Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Punca jangkitan bayi

RASHIDAH bersyukur dikurniakan bayi perempuan comel bernama Mila. Beberapa minggu selepas Mila dibenarkan pulang ke rumah keadaan menjadi sibuk kerana ada sahaja sanak saudara dan sahabat handai melawat si comel.

Suatu hari, Rashidah batuk – batuk dan seperti demam selesema dengan rasa perit di tekak. Menyangkakan hanya batuk biasa akibat kesibukan menjaga bayi yang baru lahir, maka dia membeli ubat batuk dari kedai.

Dalam tempoh seminggu, batuk yang dialami semakin teruk dan diiringi kesesakan bernafas. Akhirnya dia berjumpa doktor dan disahkan menghidap pertusis yang dikenali batuk kokol. Tanpa disangka Mila pula menunjukkan tanda jangkitan seperti batuk teruk diikuti bunyi ‘whoop’ yang nyaring. Setiap kali batuk , mukanya merah padam, menyebabkannya rasa rengsa dan meragam. Mila disahkan menghidap pertusis.

Rashidah diberitahu bahawa daya tahannya terhadap pertusis telah berkurangan secara beransur-ansur walaupun dia pernah diberi vaksin penyakit itu semasa bayi. Sementara itu, Mila pula masih belum sempat diberi tiga dos vaksin pertusis, sebab itulah dia terdedah kepada penyakit itu. Untuk mencegah jangkitan daripada merebak, doktor mencadangkan agar anak sulung Rashidah, Rashid yang berusia 9 tahun diberi vaksin penggalak (booster).

Kenali pertusis

Utusan Malaysia Online – Kesihatan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Februari 9, 2011 by in Tips Kesihatan and tagged , , , .
%d bloggers like this: