Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Fakta-fakta Menarik Mengenai UMNO

Fakta menarik mengenai UMNO :-

  1. Nama asalnya dikenali sebagai UMO (United Malay Organisation), dan akhirnya ditambah N (National – Kebangsaan) atas cadangan Pendeta Zaaba.
  2. Pengasasnya adalah Dato Onn Jaafar – Menteri Besar Johor ketika itu, dan penubuhannya diadakan di Istana Besar Johor atas perkenan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim.
  3. Pengasasnya adalah Dato Onn Jaafar – Menteri Besar Johor ketika itu, dan penubuhannya diadakan di Istana Besar Johor atas perkenan Sultan Johor ketika itu, Sultan Ibrahim.

  1. Presiden kedua iaitu Tunku Abd Rahman telah mewujudkan idea gabungan antara kaum-kaum di Tanah Melayu (PERIKATAN – UMNO, MCA, MIC) dan mengunakan logo kapal.
  2. Pada era Tun Razak, PERIKATAN telah ditukar nama kepada BARISAN NASIONAL yang menggunakan logo dacing.
  3. Tun Razak meninggal dunia ketika masih menjawat jawatan PM.
  4. Tun Mahathir pernah dipecat pada zaman Tunku, dibawa masuk menyertai UMNO semula pada zaman Tun Razak dan menjawat jawatan-jawatan penting dalam kerajaan dengan pantas pada zaman Tun Hussein serta akhirnya keluar UMNO secara sukarela pada zaman Datuk Seri Abdullah dan kembali menyertai UMNO semula pada zaman Datuk Seri Najib.
  5. UMNO pernah diharamkan pada zaman Tun Mahathir dan Tun Ling Liong Sik (Presiden MCA ketika itu) pernah memangku jawatan PM buat sementara waktu.
  6. Tun Mahathir ingin menubuhkan semula UMNO setelah diharamkan oleh Mahkamah Tinggi, tetapi atas alasan teknikal, Suruhanjaya Pendaftaran tidak dapat mendaftarkan pertubuhan politik yang sama nama dengan sebelumnya, jadi Tun Mahathir terpaksa menubuhkan parti dengan nama UMNO Baru buat sementara dan akhirnya ditukar kembali kepada UMNO.
  7. Tengku Razaleigh (Naib Presiden ketika itu) telah menubuhkan Semangat 46 sempena kerana UMNO ditubuhkan pada 1946, serta mendakwa partinya adalah parti UMNO yang asal.
  8. Tunku yang sememangnya seteru kepada Tun Mahathir, telah bergabung dengan Tun Hussein untuk menubuhkan UMNO Malaysia, tetapi permohonan beliau telah ditolak atas sebab teknikal.
  9. Tengku Razaleigh bergabung dengan Tunku, Tun Hussein dan Tun Musa Hitam (bekas Timbalan Tun Mahathir) serta bersama-sama dengan PAS untuk membentuk Angkatan Perpaduan Ummah untuk menentang Barisan Nasional.
  10. Barisan Nasional menang besar dalam menewaskan Angkatan Perpaduan Ummah dan akhirnya Semangat 46 dibubarkan dan ahli-ahli parti tersebut telah menyertai UMNO.
  11. Secara teknikalnya UMNO yang ada sekarang ini sebenarnya adalah diasaskan oleh Tun Mahathir, tetapi secara amnya Tun Mahathir ingin memperlihatkan UMNO adalah sebagai sebuah parti yang diasaskan oleh Dato Onn.
  12. Walaupun pada akhirnya kesemua bekas-bekas presiden menentang UMNO kecuali Tun Razak serta Datuk Seri Abdullah.
  13. Terdapat 4 Timbalan Presiden UMNO yang tidak pernah menjadi PM iaitu Tun Dr Ismail, Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan Datuk Seri Anwar.
  14. Tun Mahathir mempunyai 4 Timbalan Presiden pada zamannya dan yang menariknya tiada satu pun yang akhirnya serasi dengannya kecuali Tun Ghafar.
  15. Parti Keadilan adalah mirip kepada Semangat 46 cuma perbezaanya ialah parti tersebut adalah parti berbilang kaum dan masih lagi berjuang menentang UMNO.
  16. Keadilan akhirnya bergabung dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia.
  17. Keadilan membentuk gabungan bersama dengan PAS dan DAP (parti serpihan PAP yang memerintah Singapura) untuk membentuk Barisan Alternatif untuk menentang Barisan Nasional.
  18. Pada zaman Datuk Seri Abdullah, beliau telah mengetuai 2 pilihanraya yang mana yang pertamanya telah menang besar sehingga Kelantan pun hampir-hampir jatuh kepada BN majoriti yang tipis, tetapi yang menariknya telah berlaku bouncing atau melantun yang sungguh besar apabila BN telah kecundang teruk kepada Pakatan Rakyat yang diketuai Datuk Seri Anwar yang telah dibebaskan pada zaman pemerintahannya.
  19. Pada zaman Tun Mahathir, beliau pernah ditentang oleh bekas PM pertama, PM ketiga serta timbalan beliau dan naib presidennya sekali, tetapi pada zaman Datuk Seri Abdullah dia hanya ditentang oleh bekas PM ke empat sahaja manakala kesemua timbalan serta naib presidennya terus setia dibelakangnya.
  20. UMNO terdapat di kesemua negeri di Malaysia kecuali Sarawak.
  21. Masyakat melayu amnya sinonim dengan tiga parti yang mewakili orang-orang melayu iaitu UMNO, Pas dan Keadilan. Tetapi hakikatnya Keadilan adalah parti berteraskan berbilang kaum dan kita seringkali terlupa tentang sebuah lagi parti berteraskan bumiputera dan Islam yang  diketuai oleh Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mungkin kerana ialah terletak nun jauh di Sarawak.
  22. Presiden-presiden UMNO uniknya adalah mengikut turutan Utara, Tengah dan Selatan iaitu Tunku – Kedah, Tun Razak – Pahang, Tun Hussein – Johor, Tun Mahathir – Kedah, Datuk Seri Abdullah – P.Pinang, Datuk Seri Najib – Pahang dan kemungkinan Tan Sri Muhyidin sebagai bakal PM yang juga dari Johor. (telah melengkapkan sequent ini.)
  23. Pada zaman Tun Mahathir, beliau telah membina beberapa monumen sempena memperingati bekas-bekas PM terdahulu antaranya Universiti Tunku Abd Rahman (UTAR), Universiti Tun Abd Razak (Unitar), Universiti Tun Hussein Onn (UiTHO) dan Putrajaya sempena nama Tunku Abd Rahman Putra. Tetapi tiada sebarang monumen atas nama Tun Mahathir yang dibina oleh penggantinya sehingga kini.

Antara parti-parti serpihan UMNO:

  1. IMP (Diasaskan Dato Onn)
  2. Semangat 46 (Diasaskan Tengku Razaleigh)
  3. Keadilan (Diasaskan Datuk Seri Anwar)

Antara Parti-parti pembangkang yang kini menyertai BN:

  1. Gerakan
  2. Semangat 46 (dimansuhkan)
  3. Parti Bersatu Sabah (pernah menyertai, keluar dan kini menyertai semula).
  4. PAS (kini telah keluar)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: