Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Penjagaan Untuk bayi Tersayang

MENANGGALKAN PUSAT BAYI
Taburkan sedikit abu dapur di atas pusat bayi. Bungkuskan tali pusat bayi dgn kain kasa td. hasilnya tali pusat mudah tanggal.

KUDIS DI KEPALA BAYI
Ambil 3 helai daun pandan, 3 helai daun serai, asam gelugur dan sedikit air. Bahan- bahan ini direbbus hingga asam gelugur kembang. Setelah air rebusan suam, mandikan bayi dgn air rebusan ini di bhgn kepala. lakukan setiap kali mandikan bayi.

KULIT BAYI CANTIK
Bakal ibu disyorkan mkn 3 biji epal merah setiap hari sejak awal mengandung.

INGINKAN BAYI RAMBUT KERINTNG
Mkn 5 hingga sepuluh isi kerang rebus setiap hr dr awal mengandung hingga cukup bulan.

MENGELAKKAN BAYI SAKIT MULUT
Asah akar pucuk manis pd bunt*t pasu bersih. Jika terlalu kering, titikkan 3 titik air sejuk. Setelah itu barulah asahan itu disapukan ke mulut bayi. kemudian bersihkan mulut bayi dgn air suam.

BAYI TIDAK MERAGAM
Sapukan bedak yg biasa dipakai oleh ibunya atau selimutkan dgn kain ibunya. Dgn cara ini, bayi tersebut akan berasa ibunya sentiasa berada di sisi dan mungkin tdk meragam lg.

AGAR CEPAT TIDUR
Parut biji buah pala. Campur dgn sedikit air, pupuklah pd ubun2 kepala anak anda.

LEBATKAN RAMBUT BAYI
Ambil seranting daun asin, seranting daun delima dan 6 helai daun melur. Kesemua daun digiling. kemudian campurkan dgn bedak sejuk dan air. Sapukan pd kepala bayi.

PENAWAR BATUK KANAK2
Utk mengubati batuk yg sering terjd pd kanak2 amalkan minum air perahan daun peria. Berikan pd kanak2. Air perahan yg pahit akan memudahkan kahak keluar.

PENAWAR CACING GELANG
Tumbuk beberapa pinang kering hingga halus. Setelah itu, rendamkan dlm air panas. tapis dan berilah anak anda minum 2 sudu air pinang ini setiap pagi dan ptg. Lakukan setiap hr.

CIRIT – BIRIT
Tumbuk 3 helai daun ati2 dan 2 helai daun cili padi. Kemudian sapukan pd perut bayi. Lakukan 2 kali sehari.

MENELAN PIL PAHIT
Masukkan ubat ke dlm pisang masak. Selepas itu, barulah dimkn ubattersebut bersama-sama pisang. cara ini sesuai utk kanak2…

Tinggalkan komen

Information

This entry was posted on Disember 24, 2010 by in Petua - Petua and tagged , , , , .