Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Tips Membeli Domain Berkualiti

Salam semua,

Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan teknik membeli domain yang berkualiti. Bagi mereka yang baru dalam perniagaan internet, domain mempunyai nilai yang tinggi bergantung kepada beberapa faktor: –

1) Keyword
2) Google PageRank
3) Usia Domain
4) Non-Dropped/Dropped
5) Backlink

Perniagaan domain yang juga dikenali sebagai domain flipping adalah popular di kalangan mereka yang berpengalaman dalam perniagaan internet kerana ianya dianggap mudah dan sentiasa terdapat permintaan.

Keyword: Bagi mendapatkan domain yang mempunyai keyword yang pendek seperti Business.com, Money.com dan sebagainya adalah sukar kerana domain-domain ini telahpun dimiliki oleh syarikat-syarikat besar dan harganya mencecah jutaan ringgit jika anda ingin membelinya. Jadi, saya tidak akan menyentuh bahagian ini buat masa ini kerana ianya agak advanced sedikit.

Google PageRank: Bagi anda yang tidak pernah mendengar tentang PageRank, ia adalah algorithm yang direka oleh Google di mana ia menjadi sebahagian daripada faktor yang menentukan kedudukan website anda di Google. Ianya dikira dari 0 – 10 di mana 10 adalah nilai tertinggi dan hanya beberapa website sahaja yang memiliki Pagerank 10. Untuk maklumat lanjut mengenai PageRank, anda boleh baca di Wikipedia. PageRank yang mempunyai permintaan yang tinggi adalah antara Pagerank 3 – Pagerank 7.

Bagi memastikan kualiti domain tersebut, anda boleh menyemak dengan menggunakan PageRank Checker seperti berikut: –

1) http://www.checkpagerank.net/
2) http://www.rankchecker.com/pagerank-checker/

Di sini, anda boleh memastikan samada PageRank bagi domain tersebut adalah tulen (Valid) ataupun palsu (Fake).

1
Contoh Valid PageRank2
Contoh Fake PageRank

Usia Domain: Di sini, konsepnya mudah sahaja, domain yang lama biasanya sudah di-index di search engine seperti Google dan mempunyai lebih authority berbanding domain yang baru.

Anda boleh menyemak usia domain menggunakan tools yang berikut: –

1) http://whois.domaintools.com/
2) http://www.rankchecker.com/pagerank-checker/

3
Contoh Domain Age

Non-Dropped/Dropped: Terdapat banyak argument samada non-dropped/dropped domain mempunyai sebarang implikasi terhadap sesuatu domain. Non-Dropped domain bermaksud domain tersebut sentiasa di-index oleh search engine kerana ianya sentiasa aktif manakala Dropped domain pula bermaksud domain tersebut pernah di-remove oleh search engine kerana tidak aktif seperti tidak di-renew oleh pemilik domain tersebut. Sesetengah pakar mendakwa, dropped domain mempunyai kesan negatif apabila di-rankingkan semula di search engine. Oleh itu, Dropped domain mempunyai nilai yang lebih rendah berbanding Non-Dropped domain.

Untuk menyemak Non-Dropped/Dropped domain, anda boleh menggunakan tool yang berikut: –

1) http://whois.domaintools.com/

Lihat pada bahagian: Registrar History (sekiranya terdapat mesej seperti “with 1 drop” bermakna domain itu adalah Dropped domain manakala jika tiada maka ianya adalah Non-Dropped domain).

4
Contoh Non-Dropped Domain5
Contoh Dropped Domain

Backlink: Walaupun backlink bukanlah sesuatu yang sangat penting berbanding 4 faktor di atas, sejak kebelakangan ini ianya agak diberi penekanan oleh pembeli domain kerana ianya agak penting bagi menentukan samada PageRank sesuatu domain akan berkekalan apabila berlaku kemaskini oleh Google atau tidak.

Anda boleh menggunakan tools yang berikut: –

1) http://www.highqualitybacklinks.com/backlink-checker/
2) http://www.backlinkwatch.com/

Selamat mencuba!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 14, 2013 by in Tips Ilmu and tagged , , , .
%d bloggers like this: