Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Pendatang haram Yahudi keras kepala

KAWASAN penempatan haram Yahudi di Revava berdekatan kampung Salfit di Tebing Barat, Palestin. – AP

BAITULMAQDIS 26 Sept. – Pendatang haram Yahudi mengangkut peralatan pembinaan ke sebuah kawasan penempatan yang terletak jauh di tengah Tebing Barat, sebagai persiapan untuk memecah tanah di sebuah projek perumahan baru.

Perkembangan itu berlaku ketika Amerika Syarikat (AS) bertungkus lumus berusaha untuk mencegah rundingan damai terbaru daripada menemui kegagalan dengan berakhirnya tempoh pembekuan yang dikenakan oleh kerajaan Israel ke atas pembinaan kawasan penempatan Yahudi di wilayah Palestin.

Berakhirnya pembekuan aktiviti pembinaan itu lewat hari ini menimbulkan krisis besar pertama dalam pusingan terbaru rundingan damai Asia Barat yang dilancarkan di White House oleh Presiden Barack Obama awal bulan ini.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang menguatkuasakan pembekuan itu 10 bulan lalu sebagai langkah perdamaian berkata, beliau tidak akan melanjutkannya sekalipun digesa berbuat demikian oleh Obama.

Bagaimanapun pihak Palestin yang menentang segala aktiviti pembinaan Israel di wilayah yang mereka tuntut untuk sebuah negara merdeka pada masa depan, memberi kata dua akan membatalkan rundingan jika pembinaan diteruskan.

“Israel mesti membuat pilihan antara perdamaian dengan penerusan aktiviti pembinaan kawasan penempatan,” kata Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) semalam.

Katanya, Palestin dan seluruh Asia Barat terus-menerus dihimpit sehingga terjerumus ke dalam kancah keganasan dan konflik disebabkan ‘mentaliti Israel yang suka menceroboh dan mendominasi’.

Abbas meninggalkan AS lewat semalam untuk rundingan di Perancis.

“Amerika terus berusaha untuk menyelamatkan rundingan damai. Usaha penting itu dijalankan dengan sungguh-sungguh tetapi belum berjaya mendapatkan komitmen Israel untuk menghentikan aktiviti pembinaan kawasan penempatan,” kata jurucakap Palestin, Nabil Abu Rdeneh.

Abbas meminta menteri-menteri luar Arab mengadakan mesyuarat di Mesir pada beberapa hari akan datang bagi membincangkan perkembangan terbaru, katanya.

Ketika masa semakin suntuk, Setiausaha Negara AS, Hillary Rodham Clinton cuba merundingkan kompromi saat-saat akhir sebelum tempoh pembekuan tamat tengah malam ini, dengan harapan untuk mengelakkan kegagalan rundingan. – AP

Utusan Malaysia | Arkib 27/09/2010

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 12, 2010 by in Yahudi vs Palestin and tagged , , , , , , .
%d bloggers like this: