Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

1001 macam cara uji cinta

Lelaki memiliki 1001 macam cara untuk menguji cinta orang yang
disayanginya. Cara menguji itu melalui pelbagai helah, taktik dan teknik
sehingga kadangkala sukar mahu membezakan sama ada ia satu ‘ujian’ atau
sebaliknya.

Sebagai kekasih, wanita mungkin berasa sudah memperlakukan segalanya
buat jejaka yang disayangi. Namun, pernahkah bertanya pada diri,
mungkinkah si dia terpesona pada anda setulus hati?

Bagi sebahagian lelaki, itu belum cukup untuk membuatnya tekad memilih
anda menjadi suri hidupnya.

Di saat hubungan dengan si dia bermasalah, tiba-tiba anda dihubungi
seseorang yang meluahkan rasa hatinya pada anda. Bagaimana agaknya
penerimaan diri sedangkan anda sedia maklum si penggoda baru itu teman
baik kekasih anda?

Hati tertanya-tanya, bala apa yang menanti sedangkan lelaki itu tahu
anda sudah lama berpasangan dengan rakan baiknya.

Setelah lama berhubungan lalu berderai cerita sebenar – si dia sengaja
memperalatkan rakan karibnya untuk menguji cinta anda.

Sebenarnya, bermacam-macam cara kekasih menguji pasangannya. Berikut
mungkin sebahagian cara anda diuji dan berhati-hati kerana sebahagian
golongan Adam punya ‘permainan’ tersendiri.

Fakta berikut mungkin boleh dijadikan panduan penting untuk anda:

Materialistik

Untuk mengetahui anda materialistik atau sebaliknya, lelaki akan menguji
dengan memberi anda hadiah murah atau mengajak makan di gerai biasa,
bukan di restoran eksklusif. Ia sekadar untuk melihat sejauh mana
penerimaan anda.

Menguji tahap cemburu

Lelaki selalu ingin tahu pasangannya jenis kuat cemburu atau sebaliknya.
Dia akan menguji dengan cara mengenalkan anda pada teman perempuannya.
Jika reaksi anda biasa saja, mungkin anda lulus ujiannya.

Telefon perempuan lain di depan anda

Reaksi anda tenang seolah-olah hal itu bukan masalah besar dan ia
memberikan reputasi yang anda lulus ujian itu. Sebaliknya, jika anda
marah dan mengatakan tidak suka dia menelefon perempuan lain apatah lagi
menunjukkan sikap melampau, mungkin anda gagal melepasi tahap itu.

Hubungan dengan bekas kekasih

Keinginannya untuk mengetahui perasaan hati anda dengan kekasih lama,
memang cukup tinggi. Justeru, berhati-hati jika dia memperli atau
mengungkit cerita lama sekadar menguji ketahanan anda. Jangan cepat
melenting.

Mengukur tahap kesetiaan

Dia ingin mendapatkan kekasih yang setia. Anda pula kerap menghubunginya
dan tidak keluar dengan lelaki lain selama dia ke luar daerah. Dia pula
akan menguji dengan pelbagai cara, antaranya meminta bantuan rakan untuk
menggoda anda. Untuk itu, berhati-hati dengan permainan ini, takut anda
terjebak dengan rakan baiknya sendiri.

Tahap keegoan

Mereka menghindari hubungan dengan perempuan ego yang sering ingin
menang dalam apa saja perkara. Si lelaki pula akan menguji keegoan ini
dengan mengajak ke tempat yang anda tidak suka dan anda harus
menunjukkan nilai diri sejujurnya.

Alasan anda menyukainya

Dia ingin tahu apa tujuan anda menjalin hubungan dengannya. Adakah
kerana harta benda, paras rupa atau kebaikan?

One comment on “1001 macam cara uji cinta

  1. jasa penerjemah
    Oktober 9, 2009

    mantap, lanjutkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 28, 2009 by in Petua - Petua and tagged , , , , , , , .
%d bloggers like this: