Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Tips Jimat Minyak Petrol & Diesel.

Di zaman kemelesetan ekonomi global kini, pelbagai produk yang dihasilkan unuk memenuhi kehendak pengguna bagi menjana pendapatan dan menampung perbelanjaan keluarga.

Minyak petrol dan diesel kini adalah satu mainan komoditi yang menguntungkan pelbagai pihak mahupun pengguna. Bila harga melambung naik semua akan rasa kesannya hingga terpaksa pengguna berjimat cermat.

Apabila suasana ekonomi kini semakin menghimpit, pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan dengan mencipta alat jimat bahan api supaya perbelanjaan bulanan untuk membeli bahan komoditi ini dapat dikurangkan.

Bukan semua alat jimat bahan api ini berfungsi sama dengan apa yang diwar warkan atas kertas ataupun iklan. Kebiasaannya orang akan tertarik dengan promosi dan taktik perniagaan mereka yang sememangnya hendak mengaut keuntungan dalam masa masa kegawatan kini.

Saya, salah seorang yang menggunakan kenderaan yang bergantung harap dengan bahan komoditi mini untuk bergerak. Apabila harga seliter naik saya juga terasa dengan bebanannya hingga saya terpaksa mengubah cara hidup berjimat cermat.

Untuk mengatasi bebanan ini saya cuba pelbagai produk alat penjimatan bahan api supaya saya dapat mengurangkan kos dan dapat jimat pendapatan bulanan saya. Hampir semua produk penjimatan bahan api yang harganya bawah RM400 saya cuba akan tetapi tidak banyak beza saya dapat rasakan malah rasa tertipu dengan tipu helah taktik perniagaan mereka.

Maaf saya katakan, bahawa semua alat untuk menjimatkan minyak adalah karut belaka. Ini bukan saya yang kata tetapi pandangan seorang jurutera professional bidang automotif. Berikut laman web yang menerangkan secara
terperinci http://www.fuelsaving.info/index.htm

Antara rumusan tips yang berguna untuk jimat minyak yang diberikan oleh jurutera tersebut ialah :

  1. Pastikan kenderaaan anda diservis mengikut jadual. Yang penting minyak hitam, oil filter, spark plug, air filter, minyak gear box dsbnya.
  2. Pastikan angin tayar mencukupi. Pastikan bonet kereta anda dikosongkan. Jangan jadikan ianya stor atau tong sampah jika tidak digunakan.
  3. Elakkan mengguna roof rack (beg atas bumbung)
  4. Kelajuan yang baik ialah 80 km sejam.
  5. Gunakan minyak hitam yang betul , tak perlu semi sintetik. Kita bukannya nak masuk Formula 1. “Use the right oil – I am sceptical about the various wonder additives you may see advertised, but you can see a small but significant improvement by using lower viscosity oil. 10W30 is better than 10W40, which in turn is better than 20W50.”
  6. Kereta yang mengguna enjin ini lebih jimat minyak : VVT, Vanos, VTEC, variable turbulence ,exhaust gas recirculation ,direct-injection turbocharging,friction-reducing measures ,cylinder shut-off ,engine shut-off at idle.
  7. Guna kereta yang ekonomi, cc rendah.
  8. Jangan modify kereta, tukar exhaust besar, potong spring dsbnya.

Kesimpulannya untuk merekabentuk sesebuah kereta ramai jurutera yang terlibat. Mereka tahu apa yang terbaik untuk kereta yang mereka cipta.

**********************************
Saving fuel in your car (and home) Fuel saving is an increasingly important topic. The price of energy, in particular fossil fuel, is historically high and seems set to increase. Fuel bills – whether for the home or for the car – take up an ever-increasing proportion of people’s budgets.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mac 4, 2009 by in Kongsi Bersama and tagged , , , .
%d bloggers like this: