Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU


PERKARA YANG ANDA TAHU DAN MUNGKIN TIDAK TAHU MENGENAI MILITARY OF MALAYSIA
(Fakta yang saya kemukakan ini mungkin di bawahnya ada yang tidak tepat kerana tidak dapat disahkan kebenarannya. Saya berharap ada pembaca yang akan terangsang mindanya dan cuba mencari kebenaran akan cerita-cerita di bawah ini)

1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

Pasukan Senoi Praaq dihantar untuk menjadi trackker.

2.Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

Masih lagi menjadi misteri dan tiada siapa tahu berhubung teori rampasan tersebut

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

Terlalu sulit. Apa yang saya tahu selain misi pengaman, pasukan khas kita dihantar juga untuk misi CSAR NATO

4.Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

Memang ada, Dalam army pun begitu juga. yang lain tak dapat dipastikan.

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

Memang benar.

6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

Sememangnya berat sebelah. Dalam cerita tersebut tentera Pakistan yang selamatkan tetapi yang sebenarnya pada ketika itu diseparuh jalan sahaja tentera Pakistan cabut lari dahulu dan hanya tinggal pasukan 19 mekanis RAMD sahaja mara untuk menyelamatkan tentera Amerika yang terperangkap. Seorang terbunuh.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

Kalau tak silap seorang berpangkat Staf Sarjan, menjual buku nota semboyan yang ditulis sepanjang anggota ini berkursus kepada Singapura yang harganya lebih kurang 2 juta dolar walaupun buku tersebut sangat buruk. Kini kalau tak silaplah aku anggota ini ditahan bawah ISA atau hukuman tentera. Wallahualam.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

Sampai sekarang pun mereka sentiada standby. Masa itu provokasi berlebihan yang dilakukan oleh kerajaan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

Aku rasa bukan Hawk tapi pesawat lain.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 – 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

Ya memang betul dan masa itu semua kedutaan soviet ditutup.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

Memang benar.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

bukan mini sub tapi submersible boat yang digunakan pasukan khas.

13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

Aku rasa pesawat saber yang menceroboh kawasan Malaysia.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

Itu tak tahu tetapi pada masa itu kita memang menyokong Amerika memerangi pengaruh Komunis yang pada masa sama Malaysia dibelenggu pengaruh komunis bintang tiga.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

Mereka selalu lakukan …kalau tak silap sistem  IADS yang masa sama kedua-dua negara menggunakannya.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

Hehehe tak tahu la pulak. Mungkin kot bila LIMA berlangsung di Langkawi atau tak silap dulu kita ada latihan menawan jambatan yang dilaksanakan oleh Pasukan Aturgerak Cepat atau Para Komando.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

hahaha iyer kot.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

Kedutaan Us dengan KLCC kan dekat.

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

No Komen

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

Dengan bantuan tentera dari negara Komanwel kita mampu menghancurkan ancaman komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

No Komen.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

Salah. Rasanya tak.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

No Komen.

24. Juruterbang Australia pernah mengelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

Hahaha memang benar. Start masa Malaysia guna pesawat F5 Tigereye, Hawk dan sekarang tak tahu.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.

Memang benar, ditembak menggunakan RPG. Kalau tak silap yang pandu Nuri tersebut mendiang Kapten Cheok Bo. Berlaku ketika operasi di utara tanah air.

26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

Sebenarnya mereka tak cabut lari tetapi pada masa minit-minit terakhir Islamabad hubungi mereka untuk tidak terlibat dalam operasi ini. Yang sebenarnya mereka ingin membantu kita dalam operasi tersebut.

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

KD Perak

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

Hahahaha ntah la iyer kot. Tak silap aku baru baru ini akhbar KOSMO lapor tentera Britain di UK  pada masa itu memerintahkan sebuah pesawat Sabre yang diisi penuh dengan pelancar roket untuk mendekati objek tersebut dan lancarkan semua roket tersebut kearah UFO. Berlaku di ruang udara Britain bukan di Malaysia.

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk

Latihan bersama…. bukan betul-betul.

Sumber :

http://www.militaryphotos.net/forums/showthread.php?t=108150&page=295

One comment on “29 RAHSIA NEGARA YANG ANDA PATUT TAHU

  1. Hi, interesting post. I have been pondering this topic,so thanks for posting. I will probably be coming back to your site. Keep up the good work

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 14, 2009 by in Kongsi Bersama and tagged , , , , , , , , , , , , .
%d bloggers like this: