Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Potongan KWSP 3% – Kebaikan & Keburukan

<!–         –>

Kurangkan caruman: Pencarum sambut baik langkah kerajaan

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

JOHOR BAHRU 6 Nov. – Para pencarum di negeri ini menyambut baik langkah kerajaan membenarkan golongan pekerja mengurangkan kadar caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak tiga peratus mulai 1 Januari depan.

Sambil menyokong dasar baru itu, rata-rata pencarum yang ditemui Utusan Malaysia di sini semalam, menyifatkan tindakan tersebut sebagai tepat pada masanya bagi membantu rakyat menghadapi keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Seorang pekerja swasta, Ithnin Sadeni, 43, dari Kampung Tarom, menganggap potongan sebanyak itu dapat mengurangkan beban potongan pendapatan dan sekali gus merangsang ekonomi setiap keluarga.

“Pengurangan itu dapat meningkatkan pendapatan bulanan setiap pekerja dan sekali gus membantu orang ramai menggunakan wang lebihan itu untuk membayar mana- mana hutang yang ada.

“Bagaimanapun orang ramai perlu berhati-hati agar tidak terlajak berbelanja kerana potongan KWSP yang kurang boleh menyebabkan simpanan mereka juga berkurangan,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan membenarkan para pekerja mengurangkan kadar caruman KWSP sebanyak tiga peratus mulai, Januari depan.

Najib berkata, langkah itu bertujuan menambah pendapatan pekerja dan pengurangan itu akan dilakukan bagi tempoh selama dua tahun.

Pembantu makmal, Fatimah Ramli, 23, yang turut menyambut baik langkah itu berkata, potongan KWSP yang sikit membolehkan dia menerima gaji yang lebih serta kuasa membelinya juga meningkat.

“Bila sudah banyak wang, pengguna sering rambang mata. Namun bagi pengguna yang bijak, mereka akan menggunakan wang lebihan itu untuk menyimpan kerana semua itu bergantung kepada individu,” katanya.

Bagaimanapun, seorang pekerja swasta, Dalima Anum Dzulkifli, 23, pula berkata, jika simpanan KWSP dikurangkan, maka pada masa tua orang ramai hanya dapat menikmati sedikit sahaja simpanan mereka berbanding sebelum ini.

Katanya, adalah lebih baik jika pekerja berpegang pada pepatah bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

“Saya tidak yakin orang ramai akan menggunakan wang lebihan itu untuk simpanan. Kalau potongan dilakukan seperti biasa, dalam tempoh dua tahun itu pasti kita dapat menikmati hasilnya. Cuba kira berapa banyak sudah kita menabung.

“Pada saya orang ramai perlu bijak berbelanja dalam mengharungi kegawatan ekonomi. Mereka perlu elak berbelanja pada barangan yang tidak diperlukan. Orang ramai perlu berbelanja untuk merangsang ekonomi tetapi biarlah perbelanjaan itu suatu perbelanjaan yang bijak,” katanya.

Bagi Rosidah Ismail, 32, pemotongan tiga peratus itu hanya perlu dilaksanakan ketika ekonomi tidak stabil kerana ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan pengguna.

Bagaimanapun katanya, apabila ekonomi sudah kembali stabil, kerajaan perlu melakukan pemotongan caruman pekerja seperti dulu bagi memastikan rakyat dapat hidup senang pada hari tua.

Sumber : Utusan Online Arkib 7/11/2008

Apa yang disebaliknya yang kita tak tahu ?

Bagi aku potongan KWSP tiada masalah kerana makin sikit dipotong makin banyak gaji yang kita peroleh. Bagi orang melayu yang bergaji rendah terima baik cadangan ini dan bagi yang sebaliknya mungkin anda akan berfikir 2 kali. Lagi pun jika ia dilaksanakan ia menjadi pilihan pekerja untuk memohon potongan caruman  3 %. Bagi yang bergaji kecil mungkin tak terasa bebannya. Kenapa? bagi aku ada udang disebalik batu. jon kita lihat fakta dibawah :

Jika gaji pokok bulanan anda adalah RM4000.

>>> Jika caruman KWSP bulanan anda adalah 11% ( RM440 )
Pendapatan boleh cukai = RM3560
Cukai pendapatan mesti dibayar = RM77

>>> Jika caruman KWSP bulanan anda adalah 8% ( RM320 )
Pendapatan boleh cukai = RM3680
Cukai pendapatan mesti dibayar = RM109

Kesimpulan :

Jika anda memilih untuk sumbang 8%, anda akan membayar lebih banyak cukai pendapatan kepada kerajaan itu,
yang akan membuat kerajaan lebih kaya. Menteri Kewangan Najib berkata,  ia dimaksudkan untuk meningkatkan keadaan lembap pasaran semasa , Tetapi daripada contoh kecil kita dapat lihat bahawa wang itu tidak masuk ke pasaran yang dimaksudkan.

Sebaliknya wang cukai pendapatan itu secara langsung akan pergi ke poket kerajaan dalam jumlah yang lebih besar . Jelaslah disini bahawa kita perlu membayar untuk kerajaan . Jelas ukuran yang dimaksudkan  tidak membantu pasaran semasa secara langsung. Jadi fikir-fikirkan lah samada kita mahu membantu keluarga kita atau kerajaan Malaysia.

Caruman KWSP kita rendah, Bayar IncomeTax Tinggi.

* Fakta ini untuk sesiapa bayar income tax, Yang tak kene tu jadikan ia sebagai maklumat anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 22, 2008 by in News.4u and tagged , , , , , , .
%d bloggers like this: