Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini | Label: Abdominal Pai, Bloating, Blood in the Wrong Place, Breast Changes, cancer symptoms, Depression, Difficulty Swallowing, Fatigue, Fever, Indigestion, isteri, Lymph Nodes, Mouth Changes, Period Bleeding, Persistent Cough, Skin Changes, wanita, Weight Loss
No. 1: Unexplained Weight Loss
Many women would be delighted to lose weight without trying. But unexplained weight loss — say 10 pounds in a month without an increase in exercise or a decrease in food intake — should be checked out, Mishori says.
“Unexplained weight loss is cancer unless proven not,” she says. It could, of course, turn out to be another condition, such as an overactive thyroid.
Expect your doctor to run tests to check the thyroid and perhaps order a CT scan of different organs. The doctor needs to “rule out the possibilities, one by one,” Mishori says.
No. 2: Bloating
Bloating is so common that many women just live with it. But it could point to ovarian cancer. Other symptoms of ovarian cancer include abdominal pain or pelvic pain, feeling full quickly — even when you haven’t eaten much — and urinary problems, such as having an urgent need to go to the bathroom.
If the bloating occurs almost every day and persists for more than a few weeks, you should consult your physician. Expect your doctor to take a careful history and order a CT scan and blood tests, among others.
Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini, seks | Label: isteri, lelaki, malaysia, merangsang, payudara, petua wanita, puting, seks, Urutan payudara wanita melayu
Selain meransang, urutan pada payu dara atau buah dada boleh memberikan manfaat lain kepada wanita. Teknik urutan payu dara atau buah dada yang betul akan membentuk dan menegangkan payu dara atau buah dada wanita.
Sebelum memulakan urutan pada payu dara pasangan anda, pastikan tangan anda telah dibasuh dan berada dalam keadaan bersih. Anda boleh menggunakan minyak atau krim, seperti Minyak Zaitun atau Minyak Bayi (Baby Oil). Minyak atau krim yang wangi juga boleh menambahkan ransangan seks semasa proses urutan payu dara dilakukan.
Berikut ialah teknik urutan payu dara atau buah dada yang disyorkan :-
- Sapu minyak atau krim pada tangan dahulu, diikuti dengan sapuan pada payu dara pasangan anda. Sapukan sedikit pada kedua-dua belah payu dara.
- Pastikan sapuan dilakukan pada bahagian bawah dahulu dan perlahan-lahan naik ke atas menghampiri puting payu dara pasangan anda.
- Elakkan minyak atau krim terkena puting buah dada.
- Setelah minyak atau krim meliputi payu dara pasangan anda, mulakan urutan pada payu dara kanan dahulu.
Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini | Label: malaysia, wanita, seks, lelaki, Puaskan hasrat lelaki anda, petua seksual, hubungan cinta
Kepuasan seksual merupakan hal yang paling dicari saat hubungan intim berlangsung. Kepuasan seks tak ubahnya seperti puncak gairah yang diidamkan oleh kalangan lelaki maupun perempuan. Namun, kepuasan seksual umumnya selalu dikaitkan dengan lelaki. Dalam arti, lelaki merupakan kunci dari kepuasan seks saat aktivitas itu terjadi.
Kalangan perempuan banyak yang menganggap bahwa lelaki harus memuaskan perempuan dalam hubungan seks. Bahkan, kalangan lelaki sekalipun memiliki anggapan, bahwa jika lelaki tak memuaskan gairah perempuan, maka ia dianggap gagal dalam hubungan seks. Kepuasan seks memang penting, namun kepuasan seks tak hanya harus diusahakan oleh lelaki. Kalangan perempuan juga harus bisa memuaskan lelaki dalam hal seks.
(lagi…)
Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini | Label: malaysia, tidur, wanita, seks, melayu, lelaki, Kenali wanita melalui bantal, rahsia wanita melalui bantal, bantal
Personaliti wanita bukan sahaja dapat dinilai melalui pergerakan, bentuk mata, raut wajah ataupun cara berpakaian. Lebih hebat lagi, melalui pemilihan bantal tidurnya juga anda dapat mengenali jenis wanita yg sedang anda hadapi tatkala ini. Setelah mengenali ciri-ciri wanita itu, hargailah mereka sebaik mungkin.
1. Wanita yg gemar memeluk bantal
Bukan semua wanita gemar memeluk bantal peluk. Tetapi wanita begini disifatkan sebagai berjiwa seni. Mereka mempunyai ciri-ciri seorang yg romantik, penyayang, mahu dikasihi dan halus jiwanya. Maka itu, wanita sebegini amat mudah untuk didekati. Kebanyakan daripada mereka mempunyai tubuh yg langsing.
2. Wanita yg gemar tidur dengan banyak bantal
Tahukah kamu wanita yg tidur dengan banyak bantal adalah wanita yg kurang sifat keyakinan diri. Mereka tidak boleh hidup tanpa teman-teman di sekeliling. Sokongan teman-teman itulah yg memberi semangat dan kekuatannya untuk terus mengharungi hidup. Sikap sukar berdikari dan suka bergantung kepada orang lain ini kadangkala merimaskan lelaki.
3. Wanita yg gemar tidur dengan satu bantal
Wanita sebegini adalah jenis yg amat bijak dalam membuat keputusan. Selalunya tindakan mereka dipengaruhi oleh rasional dan bukannya semata-mata mengikut hawa nafsu. Inilah kelebihan wanita jenis ini.
4. Wanita yg gemar meletakkan bantal di kaki
Karekter wanita yg tidur dengan meletakkan bantal di bawah kaki dikaitkan dengan wanita yg tidak suka berusaha dan tidak suka bergaul dengan orang ramai. Mereka hidup menyendiri dan tidak gemar membantu teman yang dalam kesusahan. Keadaan itulah yg membuatkan mereka menjadi seorang yg egoistik dan akan berusaha mencapai cita-citanya dengan cara yg kurang elok.
5. Wanita yg gemar tidur tidak berbantal
Wanita sebegini memiliki ciri-ciri seorang yang berkeyakinan sangat tinggi. Keyakinan yg terlalu tinggi ini kadangkala membawa sifat ego dalam iri wanita berkenaan. Keadaan itu menyebabkan mereka menjadi terlebih yakin dan akan memandang rendah dengan keupayaan orang lain.
Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini | Label: malaysia, wanita, seks, info, melayu, lelaki, wanita hari ini, Rahsia lelaki yang wanita perlu tahu, rahsia lelaki sebenar
1. lelaki tidak detail dalam percakapan
Contoh Kes : Kakaknye baru saja putus cinta.Biler kite tanyer what’s his commEnt dier just cakap:”mm..dah nak putus nak wat camne…”
ALaSan:Tak usah bimbang sebab secara genetik lelaki tidak dibentuk untuk petah bercakap cam pompuan.Menurut seorang pakar,wanita boleh mengeluarkan antara 6 hingga 8 ribu kata per hari.sementara lelaki rata2 hanya mengeluarkan antara 2 hingga 4 ribu kata sahaja.
2.Lelaki tahan berjaga sepanjang malam demi Hobi
Contoh Kes : Kita sering tak menemui jawapan kenapa si dia sanggup mengadap game sepanjang malam tanpa henti?
ALAsaNi sebelah kanan otak lelaki mempunyai bahagian yang tidak dimiliki oleh kebanyakkan wanita,seperti utk mengukur sudut pandang(angle),kecepatan dan jarak.Namanya adalah KEsedaran Ruang Visual (VSA),yang amat penting peranannya di zaman lelaki harus berburu utk mendapatkan makanan.Dan kalau hasil mereka sedikit,mereka berasa macam tak ada pa pe kalau nak dibandingkan ngan lelaki lain.
3.Lelaki rela menghabiskan banyak wang untuk peralatan elektronik atau aksesori kereta.
Contoh Kes : Si dia rela keluarkan wang simpanan utk menambah aksesori kete.tapi kenapa mereka memBEBEL kalau tgk org pompuan ShoppIng?
AlasaN:Alat2 elektronik atau aksesori kete bolehlah dikatakan sebagai alat permainan lelaki dewasa.Bagi lelaki,benda 3 dimensi terlihat lebih menarik dan menstimulasi area VSA otak mereka.Dgn demikian mereka secara tidak sedar Happy2 jer buang duet utk benda2 tue.
4.Lelaki jarang MunCul dengan jambang bunga.
Contoh Kes : Dalam filem,sering kita lihat hero mincul tiba2 di rumah lovernya dgn sejambak bunga.Kenyataan nye?huh hampeh!!
AlAsan ejak awal,otak lelaki lebih mengutamakan hal praktik.kebetulan,hal2 bunga nih tak menarik ruang logik otak mereka.Beli sesuatu yang bakal layu dalam beberapa hari benar2 satu pembaziran-itu tanggapan org lelaki laa kan.
5.Lelaki tidak bergosip
Contoh Kes : Bila kita kata:”"eh betul ke ni?” dia pantas memoTong:”pegi makan jom!dah lapar nie…”
AlasaN ebenanye lelaki juga bergosip.Tapi cara dan gaya mereka bergosip tidak sejelas kita dan juga tidak pada saat objek yag nak digosip berada dekat situ. Kalau mereka punya masalah dengan seseorg,biasanya mereka menyelesaikannya,atau melupakannya.
6.Lelaki selalu mengaggungkan IBU mereka.
Contoh Kes : LElaki jarang mengkritik ibu merekaa,apa lagi kalau hubungan mereka akrab.Lebih panas lagi kalau dia kata:”eleh,macam tu pun tak reti buat?mak i pejam mata pun boleh buat tau.”
Alasan agi lelaki,ibu mereka merupakan wanita ideal dan inti dari hidup mereka.Lelaki juga belajar mengenal rasa melindungi dari hubungan kedua orang tuanya,bagaimana ayah mereka melindungi ibunya.Makanya,tak perlulah mintak dia persoalkan apa apa ttg ibunya.TiTik!
7.Lelaki sanggup menyimpan semua edisi Terhad komik,cd,jeans,jam tangan dan apa saja!
Contoh Kes : Bosan!sekejap kejap dia ajak g petaling street,kemudian kedai komik then sana,sini…semata-mata nak cukupkan koleksinya.
Alasan erbalik kepada asal mereka sebagai pemburu,lelaki senang menghimpun persediaan keperluan mereka sebanyak mungkin.Mereka selalu berwaspada bakal diadili lelaki lain,sehingga tidak hanya mengekar kuantiti,tapi juga kualiti yang dimilikinya.Bagi mereka,punya sesuatu yang boleh dibanggakan adalah prestasi tersendiri yang dapat memacu ego mereka.
8.Lelaki Senang melihat wanita memakai Skirt pEndek(mini skiRt)-asalkan bukan kekasihnya.
Contoh Kes : Si dia memuji setinggi langit kaki nicole kidman ketika memakai mini skirt.Tapi kalau gf nya yg pakai,komennya ringkat saja:”I tak suka ahh!! tukar lain..!”Bengang kan…?
AlaSan agi lelaki,kaki cantik adalah simbol kesuburan wanita.Kalau buah hati sendiri yang mempamerkan kaki dan bahagian “rangsangan” yang lainnya– mereka jadi waspada kerana itu merupakan sasaran mata lelaki-lelaki lain.
Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini | Label: malaysia, fakta, seks, melayu, lelaki, wanita hari ini, perkara wanita paling benci, perbuatan lelaki yang wanita benci
Kebanyakan lelaki tidak sedar bahawa ada perbuatan mereka dibenci oleh kaum wanita.
KEBANYAKAN lelaki selalu menyalahkan wanita apabila wanita kerap merajuk dan marah tanpa mengetahui apakah puncanya. Kerap kali apabila timbulnya masalah sikap wanita yang dikatakan mengada-ngada, itu menjadi punca pertengkaran.
Namun, lelaki tidak sedar ada perbuatan mereka yang dibenci oleh kaum wanita. Justeru, apa kata lelaki meneliti beberapa perbuatan-perbuatan yang sering dilakukan tanpa kesedaran mereka.
1. Panas baran
Pantang silap sikit, pasti pelbagai kata-kata kesat dihamburkan. Tidak cukup dengan kata-kata kesat, kadangkala tangan lelaki panas baran ini juga pantas menampar atau mencekik leher kekasih bagi menunjukkan mereka ini kuat dan berkuasa.
Perbuatan lelaki sebegini akan membuatkan wanita benci dan fobia. Bagi sesetengah wanita yang terlalu menyayangi pasangan, mereka terpaksa berendam air mata dan membiarkan hidup menderita. Lama kelamaan wanita ini akan hidup dalam keadaan tertekan dan boleh menyebabkan kemurungan.
2. Mengongkong
Segala gerak-geri kekasih dikawal. Hendak keluar berhibur dengan teman-teman pun tidak boleh. Sampaikan dari segi berpakaian pun perlu mengikut segala yang diinginkan mereka. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka. Mulalah dituduh psiko dan queen control.
3. Ego
Ini adalah perbuatan yang paling ketara bagi kaum lelaki. Apabila berlaku pergaduhan, wanita selalu dipersalahkan. Kadangkala, marahnya sudah hilang tetapi ego punya pasal sanggup mendiamkan diri tidak menelefon kekasih semata-mata ingin dipujuk. Ada sesetengah lelaki pula, kerana terlalu ego sanggup menunggu wanita mengajak keluar dahulu daripada mereka sendiri mengajaknya. Tidak salah mempamerkan ego, tetapi biarlah kena pada tempatnya.
4. Suka ‘cuci mata’
Kebanyakan lelaki sukar untuk mengawal mata mereka (mata keranjang). Walaupun sudah dikurniakan teman wanita yang cantik, tetapi masih lagi ingin memandang wanita lain. Pandang sekali sudahlah. Ini tidak. Kadangkala, sampai terpusing kepala lelaki mata keranjang ini memandang wanita lain.
5. Main kayu tiga
Ini adalah perkara yang paling dibenci oleh setiap wanita. Pantang digoda dengan wanita lain, terus hanyut. Ada juga lelaki yang pantang melihat perempuan cantik, pasti dijadikan senarai ‘teman tapi mesra’. Ada juga yang sanggup keluar dengan wanita lain walaupun sudah mempunyai kekasih.
6. Tidak sensitif perasaan wanita
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian kepada kekasihnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan perasaan wanita. Tetapi jika bersangkut paut mengenai diri sendiri, keluarga dan kawan-kawan, mereka begitu memahami dan mengambil berat.
Sebenarnya, wanita bukanlah terlalu sensitif atau terlalu manja. Cukuplah sekadar teman lelaki menjaga hati mereka dahulu sebelum menjaga hati orang lain, lebih-lebih lagi jika wanita itu bakal menjadi isterinya kelak.
7. Pentingkan kawan-kawan
Sanggup membatalkan temu janji semata-mata ingin menonton bola sepak atau diajak melepak oleh kawan-kawan lelaki. Sesetengah lelaki selalu mementingkan kawan-kawan dalam segala hal.
Kalau ada apa-apa masalah di tempat kerja atau apa urusan sekalipun, mereka yang mementingkan kawan-kawan sanggup mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan kekasih. Wanita akan lebih menyayangi pasangannya jika mereka lebih dihargai.
8. Tidak tahu menghargai
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Seboleh-bolehnya, lelaki mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap menghargai mereka. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap menghargai teman wanita terhadap apa yang cuba dilakukannya untuk anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya, ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
9. Meninggikan suara
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tetapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
10. Penipu
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tidak munasabah. Ada lelaki sanggup mungkir janji dan memberi pelbagai alasan seperti mempunyai masalah yang tidak dapat dielakkan, padahal sebenarnya mereka enggan mengotakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini, lama kelamaan akan membuatkan wanita menjauhi anda.
Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini | Label: malaysia, petua, Tips, seks, melayu, masalah kesihatan, paling memalukan wanita, doktor, nasihat, wanita hari ini
ANDA tidak bersendirian. Umumnya, jutaan wanita di muka bumi ini
hidup dengan rasa malu kerana masalah pembuangan air kecil yang
kerap, peluh berlebihan, faraj berbau, angin dan beberapa masalah
lain yang ’sewaktu’ dengannya.
Mereka langsung tidak mahu berbincang mengenainya. Fikir mereka,
”Biarlah ia menjadi rahsia diriku seorang.”
Topik-topik yang ada kena-mengena dengan ‘tandas’ seperti terlalu
kerap membuang air kecil, masalah pundi kencing, usus, datang
bulan dan keputihan muncul keadaan yang paling memalukan kaum
Hawa diikuti dengan masalah badan dan kemaluan berbau serta
nafas yang kurang menyegarkan.
Bagaimanapun, menutup mulut tentang isu-isu ini tidak lebih daripada satu perbuatan yang merugikan kerana untuk pengetahuan anda, terdapat sekian banyak rawatan yang ditawarkan di luar sana.
Berikut digariskan enam masalah paling memalukan yang dihadapi
oleh wanita. Turut dimuatkan alasan kenapa anda tidak perlu lagi
berdiam diri berpeluk tubuh mengenainya. Kita mulakan dengan:
Kerap membuang air kecil
Tiada data yang dapat memberitahu jumlah sebenar wanita-wanita
di negara ini yang menderitai masalah ini. Bagaimanapun, sebagai perbandingan dengan negara yang selalunya dijadikan rujukan iaitu Amerika Syarikat (AS), ia mengganggu lebih 17 juta warga wanitanya.
Namun dengan jumlah sebesar itu, masih lagi mereka berasa gusar
untuk ‘berbual-bual’ dengan doktor mengenainya. Pada pendapat mereka, jika anda telah dilatih untuk menggunakan tandas sejak kecil lagi, kenapa pula anda tidak boleh mengawalnya kini? Isu ini turut dilihat mempunyai kaitan dengan faktor penuaan dan pada dasarnya, jarang orang yang mahu mengaku tua.
Satu daripada tiga wanita yang mempunyai masalah tidak dapat mengawal kencing ini dikategorikan masih muda iaitu bawah 35 tahun. Kebocoran kencing adalah sesuatu yang dianggap tidak normal dalam apa keadaan sekalipun jika anda telah dilatih untuk ke tandas.
Apa pun, berita baiknya terdapat pelbagai pilihan rawatan untuk
masalah ini. Kewajipannya terpulang kepada pesakit sendiri. Jangan fikir doktor akan mengadili anda yang bukan-bukan. Malah, kemungkinan besar doktor tersebut boleh membantu. Anda hanya perlu mengadakan temu janji dan berjumpa doktor.
Kemudian katakan dengan yakin: ”Saya mengalami masalah
kebocoran kencing (tidak dapat mengawal kencing atau kerap
membuang air kecil).”
Tip pengurusan yang anda pandai-pandai lakukan sendiri di rumah
ada ketikanya hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Misalnya, ada sesetengah wanita yang pundi kencingnya terlalu
aktif ini mengambil keputusan untuk mengurangkan pengambilan
cecair.
Logiknya ada di situ tetapi apa yang anda tidak tahu adalah, tindakan
itu sebenarnya akan meningkatkan keradangan pundi kencing dan
menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.
Bilakah kekerapan membuang air kecil merupakan sesuatu yang
normal? Jawapannya, menjelang tahun-tahun menopausal (putus haid).
Dalam keadaan ini, ubat- ubatan tertentu, pengubahsuaian
pemakanan dan senaman kegel (kemut) berupaya membantu
menguatkan otot- otot yang mengawal pengeluaran air kencing.
Kencing yang terlalu kerap juga boleh menjadi tanda penyakit-penyakit
lain yang memerlukan penilaian ataupun akibat kesan sampingan
ubat-ubatan yang anda sedang ambil.
Angin
Semua orang mempunyai angin di dalam badan mereka tetapi kebanyakan daripada kita enggan mengakuinya. Mengakulah kepada doktor anda kerana angin selalunya berkait rapat dengan pemakanan.
Ia juga boleh dirawat dengan pengubahsuaian makanan selain produk-produk yang banyak dijual di farmasi-farmasi sahaja. Ada beberapa punca lagi yang boleh mencetuskan masalah angin dan bukannya setakat akibat memakan kekacang.
Anda mungkin terkejut apabila mendapat tahu bahawa minum menggunakan straw boleh menyebabkan angin di dalam usus dan perut. Begitu juga dengan sayur-sayuran yang mempunyai empat kelopak bunga seperti sawi.
Sindrom usus rengsa (IBS)
‘Gangguan ini mempamerkan gejala-gejala seperti sakit perut atau rasa
tidak selesa di samping perubahan corak membuang air besar seperti
sukar membuang air besar (sembelit) atau sebaliknya, terlalu kerap
pula ke tandas (cirit-birit) ,” kata Pakar Perunding Perubatan, Hospital
Kuala Terengganu, Terengganu, Datuk Dr. Ahmad Shukri Datuk Md.
Salleh@Embat.
Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan oleh Yayasan Antarabangsa
bagi Gangguan Fungsi Gastrousus yang berpangkalan di Milwaukee,
Wisconsin, ia menjejaskan antara 10 hingga 15 peratus daripada
keseluruhan penduduk dunia.
Pesakit IBS mungkin berasa malu kerana mereka berasa berbeza daripada orang normal lain tetapi hakikatnya, ia merupakan satu gangguan yang sangat biasa di kalangan wanita khususnya.
Sekali lagi, terdapat banyak maklumat serta rawatan yang boleh membantu menjadikan hidup anda lebih terurus. Malangnya, ramai wanita yang memilih untuk sengsara seorang diri sedangkan banyak lagi yang senasib dengan mereka sebenarnya.
Perpeluhan melampau
Ramai wanita yang berasa malu apabila merembeskan peluh yang melampau banyaknya tidak kiralah sama ada ia keluar menerusi tapak tangan atau ketiak. Mestilah malu, bukan?
Masalah ini perlu diperiksa oleh seorang doktor. Terdapat preskripsi
nyahpeluh yang boleh digunakan dan dalam kes-kes yang ekstrem, suntikan Botox juga boleh menjadi penyelesaian bagi merawat tapak tangan, tapak kaki dan ketiak.
“Jika anda mendapati ada perbezaan dalam cara anda berpeluh atau
ia menyusahkan sehingga anda tidak boleh melakukan aktiviti tertentu
seperti orang lain ataupun ia menyebab kemurungan untuk menjalani
kehidupan seharian, terdapat pilihan rawatan yang ada,” kata Pakar
Perunding Bedah Kardiotorasik, Jabatan Pembedahan Kardiotorasik,
Institut Jantung Negara, Dr. Jeswant Dillon.
Kesihatan pernah menyiarkan artikel berkenaan rawatan ETS iaitu
pembedahan kelenjar saraf simpatektomi torasik endoskopi bagi
mengatasi masalah peluh berlebihan yang luar biasa di institut berkenaan.
Alat sulit berbau
Ini boleh menjadi tanda jangkitan tetapi tidak semestinya jangkitan yis,
kata Pakar Estetik dan Antipenuaan, Alice Total Wellness, Bangsar, Kuala Lumpur, Dr. Alice Prethima Michael.
”Sesetengah wanita terlebih mengguna pakai krim yis yang dibeli di
kaunter farmasi dan terlepas untuk mendapatkan rawatan yang lebih
sesuai dan tepat.
”Sesetengahnya pula merasakan ia sekadar bau yang berbeza, tidak
lebih dari itu. Keadaan ini boleh memberikan kesan terhadap imej
tubuh atau perasaan mereka semasa melakukan hubungan kelamin,”
katanya. Pokok pangkalnya, berbincanglah dengan doktor anda.
Lemah keinginan syahwat
Wanita mungkin berasa terlalu segan untuk membawakan masalah
kekurangan nafsu seks ini ke pengetahuan doktor tetapi ia sebenarnya
boleh menjadi petunjuk kepada keseluruhan masalah yang ada.
”Kekurangan libido mungkin disebabkan oleh masalah psikologi, biologi
mahupun so****. Jadi, ia memerlukan penyiasatan menyeluruh kesemua
aspek bagi menentukan punca penyebabnya,” kata Pakar Sakit Tuan
yang tidak asing lagi, Dr. Ismail Tambi.
Misalnya, seorang wanita mungkin terpaksa menjaga orang tuanya
yang telah uzur dan banyak masanya diperuntukkan secara fizikal
dan mental (emosi) sehinggakan tiada masa untuk seks (so****).
”Keinginan syahwat yang menurun mungkin ada kaitannya dengan
kemurungan, kekhuatiran atau imej tubuh yang negatif (psikologi).
”Isu-isu biologi seperti penyakit jantung dan diabetes atau
ubat-ubatan yang menjejaskan rangsangan seks turut memainkan
peranan di dalam masalah ini,” jelasnya.
Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini | Label: artis, gro, info, isteri, kemaluan, seks, susuk, wanita
KUALA LUMPUR: Untuk memudahkan kerja ‘mengikis’ wang lelaki, ada pelayan pelanggan (GRO) tergamak memakai susuk pada kemaluan mereka bagi memastikan pelanggan sentiasa tunduk dan ingat pada mereka selepas kali pertama melakukan hubungan seks.
Amalan khurafat dan bertentangan dengan Islam ini didedahkan seorang bomoh susuk yang mahu dikenali sebagai Chick, yang mendakwa pernah memasukkan susuk pada ramai wanita, termasuk GRO, artis, suri rumah, wanita simpanan dan pondan.
Beliau yang mewarisi kepandaian memakai susuk daripada arwah neneknya yang terkenal di kalangan artis sejak zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bukanlah bomoh susuk komersial tetapi namanya meniti dari bibir ke bibir, menjadikan Chick menjadi buruan penggila susuk.
Bomoh berusia 50-an tetapi masih kelihatan muda dan berseri itu yang mengakui turut memakai susuk memberitahu, susuk pada kemaluan boleh membuatkan pemakainya hebat beraksi di ranjang dan menjadikan pasangannya tidak boleh melupakan nikmat bersama.
“Susuk itu dipakai sama seperti cara pemakaian pada bahagian lain tubuh iaitu mencucuk batang jarum emas sepanjang sebutir pada alat kelamin wanita.
“Susuk itu boleh dipakaikan satu, dua atau empat jarum bergantung kepada permintaan dan ia tidak menyakitkan pemakai kerana sudah dijampi,” katanya.
Chick yang tidak menjelaskan kadar bayaran yang dikenakan bagi pemasangan susuk pada kemaluan memberitahu, untuk pemasangan susuk di bahagian tubuh biasa seperti muka, dia hanya meminta bayaran bagi barangan yang digunakan sebanyak RM25 bagi susuk kepingan emas, susuk batang emas (RM50) dan susuk berlian (RM150).
“Jika mahu memberi lebih (bayaran), terpulang kepada pemakainya (susuk),” katanya.
Beliau berkata, mengikut ilmu yang diwarisinya, pantang pemakai susuk kemaluan adalah sama seperti susuk lain iaitu tidak boleh makan buah atau bahagian daripada pokok munggal, labu, kundur selama-lamanya, manakala bagi betik atau pisang emas hanya selama tiga bulan.
Katanya, jika terlanggar pantang, ilmu susuk itu tidak berkesan lagi manakala susuk yang baru dipasang akan keluar daripada permukaan kulit.
Ditanya kepercayaan sesetengah masyarakat bahawa pemakai susuk susah menghembuskan nafas ketika nazak, Chick berkata, setakat yang diketahui, pemakai susuknya tiada masalah kerana biasanya susuk itu tidak lagi berkesan dan mati (hilang seri) selepas tempoh beberapa tahun jika tidak dijaga.
“Menurut petua arwah nenek saya, jika ada orang susah hendak mati, cukup sekadar memusingkan senduk nasi, sebaik-baiknya senduk kayu, atas muka orang sakit sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan disudahi dengan ketukan lembut pada dahinya,” katanya.
Beliau juga berpendapat, adegan filem mengenai orang susah hendak mati hingga terpaksa dibongkar bumbung, lantai atau dinding rumah kerana memakai susuk atau muka menjadi buruk akibat melanggar pantang, adalah gimik berlebihan dalam filem, kerana menurut amalannya kesannya bukan seteruk itu.
Ditanya amalan pemakaian susuk yang bertentangan dengan Islam, Chick berkata, beliau mengakui perbuatan itu haram tetapi semuanya bergantung kepada kehendak pemakainya sendiri mengikut jalan yang dipilih itu.
Sumber: Harian Metro
Difailkan di bawah: Info Wanita Hari Ini | Label: .3gp, akibat terlanjur, handphone, hubungan seks, info, isteri, kini, meransang, rakam, seksual, wanita
Bagai satu fenomena hari ini apabila rakaman gambar lucah, khususnya wanita, menjadi perangkap untuk mengugut mangsa, sama ada terus meratah tubuh mereka atau mendapatkan wang.
Malah, ada lelaki bernafsu syaitan dan tidak berhati perut meminta wang saraan setiap bulan daripada bekas teman wanitanya sebagai ganti jika tidak mahu gambar bogel atau seks mereka disebarkan.
Membimbangkan, gejala merakam aksi lucah dan seks berlaku di kalangan pasangan bercinta, berkahwin, penuntut serta golongan eksekutif atau profesional.
Terbaru, tersebar di Internet gambar separuh bogel milik Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, 37. Penyebaran gambar Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebabkan Elizabeth menawarkan diri meletak jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.
Selain Elizabeth, ramai wanita menjadi mangsa ‘lelaki gila’ apabila gambar lucah mereka disebarkan di Internet.
Metro Ahad mendapatkan pengalaman mereka, yang ada antaranya mengaku berhabis ribuan ringgit demi memenuhi tuntutan bekas teman lelaki di samping menjadi pemuas nafsu.
KES 1: Anisa, 21 tahun, Seri Kembangan
“KERANA Internet, maruah saya tergadai, malah hidup saya musnah. Bukan itu saja, wang simpanan dan juga pinjaman pelajaran, lebur begitu saja kepada bekas teman lelaki.
Saya mengenali lelaki itu melalui laman web sembang dua tahun lalu. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah universiti di pinggir Kuala Lumpur dalam bidang agama.
Saya tidak tahu bagaimana saya yang boleh dikatakan berpegang teguh dengan ajaran agama musnah dalam sekelip mata angkara lelaki ini.
Selama beberapa bulan kami bersembang di Internet selain berbual melalui telefon sehingga saya jatuh hati dengannya. Pada satu hari kami mengambil keputusan berjumpa di sebuah bandar di selatan tanah air.
Pada hari itu, saya berseorangan menemuinya kerana yakin dan percaya dia lelaki baik, jujur dan bertanggungjawab.
Namun, saya sangat terkejut, hari itu juga detik hitam dalam hidup saya. Selepas menjamu selera dengannya, kepala saya terasa sakit dan seperti hendak pitam. Lelaki yang saya panggil abang Zed, berusia lingkungan 30-an, membawa saya ke lokasi yang saya tidak ketahui.
Apabila terjaga daripada tidur keesokannya, saya dapati saya tidur dalam keadaan bogel di sebuah hotel. Zed pula ketika itu mengaku meratah tubuh saya beberapa kali.
Lebih mengejutkan, dia turut merakam gambar bogel saya dalam pelbagai sudut. Malah, dia mengugut menyebar gambar berkenaan di Internet jika saya tidak menurut kemahuannya.
Saya takut, menangis dan bimbang serta tidak tahu hendak buat apa. Sejak itu, diri saya tertekan. Hampir setahun saya ikut kemahuan Zed, jika dia hendak tubuh saya, saya akan ikuti kemahuannya.
Di dalam kereta, hotel, tepi tasik atau di mana saja tempat yang ada peluang, kami melakukan seks dengan harapan gambar bogel saya dihapuskan.
Lebih kejam lagi, wang pinjaman PTPTN yang saya dapat hampir RM15,000, semuanya terpaksa diserahkan kepada Zed.
Selain meratah tubuh saya, dia dapat wang. Di universiti, bukan tiada lelaki berminat mendekati saya kerana saya boleh dikategorikan wanita cantik dan memiliki tubuh menawan.
Namun kerana Zed, pintu hati saya tertutup kerana sifat benci kepada golongan itu, malah selama setahun saya menjadi hambanya, saya tidak ceritakan masalah ini kepada sesiapa sehingga pada satu hari, saya disahkan hamil.
Ketika itu saya buntu sehingga berita saya hamil diketahui universiti. Selain terpaksa menanggung malu, saya akhirnya dibuang, malah sehingga kini terpaksa menanggung bayaran pinjaman PTPTN.
Seperti biasa, Zed tidak mengaku atau mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada diri saya, malah dia sanggup bersumpah.
Sehubungan itu, saya membuat laporan polis dan kini masih dalam siasatan.”
KES 2: Alis, 27, Cheras
“KAMI bercinta hampir lima tahun dan hidup bersama bagaikan pasangan suami isteri dan tinggal sebumbung di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.
Namun, hubungan ini bertukar menjadi mimpi ngeri kepada saya apabila berpisah dengan kekasih sejak Julai lalu, akibat bergaduh dan tiada persefahaman untuk bersama lagi.
Gara-gara membenarkan bekas kekasih merakam aksi ketika melakukan seks menggunakan telefon bimbit, ia menjadi modal kepadanya mengugut saya supaya terus tinggal bersama dan mendapat habuan seks.
Jika saya enggan dan cuba meninggalkannya, dia (bekas kekasih) mengugut menyebarkan klip video lucah membabitkan hubungan asmara kami berdua yang dirakam sebelum ini di Internet.
Kerana terpaksa, saya tinggal bersamanya dan di layan seperti hamba seks selama lebih enam bulan. Dia enggan berpisah kerana mendakwa masih mencintai saya.
Bimbang klip video itu tersebar, saya turuti kemahuannya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu perkara memalukan ini diketahui orang, terutama keluarga.
Lama kelamaan saya tidak mampu bertahan lagi. Saya tekad untuk membuat aduan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan berharap masalah ini dapat diselesaikan.
Selepas itu saya membuat laporan polis. Kini semuanya selesai, tapi hidup saya masih tidak tenteram kerana takut bekas teman lelaki ‘menganiaya’ saya lagi.”
KES 3: Marina, 26, Petaling Jaya
“HIDUP saya hampir musnah apabila aksi melakukan hubungan seks bersama bekas tunang tersebar di Internet. Cuma saya bernasib baik kerana klip video berkenaan tidak mendedahkan wajah.
Bagaimanapun, itu hanya ugutan bekas tunang supaya saya akur terhadap segala permintaan, sama ada memberi habuan seks dan wang.
Bekas tunang mengugut mendedahkan klip video yang menunjukkan wajah kami ke Internet, termasuk gambar bogel saya, jika enggan menunaikan segala permintaannya.
Setiap kali memerlukan wang, dia hubungi saya. Jika saya enggan memberi wang, dia ugut hendak sebarkan klip video berkenaan dan menghantarnya kepada keluarga saya.
Perkara itu berlarutan hampir tiga bulan dan duit gaji hampir RM4,000 sudah saya beri kepadanya. Tidak setakat itu, dia juga ambil kesempatan ‘meniduri’ saya.
Perkara terbabit tidak berlanjutan. Selepas itu saya nekad mendedahkan perbuatan keji bekas tunang kepada keluarganya.
Ibu bapa saya marah kerana dapat tahu saya terlanjur dengan bekas tunang. Namun, saya tiada pilihan dan mahu semua (ugutan) itu tidak berlaku lagi.”
KES 4: Erin, 24, Bandar Tun Razak
“IA umpama bala dalam hidup saya. Saya terpaksa berhempas pulas mencari wang sebanyak RM14,000 untuk membayar balik wang dan barang yang pernah dibelikan bekas suami kepada saya.
Bekas suami mengugut akan menyebarkan gambar bogel dan klip video seks ketika kami bersama hampir setahun menjadi pasangan suami isteri.
Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, saya terpaksa menunaikan permintaannya. Malah, barang kemas yang pernah dia belikan untuk saya terpaksa saya pulangkan kepadanya.
Separuh daripada wang gaji yang saya peroleh setiap bulan terpaksa diberi kepada bekas suami. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana klip video itu hanya mendedahkan wajah saya.
Mahu atau tidak, saya turuti permintaan bekas suami walaupun saya sedar ia tidak wajar dilakukan bekas suami.
Yang saya risaukan, jika saya dapat menjelaskan wang yang dimintanya, adakah dia akan berhenti ‘menagih’ wang daripada saya.
Saya menyesal kerana sanggup membiarkan bekas suami merakam aksi kami ketika berasmara.”
KES 5: Illa, 22, Subang Jaya
“SAYA pernah terlanjur dengan teman lelaki, tetapi tidak tahu bagaimana gambar panas saya dirakam dan boleh tersebar. Begitupun, tidak semua gambar berkenaan adalah tubuh saya kerana ada antaranya saya percaya menggunakan teknik pertindihan.
Saya pernah mendapatkan penjelasan bekas teman lelaki, tetapi dia enggan mengaku menyebarkan gambar bogel terbabit.
Penyebaran gambar berkenaan menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan melampau dan malu kepada rakan dan saya membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.
Begitupun, hidup saya tertekan selepas itu, apatah lagi rakan juga memperoleh gambar terbabit.
Dalam satu gambar, ia menunjukkan seorang wanita dalam keadaan bogel yang menyerupai fizikal saya duduk di atas katil dan menampakkan payu dara.
Bagaimanapun, ia sangat memalukan, terutama apabila diketahui keluarga saya, sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap perilaku saya.
Memburukkan keadaan apabila e-mel peribadi saya turut diceroboh sebelum ia diubah suai individu tertentu dengan niat memalukan saya.
Saya mengesyaki penggodam yang memecah masuk e-mel saya adalah bekas kekasih yang dikenali sebagai K yang sukar menerima hakikat perpisahan kami.
Kekasih berusia 32 tahun dan bekerja sebagai arkitek itu pernah memberitahu saya, dia tidak akan membiarkan saya hidup bahagia kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang berani memutuskan hubungan cinta.”
- HARIAN METRO