Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

3 Tips Pemilihan MLM Yang Perlu Kita Ambil Perhatian !

Salam hormat;

Apabila kita menyebut MLM, kebanyakan mereka akan beranggapan “oooo…ini semua tipu ! Mana ada orang jadi kaya dengan MLM.” Lagi satu pendapat ada juga yang menganggap ” MLM nie kalau sesiapa yang masuk dan labur paling awal. dia yang buat banyak untung “. Hakikatnya kebanyakan mereka berangapan serong sebanyak 360 darjah tentang MLM ni.

Tidak dinafi kini, terlalu banyak kes penipuan membabitkan MLM ni dan ia memberi kesan terhadap pertumbuhan ekonomi negara yang rancak membangun dek kerana ‘scammer’ yang mementingkan keuntungan dengan cara penipuan.

Diluar sana terdapat ramai yang kaya, tetapi kekayaan mereka tidak boleh dikongsi dengan orang ramai. Di dalam sektor koprat sebagai contoh, di mana jika mereka yang berada diperingkat teratas PASTI memperolehi pendapatan yang paling tinggi berbanding mereka yang berada diperingkat bawah.

Kebanyakan syarikat MLM yang mengamalkan konsep yang betul masih boleh berkongsi kejayaan mereka kepada jaringan / network mereka. Mereka yang berada di atas masih boleh membantu secara ‘ high touch’ kepada mereka yang berada di bawah. Ini yang MAHALnya dalam MLM ataupun ada yang panggil sebagai Network Marketing.

Baiklah…

…untuk post thread kali ini, saya kongsikan 3 cara memilih syarikat MLM yang perlu kita sama-sama ambil perhatian. Kebanyakan ejen MLM yang telah berjaya menasihatkan untuk menitik beratkan 3 perkara di bawah sebelum kita membuat keputusan melakukan perniagaan MLM.

1) Produknya MESTILAH produk keperluan sendiri.
Setiap perniagaan memerlukan produk dan produk yang ditawarkan hendaklah yang sering digunakan oleh kebanyakan pengguna. Sebagai contoh SABUN. Siapa dikalangan mereka di forum ini tidak menggunakan sabun. Hari-hari kita menggunakan sabun. Sebab apa…. sebab semua manusia secara fitrahnya sukakan kebersihan dan bau-bauan yang menyegarkan.

Contoh lain yang boleh saya kongsikan adalah seperti prepaid. Siapa yang tidak menggunakan handphone kan ? Semua orang memiliki handphone. Bayangkan dari 27.4 juta rakyat Malaysia, pengguna handphone berdaftar adalah sebanyak 34.4 juta orang. Jika ia bukan satu keperluan dah pasti takkan terjadi statistik sebegini. Betul tak ?

Jadi kita perlu study produk MLM yang ingin kita jual dan ia hendaklah yang sering digunakan oleh kita dan kebanyakan dari pengguna lain.

2) Jika perlu MAINTAIN penggunaan produk pastikan di bawah bajet bulanan kita.
Kebanyakan penggiat MLM pada mulanya teruja dengan pendapatan yang mengkagumkan kemudian kecewa dengan hasil pendapatan yang kian merudum dari bulan ke bulan adalah kerana ketidak upayaan untuk konsistensi dalam jualan.

Jika produk yang kita tawarkan agak tinggi pada pelanggan, ia amat menyukarkan untuk kita mengekalkan pendapatan berterusan. Bagi kita sendiri pun andai berbelanja melebihi bajet, suatu masa nanti kita akan fikirkan jalan alternatif untuk berbelanja mengikut bajet kita sendiri. Dari situ mulalah pelanggan beralih kepada produk yang lebih murah dan berkualiti.

Jadi di sini, pemilihan produk yang mampu di ‘maintain’ oleh semua orang mengikut bajet mereka amatlah penting. Ia perlu flexible.

3) KURANG ataupun TIADA service langsung dengan pelanggan.
Takkan nak jual sabun pun perlu service kan. Hehehe…gurau jer.

Pemilihan produk yang tak perlu ataupun kurang melakukan service selepas jualan juga perlu dititik beratkan. Jika dalam bidang perniagaan konvensional, service selepas jualan perlu dititikberatkan. Ini bagi mengekalkan kredibiliti dan kepercayaan pelanggan kepada perniaga.

Anda yang ingin berada dalam bidang perniagaan MLM, tips ini juga perlu diambil perhatian.

Kesimpulannya, jika kita ikuti ketiga-tiga tips pemilihan perniagaan MLM ini, insyaa Allah pendapatan berterusan dan konsisten pasti milik anda kelak.

Sekian. Terima kasih.

-SELAMAT MENCUBA & SEMOGA BERJAYA-

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 16, 2013 by in Tips Perniagaan Berjaya and tagged , , , , .
%d bloggers like this: