Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Pengakuan – ADIK MENGANDUNGKAN BENIH SUAMIKU!!

Puan Tijah, 45 tahun (bukan nama sebenar) adalah seorang wanita yang tabah dan cekal mengharungi hidup.  Walaupun telah hampir 20 tahun bercerai dngan suaminya, dia masih belum terniat untuk berkahwin semula.  Bukan tidak ada yang melamarnya, tapi dia sering menolaknya.

“Cukuplah sekali saya dianiaya oleh seorang lelaki. Luka itu masih terasa pedihnya.  Saya betul-betul serik untuk berkahwin lagi.  Malah saya hilang kepercayaan terhadap lelaki.  Semuanya kerana perbuatan suami saya dulu…”  kata Puan Tijah bersungguh-sungguh.  Jelas di wajahnya bahawa dia memang mendedami bekas suaminya itu.  Tapi kenapa?

“Sebenarya saya berat nak ceritakan kisah ini.  Ianay ibarat menepuk air di dulang, akhirnya merecik ke muka sendiri.  Namun sebagai pengajaran dan teladan,  saya rela mendedahkannya asalkan nama dan tempat tidak disiarkan dengan jelas.  Saya tidak mahu memberi aib kepada mereka.  Biarlah mereka bertaubat dan minta ampun dari Allah…”

Menurut Puan Tijah, ketika ibunya meninggal dunia, dia sudahpun berumah tangga dan menpunyai dua orang ank lelaki berusia lima dan tiga tahun.  Ibunya meninggalkan seorang adik perempuan berusai lima belas tahun.  Walaupun hidupnya tidaklah senang, tapi dia sanggup membela adiknya itu kerana sudah tidak ada orang lain lagi yang boleh diharapkan.  Ayahnya memang sudah uzur dan tinggal dengan adik lelakinya (abang Puan Tijah) di Kuala Pilah.

“Saya minta izin suami saya untuk menjaganya.  Suami saya mengizinkan denga syarat adik saya tidak boleh terus bersekolah.  Kami tidak mempu untuk menyekolahkannya.  Lalu Azimah (bukan nama sebenar) kami bela macam anak kami sendiri.

Oleh kerana hidup kami susah, saya terpaksa membantu suami menoreh getah pawahan sejak awal pagi.  Saya minta Azimah mengasuh anak saya sementara saya pergi menoreh.

Setelah beberapa bulan, saya lihat anak saya mula betah tinggal dengan Azimah.  Rumah saya pula kemas dan rapi kerana Azimah memang rajin dan ringan tulang membantu saya.  Lalu saya tambah tambah torehan untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak bagi menampung perbelanjaan kami.  Dengan itu saya akan selesai menoreh lewat sedikit dari biasa.  Pukul 3.00 petang baru saya sampai di rumah. Azimah tidak merungut dan saya pula selalu memberikan dia duit sebagai upah mengasuh anak-anak saya itu.

Kehidupan kami bertambah senang dan berjalan seperti biasa selama dua tahun.  Pada suatu hari, ada orang datang melamar Azimah.  Orang itu kami kenal dan saya pun berkenan dengan lelaki itu.  Tapi tanpa memberikan sebab yang munasabah, suami saya menolak lamaran itu.  Saya terpaksa akur dengan kehendaknya.

Sangka saya memang ada yang tidak kena dengan perangai atau kelakuan budak lelaki itu yang tidak disukainya.

Manalah tahu, mungkin orang lelaki lebih arif tentang perangai kaum sejenisnya.  Dalam hati saya memang beniat untuk melangsungkan majlis perkahwinan Aziamah dengan meriah.  Walaupun tidak mampu melakukannya secara besar-besaran, namun saya mahu Azimah bersanding dan mempunyai suami yang baik.

Setiap hari saya pergi menoreh macam biasa.  Suami saya juga begitu.  Tapi dia selalu pulang dulu dari saya.  Alasannya untuk mengambil anak kami di sekolah.  Saya tidak menaruh syak apa-apa kerana memang sejak anak saya masuk darjah satu, hanya dia yang selalu menghantar dan mengambilnya di sekolah.

Pada suatu hari Azimah sakit perut dan muntah-muntah.  Kami membawanya ke klinik, tapi doktor tidak dapat mengesan penyakitnya.  Doktor memberikan ubat untuk menahan sakit.  Sejak hari itu sya lihat Azimah semakin tidak bermaya.  Bila saya tanya, dia beritahu saya bahawa badannya rasa lemah dan kepalanya sering pening. Saya suruh dia banyak berehat dan tidak payah melakukan kerja-kerja rumah.  Walaupun badan penat, saya terpaksa melakukan semua kerja kerana kasihankan adik saya itu.

Beberapa bulan berlalu, Azimah mula beransur pulih.  Dia nampak ceria dan tidak pening lagi.  Selera makannya juga mula bertambah.  Setiap hari dia makan dengan berselera walaupun tanpa lauk yang sedap.  Akhirnya ramai yang menegur tubuh Azimah mula gemok dan perutnya yang buncit.  Saya hanya senyum denga teguran jiran-jiran kerana menyangka memang Azimah kuat makan sebab itu dia mula gemuk.

Allah Maha Berkuasa.  Dia nak tunjukkan pada saya kelakuan suami saya yang saya percayai.  Pada satu hari suami saya tidak ikut saya pergi menoreh.  Katanya dia sakit kepala.  Lalu dengan jujur saya suruh dia berehat saja di rumah dan saya keluar menoreh sendirian.  Ketika sedang menoreh, tiba-tiba saya teringat bahawa saya terlupa nak bawa cuka getah untuk membekukan susu getah nanti.

Tanpa berlengah, saya pun berjalan balik ke rumah untuk mengambilnya.  Sampai di rumah saya dapati semua tingkap rumah saya tertutup dan keadaan sunyi saja.  Saya ingat suami saya tentu belum bangun dan Azimah pula sudah ke kedai membeli lauk dan sayur untuk dimasak tengah hari nanti.

Cuka getah disimpan dalam satu tong di bawah rumah.  Saya terus menjongkok untuk mengambilnya.  Tiba-tiba saya dengar ada suara orang sedang bergurau dan ketawa dalam bilik saya  yang letaknya betul-betul di atas kepala saya.  Saya amati betul-betul suara itu dan mula cam.  Itu adalah suara suami saya dan adik saya Azimah.  Dengan perlahan saya naik dan menolak daun pintu bilik.

Ya Allah…saya malu pada mata saya sendiri.  Mereka sedang bergurau senda tanpa pakaian seurat benang pun!!  Dengan kuat saya menjerit sehingga mereka terkejut dan bangun dengan lintang pukang mencari pakaian masing-masing.  Saya terduduk dan menangis tersedu-sedu.  Tidak ada perkataan yang mampu keluar dari mulut saya selain dari sedu sedan.

Pada malam itu, sya memanggil bapa dan adik beradik saya yang lain.  Di depan mereka saya mendedahkan semua rahsia.  Saya juga mula sangsi denga keadaan perut Azimah yang buncit itu.  Lalu saya minta seorang bidan kampung datang dan memegang perut Azimah.

Sekali lagi kami terpukul oleh berita yang memeranjatkan.  Azimah disahkan mengandung 7 bulan!!  Bayi yang ada dalam perutnya it menendang-nendang dari dalam ketika bidan meraba-raba perut Azimah.  Saya menangis semahu-mahunya.  Saya sedih dan kesal dengan perbuatan terkutuk mereka.  Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka, tapi mereka menghancurkannya dengan kerja yang keji dan penuh noda.

Keluarga saya memutuskan supaya saya diceraikan dan Azimah dinikahkan selepas dis selamat melahirkan bayi itu.  Saya menerima semua keputusan itu dengan rela.  Memang saya rasa lebih baik kalau saya bercerai, daripada terus menjadi isteri kepada lelaki bangsat itu.  Saya tinggalkan anak-anak saya denga mereka dan saya membawa diri ke Pulau Piang dengan keretapi malam itu juga.

Tidak sanggup rasanya untuk berlam-lama di kampung dan melihat muka orang-orang yang menjijikkan itu.  Saya mencari kerja dan cuba memulakan hidup baru.  Namun hati saya terus tertutup kepada lelaki.

Saya juga jarang pulang ke kampung.  Kalau saya rindukan anak-anak, saya akan mencium gambar-gambar mereka ataupun saya minta abang saya pergi mengambilnya bila cuti sekolah.  Entahlah…sampai sekarang, hati saya memang tidak boleh memandang Azimah dan lelaki itu.

Oleh itu saya ingatkan kepada semua pembaca supaya berhati-hati dan beringat kalau ada adik perempuan dewasa dalam rumah.  Biar kita cemburu dan sangsi dahulu daripada menerima aib kemudian seperti saya”.

2 comments on “Pengakuan – ADIK MENGANDUNGKAN BENIH SUAMIKU!!

  1. pu3 muse
    Ogos 28, 2010

    d dalam dunia sekarang ni ape pun ble jadi,ni kan pula darah daging sendiri tikam kita dari belakang……..saya harap puan tabah hadapi semua ni,mana ada perempuan dapat terima semua ni,if hati kita pernah trluka sekali selamanya kta akn ingt…………….

  2. mimie
    September 30, 2010

    jangan terlalu percaya dgn org di sekeliling kita waima org itu org yg paling kita syg…. allah maha adil.. ingatlah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 25, 2010 by in seks and tagged , , , , .
%d bloggers like this: