Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Laporan Audit 2013 | Dari Persektif saya ………

Cerita 1
KUALA LUMPUR: Laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan segala macam perbelanjaan yang disifatkan sebagai tidak masuk akal ternyata memberikan kesan kepada emosi rakyat.

Dalam satu surat pembaca yang dihantar kepada Harakahdaily, Ahmad Nazri Khamis mahu berkongsi rasa sedih tersebut dengan membandingkan ketirisan dan keborosan kerajaan dengan realiti hidup rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

Menurutnya, sebagai seorang rakyat Malaysia, beliau pernah berdepan dengan beberapa situasi sukar ekoran kekangan kewangan dan menyifatkannya sebagai perkara biasa yang sering dilalui golongan rakyat bawahan.

“Apakah Pak Menteri sedar, sebagai rakyat Malaysia aku pernah menghadapi kereta kena tunda sebab kehabisan minyak, beli minyak RON95 dengan duit syiling, beli susu anak dengan berhutang, tidurkan anak di atas plastik kerana lampin kehabisan.

“Aku juga pernah makan makanan hampir basi kerana kelaparan, berjalan kaki ke tempat kerja kerana kenderaan rosak, tidak dapat pulang berhari-raya kerana kekurangan wang dalam perjalanan, bekalan air kena potong sebab bil tertangguh dan pinjam telepon kawan kerana tiada top-up.

“Apakah pak-pak menteri sedar? Semua yang tertera di atas adalah sedikit daripada masalah yang aku hadapi kerana kekurang sumber kewangan,” katanya.

Menurut beliau, walaupun kerja “macam mahu mati”, pelbagai masalah lagi yang serius dihadapi oleh sebahagian rakyat negara ini kerana tekanan hidup disebabkan tidak cukup duit dan kenaikan harga barang.

Lebih menyedihkan katanya, setiap kali membaca laporan audit yang didedahkan, ketirisan dan keborosan dalam pentadbiran kerajaan mencecah jutaan ringgit.

Sedangkan katanya, wang itu jika diguna untuk bembantu rakyat tentu sekali dapat meringankan beban rakyat kebanyakan.

“Setiap kali Laporan Ketua Audit didedahkan, setiap kali itu juga kami sebagai rakyat menangis tetapi sebaliknya pak-pak menteri yang diamanahkan jaga wang negara lain pula hujah mereka.

“Menteri boleh kata “tiada pembaziran berlaku”. Aku sangat kesal dengan apa yang berlaku, Apakah pak-pak menteri sedar?

“Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi melainkan berdoa, berdoa dan berdoa,” rintihnya.

Cerita 2

Pembayar Cukai & Rakyat Berhak Berasa Marah

Oleh ROZAID A. RAHMAN

SEORANG rakan penulis telah menyatakan rasa marahnya yang teramat sangat ke atas pelbagai bentuk pembaziran dan perbelanjaan yang disalahgunakan, disalah pakai, dibazirkan dan dibelanjakan tanpa pengawasan sepertimana yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Manakan tidak, ketika dia menerima bonus daripada majikannya, wang yang dipotong untuk cukai peribadinya mencecah sehingga RM4,500.

Wang itu adalah hasil titik lelahnya tetapi dia adalah seorang pembayar cukai yang baik.

Hasil daripada wang yang dikutip daripada cukainya itu digunakan oleh kerajaan untuk menguruskan negara.

Jadi siapa yang tidak marah jika wang pembayar cukai sepertinya itu digunakan secara tidak cekap sehingga membawa kepada pembaziran dan kerugian yang mencecah berbilion ringgit.

Maka itu dia berhak berasa marah dengan apa yang didedahkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Malangnya, amalan pembaziran dan ketirisan atau kelonggaran ke atas pengawasan pelaksanaan projek atau dasar sepertimana yang didedahkan oleh Jabatan Audit Negara ini tetap juga berlaku setiap tahun.

Rakyat dan pembayar cukai menjadi semakin jelak dan mengharapkan penambahbaikan atau pengawasan yang lebih ketat dan teliti.

Malangnya ini semua tidak berlaku. Sebaliknya kecuaian dan pembaziran ini semakin bertambah sehingga ke tahap yang luar biasa dan sukar dipercayai.

Contoh yang paling menakjubkan ialah tuntutan palsu uniform atau pakaian untuk kakitangan beruniform, projek berjuta ringgit yang diserahkan kepada syarikat kontraktor yang tidak memiliki rekod perkhidmatan sehingga terbengkalai, projek kawalan keselamatan di sekolah-sekolah satu Malaysia sehingga mencecah RM2 bilion, pembayaran untuk kerja yang tidak siap atau tidak wujud dan banyak lagi.

Peranan dan fungsi audit ialah untuk memastikan segala peruntukkan dan pelaksanaan projek serta dasar dilaksanakan mengikut prosedur. Kedua ia adalah bertujuan untuk mengenalpasti di mana berlakunya ketirisan dengan harapan kecuaian yang sama tidak berulang.

Ketiga ialah untuk ketua jabatan mengambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab ke atas semua ini.

Apabila punca masalah telah dikenalpasti, maka langkah seterusnya yang dinantikan oleh pembayar cukai ialah apakah bentuk hukuman yang telah diambil ke atas sang pelakunya.

Malangnya ini tidak akan kita ketahui kerana bukanlah menjadi tanggungjawab Ketua Audit Negara untuk melaporkan bentuk tindakan yang telah diambil ke atas sipelaku atau mereka yang bertanggungjawab mengawalselia pelaksanaan projek.

Jabatan Audit Negara hanya mengaudit kementerian, jabatan, lembaga dan syarikat berkaitan kerajaan. Lain daripada itu bukan di bawah tanggungjawabnya.

Maka pada akhirnya adalah menjadi tanggungjawab setiap kementerian, jabatan, agensi, lembaga dan syarikat berkaitan kerajaan yang nama mereka dikaitkan dengan sebarang ketidakcekapan dan ketirisan menjawab dan menjelaskan kepada rakyat mengapa ini semua boleh berlaku dan apakah bentuk tindakan yang telah mereka ambil ke atas kakitangan atau pegawai yang terlibat.

http://mstar.com.my/kolumnis/cer … tar_kolum_khabarnya

ps :   Baguslah…   luahan hati  pembaca yang disiarkan diatas mewakili suara hati rakyat yang telah muak dengan pembaziran kerajaan

Jalan jangan mendongak selalu… sesekali pandang laa kebawah.. hidup nih ibarat roda… bukan sentiasa ke atas… kalu kita makan pakai cukup.. hujung minggu bleh bawak anak bini gi shooping, hujung tahun bleh bawak gi port dickson makan angin, jangan anggap semua org macam kita gak…. masih ramai ygmelarat lagi, dan terlalu ramai yg kita tgk macam biasa, tapi didalam berperang dengan ekonomi yg semakin menghimpit…. berusaha semua org berusaha.. ko berusaha dok kat opis menaip komputer, cukup bulan dapat gaji ribu2.. mereka2 nih berhempas pulas kerja gunakan keringat badan, peluh hujung bulan dapat ratus2…. bila baca laporan audit setiap tahun dibawah pemerintahan UMNO BN yg langsung sekadar laporan sahaja…. tanpa tindakan langsung.. sapa yg tak marah… nih semua duit kita.. duit keringat kita…

Jangan ko kata rakyat meskin tak bayar cukai sebab tak bayar income tax… nak sekolahkan lagi ker…

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 16, 2013 by in Kongsi Bersama and tagged , , , , .
%d bloggers like this: