Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Petua Nenek Kebayan

Atasi Senggugut – Setiap kali datang bulan, ada wanita yang mengalami masalah senggugut. Untuk mengatasinya, ambil tiga ulas bawang putih sebesar ibu kaki dan potong nipis-nipis. Kemudian ambil lima biji lada hitam ditumbuk halus. Campurkan bawang putih dan lada hitam tadi dan gaulkan dengan air panas. Kemudian minum setiap hari (waktu malam).

Bayi Selsema – Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Cegah Ulat – Kini ramai orang menggunakan bahan baja atau ubatan ramu pada pokok yang bermasalah ulat. Tumbuk bawang putih tiga atau empat ulas dan campurkan air sabun secamca besar. Kemudian campur minyak masak secamca. Semburkan campuran ini pada pokok. Selamat mencuba

Membuang Lemak Badan – Sekiranya anda mengalami masaalah lebihan lemak, cuba amalkan petua ini. Ambil 3 – 5 biji putik delima, basuh bersih dan tumbuk hingga lumat. Perah airnya dan minum pati perahan putik delima ini tanpa dicampur bahan lain. Amalkan setiap hari di waktu pagi dan malam, selama sebulan. Dengan menjaga pemakanan dan bersenam, lemak yang berlebihan bukan menjadi masalah lagi dan bentuk badan idaman dapat dicapai. Selamat mencuba.

Melangsingkan Tubuh – Masalah berat badan, sering menggangu fikiran wanita.Tetapi kini anda tidak perlu risau kerana ada petua murah dan mudah. Ambil dua biji lobak merah dan sebiji timun.Parut dan perah airnya. Parutan itu dicampur sebiji air limau nipis. Bancuh hingga sebati dan minum dua kali sehari. Amalkan setiap hari hingga berat badan anda turun.

Kulit Muka Kembali Bermaya – Tumbuk beberapa helai daun kubis dan perah airnya. Campurkan sedikit air dan secamca besar madu. Kemudian sapu ramuan ini pada leher dan muka. Pakai seperti pupur. Biarkan lebih kurang 15 minit, kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Hasilnya, kulit tegang, lembap,lembut segar serta licin. Amal 3-4 kali sebulan, anda akan memiliki kulit wajah cantik bermaya.

Mewangikan Rambut – Ambil air perahan 10 helai daun pandan wangi yang ditumbuk lumat. Sapukan ke kepala pada sebelah petang sebelum dicuci sebelum tidur boleh mewangikan rambut dan mencegah uban.

Mengurang Bau Petai – Best kalau makan petai untuk dibuat ulam… tapi baunya sapa yg tak tahan… jadi sini ada petua hendak hilangkan bau petai… .Rendam buah petai terlebih dahulu dlm air basuhan beras..biarkan selama setengah jam sebelum dihidangkan atau dimasak.Senangkan?? Selamat mencuba

Mengatasi Rasa Pahit Buah Peria – Hiris buah peria mengikut keperluan masakan. Kemudian gaulkan buah peria yang telah dihiris itu dengan garam kasar. Biarkan selama 5 minit. Selepas itu cuci buah peria tersebut beberapa kali dengan air bersih sebelum dimasak. Hasilnya buah peria yang telah dimasak itu tidak akan berasa pahit apabila dimakan

Sakit Gigi – Sekiranya anda mengalami sakit gigi, gigit tiga kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, ketuk cengkih dan isi didalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.

Sembuhkan Kencing Manis – Ambil akar pokok manggis sebesar ibu jari tangan, kemudian hendaklah dibasuh sehingga bersih. Selepas itu dicampurkan dengan sebotol air mineral direbus sehingga mendidih. Amalkan minum tiga kali sehari.

Sembuhkan Bengkak Hati – Bagi mereka yang mengalami masalah bengkak hati dan paru-paru berair ambil secekak akar tebu hitam. Rebus menggunakan sukatan sebotol air mineral yang besar. Minum dua kali sehari.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 3, 2010 by in Petua - Petua and tagged , , , .
%d bloggers like this: