Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

KEMPEN BOIKOT AMERIKA/ISRAEL

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH
KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG PENDUDUK AWAM PALESTIN


PPIM mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.

Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.

Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa – kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia.

Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.

Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.

Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam.

Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel boleh dilayari di laman web PPIM.

Klik Untuk Lihat Produk Yang Perlu Diboikot

3 comments on “KEMPEN BOIKOT AMERIKA/ISRAEL

  1. DIN
    Januari 10, 2009

    BILA DICLICK:
    Untuk Lihat Produk Yang Perlu Diboikot

    HASILNYA:

    Bandwidth Limit Exceeded
    The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later.
    ——————————————————————————–

    Apache/1.3.41 Server at http://www.muslimconsumer.org.my Port 80

  2. H.Ishak
    Januari 12, 2009

    Masalah ini berlaku apabila trafik akses laman web ini terlalu sibuk.

    TQ

  3. Ramdhanis binti mansor
    Mac 19, 2009

    Saya sangat menyokong tindakan PPIM ini. Namun, masih terdapat ramai masyarakat yang seagama dengan kita(ISLAM), tidak menyedari akan situasi ini. Masih ramai dalam kalangan kita yang menyumbangkan wang mereka dengan membeli barangan buatan musuh kita sendiri. Bagi pendapat saya, inilah satu2nya cara untok kita membantah tindakan kejam Zionis ini. Oleh itu, marilah kita sama-sama salinh mengingati antara satu sama lain. INSYAALLAH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Januari 8, 2009 by in Yahudi vs Palestin and tagged , , , , , , .
%d bloggers like this: