Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Gadis bunuh diri takut fenomena ‘Big Bang’ berulang

NEW DELHI 11 Sept. – Seorang gadis membunuh diri setelah dihantui perasaan takut apabila mengetahui terdapat kajian mengenai pembentukan alam semesta.

Chayya Lal, 16, dari Madhya Pradesh membunuh diri selepas menonton program televisyen mengenai kajian tentang pembentukan zarah-zarah subatom yang boleh membawa kepada kiamat.

Gadis itu dipercayai menelan pil yang tidak dikenal pasti jenisnya dan terpaksa dikejarkan ke hospital tetapi doktor tidak sempat menyelamatkannya.

Ibu bapanya berkata, Chayya sebelum itu memberitahu mereka bahawa dia takut dengan kajian yang digelar ‘Big Bang’ atau Letupan Besar itu.

“Chayya bertanya sama ada benar dunia akan kiamat.

“Kami cuba menenangkannya dengan mengatakan tidak perlu risau mengenai apa-apa bencana besar,” kata bapanya, Bihari kepada Hindustan Times.

Saintis fizik antarabangsa semalam menghidupkan mesin pemecut atom terbesar di dunia dalam misi untuk menjawab antara persoalan paling rumit mengenai komposisi alam semesta.

Jentera yang dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC) itu dibina dalam sebuah terowong 100 meter bawah tanah dalam kompleks di sempadan Perancis- Switzerland.

Ia direka untuk memecutkan zarah subatom sehingga menghampiri kelajuan cahaya dan kemudian melagakannya dengan satu sama lain.

Pelanggaran itu buat seketika akan mencetuskan suhu 100,000 lebih panas daripada matahari dan untuk sekelip mata meniru keadaan yang wujud selepas peristiwa Big Bang yang menurut saintis membawa kepada penciptaan alam semesta 13.7 bilion tahun silam

– AFP(sumber)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 21, 2009 by in Kongsi Bersama and tagged , , , .
%d bloggers like this: