Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Masalah Dalam Perut – Kembung Perut

APAKAH ITU KEMBUNG?

Kembung disebabkan oleh penghasilan gas berlebihan di dalam perut dan usus. Selalunya ia terjadi akibat menelan udara masuk. Kembung juga terjadi kesan dari tindakan bakteria dalam usus yang menghasilkan gas karbon dioksida dan hidrogen (kedua-duanya tanpa bau) semasa memecahkan karbohidrat dan protein.

(sebahagian kecilnya mengeluarkan bau busuk yang dipanggil kentut) Biasanya angin ini dikeluarkan semula melalui mulut dengan bersendawa. Tetapi sebahagian darinya akan masuk semula ke dalam usus semasa berlakunya kembung.


APAKAH PENYEBABNYA?

  • Kembung lazimnya disebabkan oleh:
  • Makan yang tergesa-gesa
  • Menelan angin
  • Gangguan sistem penghadaman
  • Makan terlalu banyak

Sesetengah gangguan seperti penyakit peptik ulser melibatkan pengeluaran air liur yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kemasukan angin. Kembung yang berlebihan mungkin merupakan gejala dari:

  1. Penyakit Crohn
  2. Diverticulitis
  3. Sesetengah jangkitan bakteria dan protozoa di dalam sistem penghadaman
  4. Penyakit dalam usus
  5. Alahan terhadap laktosa
  6. Pembiakan bakteria di dalam usus. (disebabkan oleh sesetengah antibiotik)

GEJALA/TANDA-TANDA

  1. Perut sebu atau kembung
  2. Kentut

SOALAN YANG PERLU DITANYA

Adakah kembung itu diikuti oleh rasa sakit yang amat sangat di bahagian atas abdomen berserta dengan loya dan muntah, mata atau kulit menjadi kekuningan?

  • Jika YA berjumpalah doktor
  • Jika TIDAK teruskan dengan soalan di bawah

Adakah kembung berlaku selepas mengambil antibiotik?

  • Jika YA berjumpalah doktor
  • Jika TIDAK – tumpukan kepada penjagaan sendiri.

PETUA PENJAGAAN SENDIRI:

Jauhi diri anda dari memakan makanan yang boleh menyebabkan angin ( atau mengambilnya sedikit sahaja) merupakan langkah bijak mencegak dari kembung.

Makanan yang telah diketahui menyumbang kepada kembung adalah:

  1. Epal Aprikot
  2. Kekacang
  3. Bran peach
  4. Brokoli pear
  5. Brussel sprout bertih jagung
  6. Bunga kobis prun
  7. Lobak merah raisin
  8. Kobis sorbitol
  9. Kacang (kering, dimasak) bawang
  10. Hasil tenusu (mereka yang alah terhadap laktosa) kacang soya
  11. Catatan: Jauhi atau makan sedikit sahaja makanan yang boleh memberi kesan kepada anda. Kecuali sorbitol, kesemua makanan ini membekalkan zat makanan, oleh itu anda dinasihatkan supaya tidak meninggalkan langsung makanan ini.
  12. Sediakan senarai semua makanan yang anda makan selama beberapa hari. Catatkan bila dan berapa kali anda terkentut atau sedawa. Jika anda mengeluarkan gas berlebihan selepas minum susu, cuba kurangkan atau jauhi dari mengambilnya.
  13. Sekiranya masalah ini berlarutan, jauhi semua makanan yang mungkin menyebabkan kembung.
  14. Sekiranya anda mendapat alahan terhadap laktosa, gunakan hasil tenusu yang rendah laktosa. Anda juga boleh menggantikan Lactaid iaitu sejenis enzim laktosa yang dapat dibeli di kedai. Ia perlu diambil bersama hasil tenusu untuk menghadamkan laktosa di dalamnya.
  15. Elakkan kemasukan angin semasa makan
  16. Ubat Simethicone boleh meredakan kembung dengan meleraikan tumpukan-tumpukan angin di dalam perut yang boleh menimbulkan kembung. Ubat ini boleh didapati dari doktor atau dibeli di kedai ubat atau farmasi.
  17. Makanlah dengan perlahan dan kunyah makanan tersebut keseluruhannya. Minum dengan menghirup beransur-ansur dan jangan meneguk sekaligus. Kurangkan meminum minuman bergas. Jangan mengambil gula-gula getah dan elak dari memakan makanan tanpa gula yang mengandungi sorbitol atau xylitol di mana kedua-duanya sukar dihadamkan dan boleh meransang pembiakan bakteria yang membantu pengeluaran angin.

PENCEGAHAN:

Di samping mengubah diet, anda boleh memperkuatkan otot dubur (anal sphincter) untuk menolong mengurangkan kembung. Untuk ini anda boleh melakukan senaman Kegel. “Baring melentang, bengkokkan lutut dan jarakkan kaki 12 inci antara satu sama lain. Kemut otot-otot di

sekeliling dubur (sama seperti ketika anda menahan kentut) dan biarkan seberapa lama yang

boleh – sehingga 20 saat. Rehatkan otot tersebut perlahan-lahan, tarik nafas dalam-dalam dan

ulangi proses ini. Senaman ini boleh dilakukan ketika anda berdiri dalam bilik mandi, atau duduk

(semasa memandu) atau semasa buang air kecil.

RUJUKAN:

1. Kamus Dewan, Inggeris – Melayu, DBP, Kuala Lumpur, 1992

2. Istilah Perubatan, DBP, Kuala Lumpur, 1997

3. Kamus Dewan (Edisi Ketiga), DBP, Kuala Lumpur, 1997

4. Wainwright, P.; Furgesson, R. & Martin, R. Kamus Jururawat, Penerbit Fajar Bakti, Shah

Alam, 1999 5. Hinchliff, S. Dictionary of Nursing, 7th Ed, Churchill Livingstone, London,

1996.

Laman Web:

http://www.discoveryhealth.com/DH/ihtIH?t=9733&p=~br,DSC|~st,20812|~r,WSDSC000|

~b,*|

http://medicalreporter.health.org/tmr0197/carstensen0197.html

http://www.scrtec.org/track/tracks/f04321.html

http://www.healthy.net/library/Books/Healthyself/flatulence.htm

3 comments on “Masalah Dalam Perut – Kembung Perut

  1. destows
    Disember 13, 2010

    terima kasih atas info yg berguna ni..rupanya pengambilan xylitol juga menyumbang kepada masalah kembung perut ni..

  2. dedy
    Januari 9, 2011

    terima kasih atas informasinya

  3. farie
    Jun 18, 2011

    mohon kongsi ya…. 🙂

Tinggalkan komen

Information

This entry was posted on November 22, 2008 by in Tips Kesihatan and tagged , , , , , , .