Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Aduan orang ramai meningkat

PETALING JAYA 5 Okt. – Bilangan aduan daripada orang ramai yang menggunakan khidmat pengangkutan awam di negara ini semakin meningkat dengan purata 10 kes sehari, menurut Pusat Khidmat Aduan Pengguna Kebangsaan (NCCC).

Pegawai undang-undang kanannya M. Matheevani berkata, dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini, NCCC menerima 1,160 aduan berbanding 2,024 kes sepanjang tahun lepas.

Kebanyakan aduan yang diterima adalah berhubung perkhidmatan penerbangan tempatan, Aliran Transit Ringan (LRT), khidmat tren komuter dan bas awam, katanya kepada Bernama.

“Kami menerima pelbagai aduan setiap hari dan antaranya kekerapan kelewatan, gangguan perkhidmatan, rosak di tengah landasan, kekerapan gangguan bagi kad kaunter, masalah kad Touch & Go dan lebihan caj oleh konduktor selain khidmat pelanggan yang buruk, tiada pampasan atau mengembalikan wang kepada pengguna jika kesilapannya adalah di pihak penyedia perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata, kebanyakan pengguna kecewa dengan kekerapan kelewatan di sektor pengangkutan terutama jika mereka tidak diberi pampasan.

Matheevani berkata, NCCC menerima aduan tertinggi pada bulan Julai dengan memberi contoh lapan gangguan pada perkhidmatan LRT yang mengambil masa beberapa jam untuk dipulihkan.

“Ada pemandu bas dan konduktor mengenakan caj tambahan tanpa mengeluarkan resit dan tindakan ini melanggar Seksyen 140 Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya.

Katanya, ada pengguna yang mengadu bahawa kakitangan stesen LRT tidak memaklumkan kepada pengguna bahawa khidmat antara stesen Gombak dan Kelana Jaya terganggu dan wang mereka tidak dikembalikan sehingga memaksa pengguna terpaksa mencari pengangkutan alternatif yang lain.

Matheevani berkata, kelewatan penerbangan dan pembatalan merupakan aduan yang biasa diterima oleh NCCC.

Pengenalan khidmat gerabak khusus bagi wanita pada khidmat komuter juga tidak lekang daripada aduan dengan para pengguna menuntut agar kakitangan diletakkan di platform bagi memastikan lelaki tidak ‘mencelah masuk’, katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Datuk Paul Selvaraj berkata, banyak isu yang dihadapi pengguna berhubung pengangkutan awam dan ini merupakan sebab kenapa masih ramai yang memandu kenderaan sendiri walaupun berdepan dengan kesesakan trafik. – BERNAMA

Utusan Malaysia Online – Berita Utama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 5, 2010 by in News.4u and tagged , , , .
%d bloggers like this: