Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Susuk pada kemaluan

KUALA LUMPUR: Untuk memudahkan kerja ‘mengikis’ wang lelaki, ada pelayan pelanggan (GRO) tergamak memakai susuk pada kemaluan mereka bagi memastikan pelanggan sentiasa tunduk dan ingat pada mereka selepas kali pertama melakukan hubungan seks.

Amalan khurafat dan bertentangan dengan Islam ini didedahkan seorang bomoh susuk yang mahu dikenali sebagai Chick, yang mendakwa pernah memasukkan susuk pada ramai wanita, termasuk GRO, artis, suri rumah, wanita simpanan dan pondan.

Beliau yang mewarisi kepandaian memakai susuk daripada arwah neneknya yang terkenal di kalangan artis sejak zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bukanlah bomoh susuk komersial tetapi namanya meniti dari bibir ke bibir, menjadikan Chick menjadi buruan penggila susuk.

Bomoh berusia 50-an tetapi masih kelihatan muda dan berseri itu yang mengakui turut memakai susuk memberitahu, susuk pada kemaluan boleh membuatkan pemakainya hebat beraksi di ranjang dan menjadikan pasangannya tidak boleh melupakan nikmat bersama.

“Susuk itu dipakai sama seperti cara pemakaian pada bahagian lain tubuh iaitu mencucuk batang jarum emas sepanjang sebutir pada alat kelamin wanita.

“Susuk itu boleh dipakaikan satu, dua atau empat jarum bergantung kepada permintaan dan ia tidak menyakitkan pemakai kerana sudah dijampi,” katanya.

Chick yang tidak menjelaskan kadar bayaran yang dikenakan bagi pemasangan susuk pada kemaluan memberitahu, untuk pemasangan susuk di bahagian tubuh biasa seperti muka, dia hanya meminta bayaran bagi barangan yang digunakan sebanyak RM25 bagi susuk kepingan emas, susuk batang emas (RM50) dan susuk berlian (RM150).

“Jika mahu memberi lebih (bayaran), terpulang kepada pemakainya (susuk),” katanya.

Beliau berkata, mengikut ilmu yang diwarisinya, pantang pemakai susuk kemaluan adalah sama seperti susuk lain iaitu tidak boleh makan buah atau bahagian daripada pokok munggal, labu, kundur selama-lamanya, manakala bagi betik atau pisang emas hanya selama tiga bulan.

Katanya, jika terlanggar pantang, ilmu susuk itu tidak berkesan lagi manakala susuk yang baru dipasang akan keluar daripada permukaan kulit.

Ditanya kepercayaan sesetengah masyarakat bahawa pemakai susuk susah menghembuskan nafas ketika nazak, Chick berkata, setakat yang diketahui, pemakai susuknya tiada masalah kerana biasanya susuk itu tidak lagi berkesan dan mati (hilang seri) selepas tempoh beberapa tahun jika tidak dijaga.

“Menurut petua arwah nenek saya, jika ada orang susah hendak mati, cukup sekadar memusingkan senduk nasi, sebaik-baiknya senduk kayu, atas muka orang sakit sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan disudahi dengan ketukan lembut pada dahinya,” katanya.

Beliau juga berpendapat, adegan filem mengenai orang susah hendak mati hingga terpaksa dibongkar bumbung, lantai atau dinding rumah kerana memakai susuk atau muka menjadi buruk akibat melanggar pantang, adalah gimik berlebihan dalam filem, kerana menurut amalannya kesannya bukan seteruk itu.

Ditanya amalan pemakaian susuk yang bertentangan dengan Islam, Chick berkata, beliau mengakui perbuatan itu haram tetapi semuanya bergantung kepada kehendak pemakainya sendiri mengikut jalan yang dipilih itu.

Sumber: Harian Metro

25 comments on “Susuk pada kemaluan

  1. aryan
    Februari 21, 2010

    saya juga nakpasangni

  2. aryan
    Februari 21, 2010

    saya nak psang juga tapi katmana yah?

  3. zia
    April 6, 2010

    saya pun nak pasang jugak, boleh bagi alamatnya tak?

  4. sam
    Mei 22, 2010

    I nak alamat juga,

    Thanks

  5. anne
    Jun 9, 2010

    leh bagi alamatnya

  6. din
    Julai 12, 2010

    askum. tolong kasi alamat atau nbr hfön chick. saya benar2 berhajat. tolong.

    • saiful
      April 16, 2012

      01115617753

  7. sofea
    Oktober 20, 2010

    boleh berikan alamat tempat tu..sy harap anda sudi membantu saya

  8. Tan
    November 5, 2010

    I nak alamat dan no telefon nya sebab i berminat nak pasang susuk jg. Tlg balas.

  9. Sherine Lim
    Disember 14, 2010

    tolong saya pun nak alamat chick..plese..atau nombor telefon.

  10. Chocolate
    Disember 18, 2010

    Saya dan kawan saya berhajat nak pasang susuk emas.Tlg reply. TQ

  11. icha
    Mac 18, 2011

    saya minat nak pasang,boleh beri alamat dan no fon untuk dihubungi

  12. Raymond
    April 16, 2011

    Saya mahu pasang susuk tapi di alamat mana atau yang bisa dihubungi.

  13. johan
    Mei 13, 2011

    saya minta alamat nya chick donk…

  14. Linda
    Jun 4, 2011

    Saya brmnt tlg bg alamt k..tq

  15. mimie
    Jun 19, 2011

    sa pun maw jg..bg no hp n alamat k

  16. Warren
    September 18, 2011

    Berkenan jugak yer. Tlg bagi no HP dan alamatnya. Terima kasih.

  17. nazr
    September 28, 2011

    Masyallah,Itu kan haram. Nikmat yang kita dapat itu hanyalah didunia sahaja.Jgn lah kita menduakan kuasa Allah.

  18. airissyah kassim
    Oktober 1, 2011

    boley dptkan alamat?sy dh lme cri org yg boley pakaikan susuk tp xjmpe?sy nk sgt

  19. hafidz raj
    Mac 7, 2012

    blh bagi sy alamat an no tel?

  20. hafidz raj
    Mac 21, 2012

    i nak alamat an no tel.tq

  21. linda
    November 19, 2012

    Hai tolong hantar alam ke email saya… saya amat perlukan srisharan_baby@yahoo.com

  22. maswirdah
    Mei 16, 2013

    nak pasang jugak..fidyahnya berapa ya?

  23. juisah
    Mei 29, 2013

    Saya nak sengat cari bomoh yang pandai susuk..nak sengat pakai susuk ni…boleh minta nombor telefon yak.

  24. juisah
    Mei 29, 2013

    Tolong hantar nombor kat email sy..juisahbella@gmail.com

Tinggalkan komen

Information

This entry was posted on April 15, 2009 by in Info Wanita Hari Ini and tagged , , , , , , , .