Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Khasiat Ubi Bit Merah

bit-merah
Beet Merah yang tumbuh secara semulajadi mempunyai khasiat yang amat bernilai tinggi dari segi kesihatan.Sejak berkurun yang lalu ubi bit/beet merah cukup terkenal sebagai ubat bagi penyakit demam kuning serta beberapa penyakit lain. Manisnya yang semulajadi dan kandungan galian yang terdapat dalam beet Merah dapat dijadikan penawar kesihatan yang berkesan kepada manusia.
Hasil kajian beberapa orang saintis, beet Merah amat sesuai dijadikan makanan tambahan bagi orang yang perihatin terhadap dan berhasrat menjaga kesihatan diri.
Dalam “Encyclopedia of Healting Juice”, Dr John Heinerman menyebut, Beet Merah boleh membantu menambahkan darah dan membersihkannya secara semulajadi melalui kandungan galian dan gula natural yang terdapat didalam ubi beet tersebut.
Sebuah artikel bertarikh 27hb. Februari 1996 bertajuk “Issue of cancer” mengatakan Beet Merah baik untuk mencegah berlakunya Kanser (Barah). Pendapat dan pandangan yang sama turut dikemukakan ole Hugo Schulz, seorang ahli Farmasi dari Jerman, melalui hasil kajian akademiknya pada tahun 1964 dan H O Kleine, pakar Kanser dari Jerman, yang membuat kajian pada tahun 1983.
– Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
– Mengandungi vitamin seperti: A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit
– Mengandungi Beta-Carotena dan Karotenoid yang merupakan anti-oksida
– Kaya dengan Kalium, Niasin, Asid Folik, Zink, Magnesium, Fosforus, Kalsium, Sulfur, Fodine, Ferum, Kuprum dan termasuk juga galian yang sukar didapati seperti Rabidum dan Cesium
– Membantu menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan

– Membantu buang toksik dalam badan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 20, 2013 by in Informasi Herba and tagged , , .
%d bloggers like this: