Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Peraturan yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009

  1. Pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kenderaan persendirian bermula.
  2. Semua bakal pengantin beragama Islam diwajibkan menjalani ujian saringan HIV bagi mengelak jangkitan itu merebak kepada pasangan dan anak-anak.
  3. Cek tempatan dan luar kawasan boleh dijelaskan pada hari yang sama ke dalam akaun pendeposit berbanding antara lima hingga lapan hari perniagaan sebelum ini.
  4. Pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan.
  5. Pelarasan gaji dan kadar elaun seberang laut lebih tinggi kepada semua petugas dan pegawai pada musim haji.
  6. Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
  7. Penambahbaikan terhadap skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan membanteras jenayah.

  8. Penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel.

  9. Kadar tambahan kenaikan gaji sebanyak 20 peratus diberi kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

  10. Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi menerima diskaun tol 10 peratus.

  11. Kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun.

Sumber: Utusan Malaysia m/s2 1/1/2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: