Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,
Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).
- Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.
- Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.
- Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.
- Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.
- Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.
- Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.
- Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..
- Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi…
Malacca, Malacca, Malaysia
Berkaitan
Komen Terbaru