Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Kalau datang siang, orang lain layan abang.

Petaling Jaya: “Kalau datang siang, orang lain layan abang. Kalau abang datang malam, kami pula layan abang. Biasalah, kami kerja di kilang dan terpaksa mengikut syif (giliran bekerja). Bila dah balik kerja kilang, baru boleh buat kerja ini,” kata Maya, 26.

Dia antara lapan gadis berasal dari Aceh yang dikesan menjalankan kegiatan mengurut dan menjual tubuh secara sambilan di sebuah unit pangsapuri kos sederhana di Sunway Mentari, Bandar Sunway, di sini, bagi menampung kos kehidupan di perantauan.

Beroperasi sejak setahun lalu, rumah berkenaan yang terletak di tingkat enam pangsapuri itu langsung tidak kelihatan seperti rumah pelacuran kerana penghuninya bijak melindungi kegiatan mereka dengan menjadikannya sebagai asrama untuk pekerja kilang.

Difahamkan, khidmat gadis Aceh berkenaan mendapat sambutan hangat pelanggan, terutama warga asing, berikutan ia sukar diperoleh berbanding gadis wilayah lain dari Indonesia.
xpix_gal1.pagespeed.ic.-Qzm68lq0f
MAYA menunggu di ruang tamu, manakala rakannya bersiap melayani pelanggan.

Wartawan Metro Ahad yang mendapat maklumat daripada penduduk di situ, menyamar sebagai pelanggan untuk memasuki rumah itu. Jelas, ia dihuni beberapa pekerja kilang yang menjalankan kegiatan pelacuran pada waktu senggang. __________________

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 24, 2013 by in seks and tagged , , , , .
%d bloggers like this: