Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Mertua `Kenduri Seks’ Menantu & Biras Sekali !

KUANTAN : Seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun menggunakan kaedah pelik untuk merawat menantunya yang menghidap penyakit misteri sebelum memperdaya wanita berkenaan melakukan hubungan seks dengan alasan berubat.

1234932_675916012418472_1219222550_n

Bagaimanapun, kaedah rawatan berkenaan hanya helah bapa mentua durjana itu untuk menjadikan menantunya berusia 24 tahun sebagai pemuas nafsu serakah selama lapan bulan sebelum perbuatan terkutuknya terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis, 29 Ogos lalu.

Difahamkan, episod malang menimpa wanita berkenaan bermula September tahun lalu apabila mangsa ketika itu tinggal berseorangan di rumahnya di sebuah FELDA di Merapoh, Kuala Lipis, didatangi bapa mentuanya menawarkan untuk merawat penyakit.

Mangsa ketika itu baru bernikah dengan anak lelaki suspek awal September tahun lalu.

Sumber berkata, lelaki terbabit menyuruh wanita berkenaan menuruti kaedah rawatan berkenaan dengan memberikan alasan berubat, namun mangsa enggan berbuat demikian.

Bagaimanapun, seminggu selepas kejadian itu, lelaki terbabit sekali lagi memujuk mangsa, namun kali ini dia memaklumkan perlu melakukan hubungan seks kerana ia sebahagian kaedah rawatan tradisional dipraktikkannya,8221; katanya.

Menurutnya, mendengar kaedah rawatan yang perlu dilaluinya itu, mangsa terkejut dan enggan mengikut arahan bapa mentuanya.

Namun, lelaki terbabit terus memujuk mendakwa seorang biras kepada menantunya (mangsa) juga pernah melalui kaedah rawatan sama dan dia (biras) melakukan persetubuhan dengan bapa mentuanya itu.

Selepas menceritakan perkara itu, lelaki terbabit mengajak menantunya melakukan persetubuhan dan ia berlaku selepas tiga kali warga emas berkenaan melakukan kaedah pelik itu,8221; katanya.

Sumber itu berkata, mangsa membenarkan bapa mentuanya melakukan perbuatan terkutuk itu atas dasar kepercayaan mahu mengubatinya dan berlarutan sehingga Mei lalu.

Katanya, mangsa menyedari dia dijadikan hamba seks bapa mentua dan enggan lagi melayan permintaan lelaki terbabit melakukan hubungan seks setiap kali tinggal bersendirian.

Tidak tahan perlakuan bapa mentuanya, mangsa membuat laporan di balai polis berhampiran ditemani adik-beradiknya, 29 Ogos lalu.

Difahamkan, suspek melarikan diri selepas mangsa membuat laporan dan sehingga kini belum ada tangkapan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Abdul Razak Hassan ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan menerima laporan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol.

menantu kurang cerdik
bapak mertua terlebih pandai

ni ilmu memuaskan nafsu serakah kee

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 31, 2013 by in seks and tagged , , , .
%d bloggers like this: