Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Tanda dunia dipenghujung zaman

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa…

1)  Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b.  Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:

‘Aku menghitung 6 perkara menjelang hari  kiamat.’Baginda  menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan  Baitulmuqaddis.’
– Sahih Bukhari

~ dah jadi dah di bumi Palestin, Israel dah takluk…

2)  Zina bermaharajalela.
‘Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang  seenaknya  melakukan  persetubuhan seperti himar (keldai). Maka  pada zaman mereka  inilah kiamat akan  datang.’- Sahih Muslim

~ Dah nampak dah. Kat luar jangan ceritalah, kat Malaysia umphhh! siap pandai berlakon depan handphone. Lagi terrer daripada orang amerika hahaha

3)  Bermaharajalela alat muzik.
‘Pada akhir zaman akan terjadi tanah  runtuh, rusuhan & perubahan  muka’. Adayang bertanya  kepada Rasulullah ‘Wahai Rasulullah  bila hal ini terjadi?’ Baginda menjawab: ‘Apabila  telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita’- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi  Fantasia, Anugerah  Muzik. Budak sekolah Malaysia tak nak sambung sekolah sibuk nak jadi artis, uwekkkkk!
4) Menghias masjid &  membanggakannya.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat  ialah manusia  bermegahan dalam  mendirikan masjid’-  Riwayat Nasai.

~ memang dah  nampak dah. Tengok masjid baru-baru sekarang, cantik cantik,

5)  Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan  dengan tetangga tidak baik.
‘Tidak akan datang kiamat sehingga banyak    perbuatan & perkataan keji,  memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.’- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak  pasal malu……

6)  Ramai orang soleh meninggal dunia.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga  Allah mengambil  orang2 yang  baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang    tinggal padanya  kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf  dan tidak mengingkari kemungkaran’- Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para  ulama’yg tinggal. Aku rasa mufti yang paling muda ialah mufti Perlis. Itu pun kene caci, hina. Yang lain? tunggu masa

7)  Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
‘Di antara tanda semakin dekatnya kiamat  ialah dunia akan  dikuasai oleh  Luka’bin  Luka'(orang yang bodoh  & hina). Maka orang yang  paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang  diapit oleh 2 orang mulia’- Riwayat Thabrani

~ George  Bush, Ariel Sharon. Kat  Malaysiapun? jangan ceritalah….

8)  Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya  sahaja.
‘Sesungguhnya di antara tanda2 telah  dekatnya hari kiamat  ialah  manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang    lain kecuali yang  dikenalnya saja.’- Riwayat  Ahmad

~ jiran sesama islam  pon tak bertegur sapa. Sapa dok KL taulah

9)  Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya  telanjang.
Diriwayatkan  dari Abu Hurairah r.a. ‘Di  antara anda² telah  hari  kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya  keadaannya seperti telanjang’

~ fesyen zaman skarang (tube,  spaghetti strap, g-string etc..)…

10)  Bulan sabit kelihatan besar.
‘Di antara tanda2 telah dekatnya hari  kiamat ialah menggelembung(membesarnya) bulan  sabit.’- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok. Meremang bulu roma aku bila atuk dan nenek aku cerita bila matahari lagi separuh nak terbit dari barat dan bulat sabit tak seperti masa mereka muda2 dulu.

11)  Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
‘Pada akhir zaman akan muncul pembohong2  besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum  pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu  sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak  menyesatkanmu & memfitnahmu’- Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta,  akhbar2 harian & majalah² yg popular skarang nie. Nak-nak akhbar dari arus perdana. eiiiii takutt.

12)Banyak saksi palsu  & menyimpan kesaksian yang benar.
‘Sesungguhnya sebelum datang nya hari  kiamat akan banyak
kesaksian  palsu & disembunyikan  kesaksian yang benar.’-Riwayat Ahmad

~ Tengok kes  peperangan Iraq. apa sudah jadi. Kat Malaysia? Lu pikirlah sendiri

13)  Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.
‘Tidak akan datang hari kiamat sehingga  negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²’-  Sahih Muslim

~ Dubai dah turun  salji… Mina dah kene banjir. Tanaman semakin subur di sana.

PS:

Dari Abdullah bin ‘Amir r.a., Rasulullah s.a.w….bersabda:

‘Sampaikanlah pesanku biarpun 1  ayat…’

One comment on “Tanda dunia dipenghujung zaman

  1. aku..
    Mei 12, 2009

    bagus sangat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 7, 2009 by in Kongsi Bersama and tagged , , , , , .
%d bloggers like this: