Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Benarkah penemuan sains moden membuktikan al-Quran benar?

Menangkis Keraguan
PENEMUAN-PENEMUAN saintifik masa kini banyak menampakkan keunggulan al-Quran. Terdapat banyak ayat berkaitan dengan alam dan sains di dalam al-Quran yang baru difahami maknanya pada hari ini. Antaranya ayat yang berkaitan dengan sifat alam semesta yang mengembang.

Allah berfirman dalam surah az-Zariyat ayat 47: Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.

Berhubung dengan ini as-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya al-Asas fit Tafsir berkata: “Maksud ayat ini adalah, Allah menjadikan langit dalam keadaan terus-menerus mengembang. Ia juga bermaksud kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran amat jauh ke hadapan, melampaui ruang dan zaman. Apabila ada manusia yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.”

Pada hari ini, tokoh-tokoh sains menemui bukti-bukti sah yang menunjukkan alam semesta ini tidak statik, sebaliknya terus membesar dan mengembang.

Pada tahun 1929, tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble, dengan menggunakan teknologi canggih, mendapati alam ini sebenarnya sedang mengembang. Beliau mendapati semakin jauh jarak sebuah galaksi dari bumi, semakin cepat proses pengembangannya.

Pada bulan September tahun 1996, satu kenyataan akhbar dikeluarkan berhubung dengan teori pengembangan alam.

Dua kumpulan yang terdiri daripada tokoh-tokoh sains antarabangsa yang membuat kajian mengesahkan kebenaran teori ini.

Malah mereka berjaya mengukur kelajuan pengembangan alam ini, sekali gus membenarkan firman Allah tersebut.

Contoh kedua adalah berhubung asal usul kejadian alam. Dalam surah al-Anbiya ayat 30, Allah berfirman Apakah orang-orang kafir tidak melihat bahawa sesungguhnya langit dan bumi pada asalnya adalah bercantum sebagai satu, kemudian Kami pisahkan kedua-duanya.

Berhubung dengan ayat ini, di dalam al-Jamik li Ahkamil Quran, Imam Qartubi meriwayatkan : “Ibn Abbas, al-Hasan, `Atha, ad-Dahhak dan Qatadah berkata: “Ayat ini bermaksud kedua-dua langit dan bumi pada asalnya adalah satu yang melekat lagi bercantum, kemudian Allah pisahkan di antara kedua-duanya dan dijadikan antara kedua-duanya udara.”

Pandangan ini selari dengan teori kejadian alam yang diterima pakai pada hari ini iaitu teori `Big Bang’. Mengikut teori ini, alam ini pada asalnya bercantum padu, kemudian berlaku satu letupan yang kuat 10 hingga 20 bilion tahun dahulu.

Letupan ini menghasilkan proses pengembangan dan penyejukan, disusuli dengan kelahiran bintang-bintang, galaksi dan cakerawala.

Pada tahun 1929, Edwin Hubble menemui bukti-bukti kukuh yang menyokong teori `Big Bang’ ini.

Penemuan ini diperkukuhkan lagi oleh pakar-pakar astrofizik dari Amerika, Arno Penzias dan Robert Wilson pada tahun 1965 selepas mereka mengukur tahap radiasi yang wujud di angkasa raya.

Penemuan ini kemudiannya disahkan oleh pakar-pakar sains dengan menggunakan alat pengesan khas NASA yang bernama COBE spacecraft antara tahun 1989 hingga 1993.

Kajian-kajian terkini dari makmal CERN yang terletak berhampiran dengan Geneva menguatkan lagi teori `Big Bang’.

Semua ini mengesahkan bahawa langit dan bumi suatu masa dahulu bercantum padu sebelum dipisahkan .

Hakikatnya difahami pada abad kedua puluh ini, sedangkan Allah menceritakan tentangnya 1425 tahun dahulu.

Justeru, al-Quran bercakap bahasa hari ini secara saintifik sehingga mengagumkan ramai tokoh sains seperti Dr. Gary Miller.

Beliau adalah pakar matematik di samping tokoh dalam bidang ilmu teologi Kristian. Pada tahun 1978, beliau dihadiahkan sebuah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dan selepas membaca terjemahan al-Quran itu beliau memeluk agama Islam.

Dalam tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran beliau berkata: “Al-Quran boleh dikaji secara saintifik kerana ia mengutarakan sesuatu yang tidak diutarakan oleh kitab-kitab agama lain secara amnya.

“Malah al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains. Konsep sains pada hari ini ialah satu konsep yang memerlukan bukti. apabila ada orang mengutarakan suatu teori, pakar-pakar sains tidak akan memperdulikannya melainkan jika ia disertakan dengan bukti dan sanggup melalui beberapa ujian yang saintifik.

“Al-Quran sebenarnya sanggup diperlakukan seperti itu untuk membuktikan bahawa ia adalah benar. Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar.”

– Dengan kerjasama PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

Sumber : Utusan Online 08/10/2004

12 comments on “Benarkah penemuan sains moden membuktikan al-Quran benar?

  1. percaya dan sembah
    Jun 15, 2009

    Shallom..
    salam sejahtera dlm kasih dan kuasa Tuhan Allahku yesus kristus yg mnciptakn alam semesta dan mnjadikan langit dan bumi serta sgala isinya.

    saudara yg dikasihi Tuhan ALLAH,
    bukn sahaja al-quran yg ada menyatakn kebenaran ttng trciptanya alam semesta ttapi dlm Alkitab suci bg umat kristian jg tlh dnyatakn bahawa Allah mnciptakn langit dan bumi serta isinya spt ada tertulis dlm kitab suci dr KEJADIAN 1:1-28, Bahwa “Allah menciptakn langit dan bumi serta isinya”
    “pd mulanya Allah mnciptakn langit dan bumi,bumi belum brbentuk dn kosong gelap gelita menutupi samuderaraya dn roh Allah melayang datas permukaan air.”Allah berfirman, jadilah terang lalu terang trjadi.lalu dpisahknNYA TERANG dr gelap dan Allah menamai terang itu siang dn gelap itu mlm.”

    Alkitab kristian jg mnyatakn kekuasaan AllahNYA menciptakn alam semesta.dalam ayat KEJADIAN 1:6-10 mngatakn “Allah brfirman,jadilah cakrawala d tgh2 sgala air utk memisahkn aír dr air.”maka Allah mjadikn cakrawala itu dn Ia memisahkn air yg ada dbawa cakrawala itu dr air yg ada d atasnya dan jadila demikian.Allah menamai cakrawala itu langit.”dan Allah brfirman lg,hendaklah sgala air dbawa lngit brkumpul pd satu tmpt shingga kelihatan yg kering,maka Allah menamai yg kering itu darat dn kumpuln air itu laut.”

    Dgn jelasnya,Alkitab jg membuktikn bnyak ayat yg brkaitan dgn trciptanya alam semesta.bintang2 dlangit,matahari dan bulan yg jg trtulis dlm kejadian 1:14&16″dan Allah brfirman ,jadilah benda2 penerang pd cakrawala utk memisahkn siang dn mlm,biarlah benda2 penerang itu mnjadi tanda menunjukn masa2 yg tetap dan hari2 dan tahun2.”maka Allah mjadikn kedua benda penerang itu yg besar itu yakni lbh besar utk mnguasai siang dan yg lbh kecil utk mnguasai mlm.dan mnjadikan bintang2 dilangit”

    penolakan akan alquran tdklah merugikan maupun mmbinasakn kpd yg menolak sebalik mendapat Keselamatan yg pasti dan akn mendapt pengetahuan ttang kerajaan Allah yg menciptakn alam semesta.Alkitab tdk lah membicarakn apa yg ada dbumi mau pn dlangit tetapi mnyatakan kebenaran Allahnya yg menciptakn alamsemesta dan mmberitau tetang kerajaanNYA(SURGA).Saya amat kesal dgn Dr.gary miller kerna beliau hanya mementingkan pengkajiannya ttng langit dn bumi ttapi meninggalkan kebenaran akan kerajaan Allah yg menciptakn alam semesta.
    alquran tdk jg palsu ttapi kebenarannya berasal dr Alkitab,kerna Alkitab lebih dahulu wujud dr alquran.

    Dsini bknlah utk mencetuskn persoalan ttang perkara yg sensitif bg kita,ttapi menafikan/tdk setujuh/tdk dterima bahwa hanya alquran saja yg mnyatakn ttng trciptanya alam semesta.

    dan saudara dan jga hamba Allah yg akn dikasihiNYA,rendahkanlah dirimu dan kasihi Tuhan Allahmu seperti Allah tlh mengasihi kamu dan kasihi lah sesamamu spt kamu Mengasihi dirimu sendiri.dan jangan ada yg memegahkan dirinya.

    sya mohon maaf kiranya comment sya tdk mnyenangkan hati dn memuaskn.sebab itu kita akn bertemu dlm KASIH ALLAH dlm KEMULIAANNYA.
    “Tuhan Allahku Yesus Kristus berserta dan memimpin kita semua kejalan Yg benar yg tlh dsediaknNYA.”
    ALLAH MEMBERKATI,AMIN.

  2. Nur Syurga
    Jun 17, 2009

    Salam.

    Ya Hamba Allah yang tidak bernama sedikit renungan buatmu..

    “Sesungguhnya agama(yang diredhai) disisi Allah hanyalah Islam…”
    (TQ Ali Imran[3]:19)

    Ayat ini menjelaskan bahwa agama lain yang pernah diturunkan Allah (Taurat, Injil dan Zabur)tidak diakui oleh Alah selepas turunnya Islam. Dan ini dikuatkan dgn firman Allah SWT :

    “Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan untuk kamu nikmatKu, serta Aku redhai Islam sebagai agama kamu”
    (TQ Al Maidah[5]:3)

    Ayat ini menerangkan bahawa hanya Islamlah yang diredhai oleh Allah SWT, sedangkan yang lain tidak.

    “Barangsiapa mencari selain Islam sebagai agama, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu)daripadanya, dan diakhirat termasuk orang-orang yang rugi”
    (TQ Ali Imran [3]:85)

    Wahai Hamba Allah kembalilah kamu kepada fitrah ..ISLAM.

    • Percaya & sembah
      Jun 20, 2009

      Shallom.,
      “kasih Kristus sentiasa mngalir tak pernah berhenti”

      saudara/i,
      ..Dperdamaikanlah setiap hamba Allah ddlm Kasih SetiaNYA Sampai selama-lamaNYA…(nyanyian mazur)

      “TUHANKU YESUS KRISTUS YG NAMANYA DPUJI DSELURUH BUMI DAN DMULIAKN DLM SURGA,AKU NI HAMBA DAN ANAKMU YG DERCAYA DAN SEMBAH AKAN FIRMAMMU YG AGUNG BG KU.
      ENGKAU TAHU ,AKU MENJADI lemah dan tak berdaya dsaat AKU BRHADAPAN DGN KUASA KEMULIANMU,
      SEBAB ITU AKU TAKUT DAN PERCAYAKAN ENGKAU YG BAPA BAHWA ENGKAU ADALAH YG MAHAMENGETAHUI DAN MENGERTI APA YG SDNG TRJADI TRHADAP ALAM CIPTAANMU INI.ENGKAU PEDULI YA,BAPA(YESUS),TRUTAMA SKALI.. TTng AGAMA KEPERCAYAAN KAMI IAITU KRISTIAN DGN ISLAM?BKN SAHAJA D MALAYSIA YG MMPERSOALKN INI TTAPI DSELURUH PELUSUK DUNIA,YA TUHANKU.KIRANYA BELASKASIHANMU PD SETIAP INSANI/HAMBAHMU,JADILAH KEHENDAKMU KEATAS MEREKA DAN HADIRLAH KEDALAM HIDUP MERKA BAHWA ENGKAU SENDIRI YA BAPA(ALLAH=YESUS KRISTUS),MNGATAKN “ENGKAULAH ALLAH”.AKU PERCAYA,TIADA FIRMAN YG SUCI SELAIN FIRMANMU!

      terPUJILAH NAMA TUHANKU YESUS KRISTUS SAMPAI SELAMANYA.
      Hai hamba Yg dikasihi YESUS,Berbalik dan datanglah ke JALAN YG DSEDIAKAN,YG BENAR!KERNA,TUHANKU…ALLAHKU…BAPAKU…YESUS KRISTUS MENANTIKAN KEDATANGANMU KESISINYA.AMIN.

      renung-renungkan…dan slamat berbakti!
      “MY GOD is CARE and LOVE YOUR ALL”

      • Nur Syurga
        Jun 24, 2009

        Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah itu ialah Al Masih putera Maryam.” Katakanlah: “Maka siapakah (gerangan) yang dapat menghalang-halangi kehendak Allah, jika Dia hendak membinasakan Al Masih putera Maryam itu beserta ibunya dan seluruh orang-orang yang berada di bumi kesemuanya?.” Kepunyaan Allahlah kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada diantara keduanya; Dia menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.
        (Al Maa’idah :17)

        Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun. ( Al Maa’idah:72)

        Katakanlah: “Hai Ahli Kitab, janganlah kamu berlebih-lebihan (melampaui batas) dengan cara tidak benar dalam agamamu. Dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang telah sesat dahulunya (sebelum kedatangan Muhammad) dan mereka telah menyesatkan kebanyakan (manusia), dan mereka tersesat dari jalan yang lurus.” (Al Maa’idah :77)

        Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: “Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: “Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?.” Isa menjawab: “Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib.”
        (Al Maa’idah :116)

        Nabi Isa a.s diangkat Allah ke langit.

        (Ingatlah), ketika Allah berfirman: “Hai Isa, sesungguhnya Aku akan menyampaikan kamu kepada akhir ajalmu dan mengangkat kamu kepada-Ku serta membersihkan kamu dari orang-orang yang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikuti kamu di atas orang-orang yang kafir hingga hari kiamat. Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu, lalu Aku memutuskan diantaramu tentang hal-hal yang selalu kamu berselisih padanya.”
        (Ali Imran :55)

        Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
        (An Nisa : 158)

  3. Nur Syurga
    Jun 17, 2009

    Dari Anas ra, tela bersabda Rasulullah saw :

    La Yu’minu ambdun hatta akuna ahabba ilaihi min ahlihi wamalihi walnasi ajmain.

    ” Tidak beriman seorang hamba hingga aku lebih dicintai daripada keluarganya, hartanya, dan seluruh manusia yang lainnya” (Mutafaq’alaih)

  4. Percaya & sembah
    Jun 27, 2009

    saudari,

    salam damai dlm kasih TUHAN KITA,
    Kita hanyalah hamba@anak kpdNYA..
    BERBAHAGIALAH kita kerna masih dituntun dlm perlindunganNYA.

    TUNGGU DAN LIHAT TETAPI NANTIKANLAH YG TERINDAH UTK KEHIDUPANMU DLM KEMULIAANNYA.
    MAKA engkau akaN berseru dan amat bersyukur kpdNYA kerna tlah memberikan keselamatan yg pasti.!

    terjadilah maka terpujilah NAMANYA!
    YESUS KRISTUS TETAP TUHAN DAN RAJADAMAIKU DARI SEMULA,KINI DAN SAMPAI SELAMA LAMANYA ,IA TETAP ALLAH YG SATU.AMIN.

    Kami(kristian) dan YESUS(ALLAH) Sentiasa dan sedia menerima kedatangan orng seperti anda.
    bersama kita memuji dn menyembah DIA yg MAHAKUDUS,MAHAKUASA LG ESA!
    Marilah dan naiklah keatas KU..
    TUHAN MELINDUNGI KITA DLM KASIH DAN KUASANYA.AMIN.

    • Nur Syurga
      Jun 29, 2009

      Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untuk ISLAM. Hanya ISLAM sebagai rahmat sekalian alam (rahmatan lil alamin) kerana agama lain hanya mengatur urusan spiritual saja sedangkan ISLAM mengatur seluruh urusan umatnya. Dan hanya ISLAM la yang diredhai oleh Allah swt. ISLAM KAFFAH WITH KHILAFAH!!!

  5. hj M
    Jun 28, 2009

    tidak penting kita brmusuh,melainkan org yg sbnr kafir itu pemuja benda yg mati!sprti……!patung,brg yg bukn2,itu baru dikatakan pelik2.kita brsaudara I@K. cuma system brlainan,punya A yg satu2nya adlh KEBENARAN yg KEKAL.

  6. PERCAYA DAN SEMBAH
    Julai 10, 2009

    shallom.., SAUDARA/I, TERPUJILAH ALLAH DAN BAPA TUHAN KITA YESUS KRISTUS ,yg kerana rahmatnya yg besar tlh melahirkn kita kmbali olh kebangkitan YESUS KRISTUS dr antara org mati,kpd suatu hidup yg penuh pengharapan ,utk mnerima suatu bahgian yg x cemar dan yg x dpt layu ,yg tersimpan d surga.bagi kamu yg dipelihara dlm kekuatan ALLAH krana imanmu,sementara kamu menantikn keselamatan yg tlh d sediakn utk d nyatakn pd zaman akhir.[1 PETRUS 1;3-5]. ada usara brseru seru d pdg gurun, persiapknlah jalan utk TUHAN,luruskn jalan bg NYA, setiap lembah akn di timbunkn,DN SETIP GUNUG DAN BUKIT AKN MNJADI RATA,Yg brliku liku dan yg brlekuk lekuk akn di ratakn dan mjadi lurus,dan semua akn melihat keselamatan yg dr TUHAN.[LUKAS 3;3-6]. BHAwasannya ,firman TUHAN ini mnyatakn tntng pengkhabaran khabar baik[INJIL] kpd ssemua orng utk menuju ke jalan benar dgn mnyerahkan diri kpd TUHAN dan menerima injil dgn rela dn bkn hnya utk hak esklusif agama,institusi atau individu trtentu ttapi adalh mnjadikn INJIL sbagai hak semua bangsa. dan secara luaran pla,kitab injil suci ini juga jelas mmberitahu ttng alam semesta,bhwa..pd zaman ini suda bgtu bnyk lembah-lmbh DI MUKA BUMI INI TLH DI TIMBUS tanah,gunung2 dn bukit2 TLH MNJADI RATA,bgtu jg dgn jln yg brlekuk2 tlh mnjadi rata dn lurus.maka apa yg di lihat skrng ini ,dpt mmbuktikn injil adalh benar dn kebih mngetahui apa yg akn trjadi skrng ini dn akn datang,krna firma TUHAN suda sediakala dinyatakn dlm injil sejak zaman mula lg. bginilh firman TUHAN,yg menciptakn langit;AKULH TUHAN dn tdk ada lg yg lain,tidak pernah AKU brkata dgn smbunyi atau di tmpt bumi yg gelap,tdk prnah aku mnyuruh kturunn yakub utk mncari AKU dgn sia sia.AKU TUHAN, yg SLALU brkata benar,slalu mmbritakn apa yg lurus.[yesaya 45;18-19]. “bkn setiap orng yg brseru2 kpd KU;TUHAN!TUHAN! Akn masuk ke dlm kerarjaan SURGA ,mlainkn dia yg melaKUKN KEHENDAK BAPAKU YG DI SURGA.”[matius 7;21]. “maka aku brkata kpd mu,jk hidup keagamaanmu x lbh bener dr pd hidup keagamaan ahli2 taurat dn farisi ,ssunguhnya,kamu x akn masuk ke dlm kerajaan surga.”[matius 5;20]. “kerana itu aku mau meyakinkn kamu, bhawa tiada seorang pun yg brkata2;olh roh ALLAH,dpt brkata,trkutuklah YESUS! dn x ada seorng pn yg dpt mngaku YESUS adalh TUHAN!,Selain olh ROH KUDUS!{1 KORINTUS 12;3}. ‘SGALAH tulisan yg di ilhamkn ALLAH mmang brmanfaat utk mngar,utk mnyatakn kesalahn2, utk mnperbaiki kelakuan dn utk mndidik orng dlm kebenaran”[2 timotius 3;16]. “siapa yg x mngasihi YESUS ,trkutuklh dia!maranatha!,jasih karunia TUHAN YESUS mnyertai kamu,kasihku mnyertai kamu sekalian dlm KRISTUS YESUS![1 KORINTUS 16;20-24].AMIN.HALELUYA!

  7. percaya dan sesmnah
    Ogos 1, 2009

    sallam damai;

    “NUBUATAN AKHIR ZAMAN”
    Saintifik AlKITAB INJIL pada zaman kini dapat mnyatakn perkembangan & peredaran zaman terhadap alam semesta.
    seperti yg trtulis dlm ‘MATIUS 24;6-8’; “KAMU aAKN MNDENGAR DERU PERANG/KHABAR2 TTNG PERANG.NAMUN BRAWAS2LAH,JGN KAMU GELISA,SEBAB SEMUA ITU HARUS TRJADI!TETAPI ITU BELUM KESUDAHANNYA.SBB BANGSA AKN BANGKIT MELAWAN BANGSA,DAN KERAJAAN AKN MELAWAN KERAJAAN,AKN ADA KELAPARAN & GEMPA BUMIDIBERBAGAI TTMPT,AKN TTAPI SEMUANYA ITU BARULAH PERMULAAN PENDERITAAN MENJELANG ZAMAN BARU”.

    APA yg ingin d sampaikn dsini adalh.,mmberitahu bhawa d masa ini&akn datang akn bhyk kejadian2 bencana alam berlaku,spt yg trjadi skng ni..ada banjir kilat,gempa bumi,kemalang yg tdk dduga dn ngri..,ketidakseiimbangan politik,wujud pamberontakan2,bantahan2 terhadap pemerintah& kapal terbang trhempas..& seperti apa yg tlh kita dengar dlm akhbar & tv.

    dan dlm 2 timotius 4:3-4,. “karrena akn dtng waktunya,orng dtk dpt lg menerima ajaran yg sehat,ttapi mereka akn mengumpulkn guru2 menurut kehendaknya utk memuaskn keinginan telinga & memalingkn telinganya dr kebenaran 7 membukakannya bagi dongeng.”
    zaman moden ini..banyak org&bangsa yg/tlh mnggamalkn penyembahan2 berhala..a trmasuklh memuja roh org mati(jin)/jahat,percaya cerita2 dongeng.mereka percaya kuasa kekebalan tubuh itu dtng dr Tuhan padahal roh iblis/jin/roh jahat sedang menyesatkn mereka dari kebenaran.

    …sudah jemu kita dengar dlm brita tv,akhabar2 & majalah, bhawa keganasn2 tlh brlaku.spt..membunuh,mendendam,penipuan2 utk keuntungan,mnyiksa,ziina& merosakn diri sndiri dng dosa..keseronokn2 dunia/pesta pora yg hakikatnya hanya sia sia belaka.
    ttapi tdk dnafikn jg ramai dkalangn kita yg terrus taat setia&melakukn pekerjaan Tuhan dgn beriman kpd Tuhan dn mnghormati segala peritah Allah!.

    sbb ia tlh trtulis dlm “wahyu 22;11,-“barang siapa yg brbuat jahat biarlh ia trus brbuat jahat,barng siapa cemar biarlh ia trus cemar,& barang siapa yg benar biarlh ia terus berbuat kebennaran,barang siapa yg kudus biarlh ia terus mnguduskn dirinya”.

    wahyu 14;12 jg mmberi peringatan kpd kita utk trus taat setia kpd Tuhan!bhawa..’YG PENTING DISINI IALAH KETEKUNAN ORANG2 KUDUS,YG MENURUTI SEGALAH PERINTAH ALLAH & IMAN KPD YESUS.”

  8. percaya dan sesmnah
    Ogos 1, 2009

    jika ingin menyaksikn gambaran ttng akhir zaman dan kebenarannya sila layari http://www.thefinalevents.com ,lihatlah vidio tajuk2 ini& ttng bible.so,u can trust it!semoga Allah mmberikn pengertian yg mendalam kpd anda semua.slamat menonton….
    god blass u all!amin.

  9. auzi
    Ogos 4, 2009

    Assalam..kum wbt. semua.

    di mata kita orang tua, melihat antara anak kecil dan anak dewasa kita:
    siapakah yg paling comel?
    siapakah yg paling patut dilayani?
    siapakah yg paling benar perkataannya? ..

    sayugia,

    kita x mampu berbohong..
    kita sendiri dapat merasakannya..
    berbahagialah…
    wa salam..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 21, 2009 by in Kongsi Bersama and tagged , , , , , .
%d bloggers like this: