

    • hanzalah
      Oktober 14, 2012

      ya,boleh jadi disorder lain jgk

  5. cik kutip
    Ogos 9, 2011

    saya tinggal di johor baharu…dah saya adalah salah seorang pesakit bipolar disoder.dimanakah saya atau keluarga saya boleh mendapatkan kumpulan sokongan disini…terima kasih.

  6. rina
    Disember 17, 2011

    saya nak tau sy ade bipolar ke ? sy cuma ada simptom2 mania . sbb stakat no saya x ada pulak kemurungan dan menyendiri . saya banyak habiskan masa dengan kawan2 .

  7. Zuraida Darus
    Februari 29, 2012

    semua gejala dan simptom2 bipolar disorder ada pada saya, keluarga pun tidak membantu, saya terasa amat perit bila berhadapan dgn situasi marah melampau, sedih melampau…dsbnya. kemana harus saya tuju untuk mengubati penyakit ini?

  8. Annamolly
    April 1, 2012

    Sya rasa sy ada penyakit ni apa sya boleh buat ?

  9. misi cun
    April 14, 2012

    saya baru di sahkan bipolar disorder,tapi saya rasa saya sihat je,cuma terlebih peramah je,disebabkan keluarga saya ada pyk ni,dr kata saya pun dpt juga.

    • kamal harun
      Julai 27, 2015

      Salam.

      Hope awak mengambil ubat secara berterusan. Insyaallah ok.

      Ubat di ambil – kalau bukan setiap hari, seminggu sekali pun ok, atau dua minggu sekali…

      Salam.

  10. Rizal
    Mei 15, 2012

    salam…mcmana nak bt checkup utk penyakit ni? sy selalu cpt stress pada bnde2 remeh. cepat moody sepanjang hari…gemar bercakap sorang2…..cepat hilang fokus….klu kat tmpat org ramai sy jadi kekok rasa smua org tgh peratikan saya……sy ada masalah silam yg buat sy anti-sosial & sukar percayakan org…..skrg asyik pikir pasal nak put my self to sleep….sy btul2 iginkan bantuan …..tolong saya…..

  11. kak tomtom
    Januari 26, 2013

    Salam…pada mereka yang perlukan bantuan berkenaan bipolar disorder di malaysia ni, sila ke laman web http://www.psychiatry-malaysia.org/. Ada senarai-senarai hospital yg berkaitan. Laman web ni lebih kepada yg adsense 🙂

    Tolong dapatkan bantuan untuk rakan2 yg memerlukan atau diri sendiri. Bipolar disorder ni selalu disalahertikan dengan attitude problem, macam2 gelaran yg orang panggil dsb, so dapatkan bantuan perubatan. Macam macam ubat ada, hanya makan pil saja.

    Sebagai seorang yg percayakan tuhan, pendekatan cuba mendekati tuhan tu jugak bagus dan saya percaya solat 5 waktu, disiplin masa kerja/tidur tu penting untuk memastikan saya takda masalah dengan hypermania/depression.

    Bagi yg rajin membaca tu banyak laman web yg ada untuk membantu mendalami masalah ni. Mungkin agak sukar untuk menjalani diagnosa bipolar disorder di Malaysia ni, so kalau rasa mcm bermasalah tu, cuba get help, faham kenapa jadi mcm ni, bukan salah ibu mengandung, kata orang, dan bagaimana kita boleh mengatasi masalah2 yg bersangkutan.

  12. helpless
    Januari 28, 2013

    saya mengalami hampir kesemua simptom yg ada, malah saya pernah berniat untuk membunuh diri kerana kemurungan yg melampau. syukur saya cepat sedar dan kembali kepada Tuhan. cuma skrg kalau rasa tertekan sgt saya akan rasa nak lari dari semua org dan saya nak lenyap dari muka bumi ni. dulu pernah g klinik nak diagnosis, tapi doc wat endah tak endah dan tolak kes sana sini buatkan saya rasa lebih tertekan. akhirnya saya buat keputusan utk mengatasinya sndiri, tp sygnya apabila ia menyerang, keadaan smkin buruk sehinggakan saya xdpt merasa apa2 perasaan. hanya jasad yg kosong. dimana sebenarnya tmpat yg harus saya tuju? sampai sekarang saya masih mencari..

  13. Raja
    Februari 17, 2013

    saya ada masalah ini jikalau siapa siapa tuduh ataupun iritating saya. saya tak kira orang tua ke muda ke perempuan, kalau dah naik marah menjadi binatang buas. pukul siapa siapa saja dengan apa apa object. bagaiamana saya nak bantu saya dalam hal ini?

  14. Mike
    April 17, 2013

    Saya juga…berasa diri sangat bermasalah, ada juga ingin membunuh diri…ermmm bantu sya

  15. noraizah baba
    April 24, 2013

    Sy ada adik lelaki mempunyai ganguan mental tanpa kami tahu..
    3 hari yg lepas adik sy cuba membunuh diri..
    Dan telah di hntr ke hospital utk rwtan..

    Yg xdpt sy nk jwb soalannya ialah..
    KENAPA DALAM RAMAI2 NI AKU YG DI PILIH KENA LALUI SEMUA NI?
    BAGI AKU JWBANNYA..?

    Apa harus sy jwb ye..

  16. Perlukan nasihat

  17. kamal harun
    Julai 27, 2015

    Salam.

    Sharing experience dari perihal adik ipar saya – Doktor menasihat kan beliau mengambil ubat penenang secara berterusan, tapi beliau berdegil dan enggan. Hal ini menyebabkan “routine / pattern” bipolar beliau menjadi setiap 2 tahun sekali. Setiap kali menjadi, beliau menjadi lebih agressif dari sebelum nya. Di percayai beliau mempunyai bipolar semenjak bujang lagi tapi tidak beritahu pada ahli keluarga saya, sehingga kami mengalami sendiri tingkah laku bipolar beliau sendiri.

    Antara tingkah laku beliau ketika bipolar : lari keliling padang pukul 2 pagi dengan memakai jubah, berdiri atas tembuk pillar rumah dan azan, sembunyi di surau apabila di kejar polis pukul 3 pagi, berlari di luar rumah berkaki ayam / memakai seluar pendek / tidak berbaju, memanggil orang lelaki sekeliling sebagai “khadam” dan perempuan sebagai “bidadari”, mengganggu orang perempuan di public secara seksual, berguling-guling di dapur (bagai merasai padang di syurga), bercakap tentang beliau melihat jelas syurga dan neraka.

    Kemusykilan –
    a) arwah ibu beliau dipercayai mengamal kan saka. Di bawa ke rawatan Islam, di maklum kan bahawa bipolar beliau , tiada kaitan dgn ilmu saka yang di amalkan. Tetapi ketika arwah ibu beliau meninggal dunia, ke empat mereka saling bertukar ganti bipolar nya , dalam sela masa yg terdekat.

    b) sering tejadi di bulan Ramadhan. Berkemungkinan ada kaitan dgn unsur2 jin islam.

    Simptom di atas majoriti nya ada pada beliau. Amat sinonim.

    Berketurunan – beliau, adik beliau dan 2 kakak beliau menghadapi nya, dengan selang masa yg dekat pada lokasi2 yg berlainan i.e Cheras, Tanjung Karang, Ipoh dan Brunei.

    Pernah di tangkap polis , di pakai kan baju pesakit psikiatris, di bawah ke ward psikiatris, tinggal dan tidur selama +/- 2 minggu sehingga keadaan kembali tenang.

    Salam.

  18. cad
    Ogos 27, 2015

    alhamdulillah saya semakin sembuh dari penyakit ni hampir 3 tahun. tak semestinya ade penyakit mental ni gila atau yang masuk hospital sakit mental tu takde masa depan. yang penting ubat kena ikut masa yang betul dan ikut nasihat doktor. Alhamdulillah sekarang saya dah tak payah makan ubat lagi dan terima kasih Dr Kadir (Hospital Permai) yang sudi beri kaunseling dan nasihat.
    Antara nasihatnya; solat dan al-quran jangan lupa, tidur ikut masanya, dan baca ayat manzil. In Shaa Allah boleh sembuh. “Tekanan tu memang selalu ade tapi macam mana kita nak kawalnya, ikut la nasihat saya”.

Tinggalkan komen