Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Orang yang sedang bercinta badan akan jadi gemuk?

Assalamualaikum semua ,
Nak tanya pada kalian semua kasar tak sebut gemuk? gemoks? muk?  Hihihi ada yang suka atau pun blur ek ? takper tapi sebenarnya sapa suka gemok kan? memang ada yang tak suka. Kalau guna perkataan berisi ataupun chubby nampak sopan sikit tapi kalau dah hakikatnya nak buat camna kan? Mmmm ntahlaa

Cuma posting saya kali ini agak berlainan sedikit daripada biasa . heheh bukan apa takut nanti selepas baca posting saya kali ini ada pulak yang takut untuk bercinta tak pun jatuh cinta. Sebenarnya banyak bukti orang yang jatuh cinta ni boleh buat badan berisi? berat badan naik, tembam atau chubby sedikit. Contoh yang paling senang nak tengok  Siti Nurhaliza tu. Dan tak kurang juga dengan kawan2 saya ataupun opismate saya jadi badan meeka agak berisi sedikit

Pelik? marah? melalut? ke apa yang saya cakap nih? mari kita lihat….

Kenapa agaknya jatuh cinta boleh buat seseorang tu gemuk?

Ada sesetengah orang dia lupa jaga makan , sebelum ade pakwe makwe, bukan main lagi jaga shape badan. Ye lah, takut takde org nak. Keadaan yg sama berlaku pada org yang tak kawin lagi. Takut pinangan ditolak, takut tak laku, tak dapat tarik perhatian . So, bab2 makan ni fulamak mak ai punya lah teliti. Tapi bila si dia dah dalam genggaman, yg control2 tu semua selama ni dah out of control.

Aiseh?ni yang leceh nih. Tambah lak time honeymoon tu, hentam segala jenis coklat, eskrem, strawberi coklat la? kalau sesekali takpe, ni kalau dah kerap. Sikit2 pasangan hadiah coklat. Esok2 bawak balik makanan ringan. Tak makan nanti karang couple merajuk pulak . Sabo je la huhuhhuhu

Naper ek?

Terikut kata2 si dia betul tak?  kalau saya kata, sebenarnya orang yang pergi date ni, suka pilih tempat makan untuk dating? Betul ape saya cakap. Kalau dok saja2 tepi pantai ke, tepi gunung ke? tepi bukit ke? dalam keta ker? tak sah kalau ada mende nak makan. So, kalau makin kerap jumpa, makin banyak la makan. Tambah pulak for the lady, org laki kan byk makan dan kita pun tumpang 2 kaki? ekekeke kita kene tau jugak, org laki ni dia ade hormon testosterone yang banyak so, apa yg diorg makan tak jadi lemak tapi jadik otot. So control ler  makan ek..

Kurang tidur pasal kerja disiang hari ataupun langsung tak jumpa sehari dan malam pulak kita gayut dengan hp, main SMS lagi tu. Hahaha tanpa anda disedari, malam dah terlalu lewat. Ye ler faham2 la  org bercinta ni tak sedar masa berlalu. Ade kajian yang mengaitkan anda kurang jam tidur boleh menyebabkan selera makan meningkat. Dah la pulak tu, selera tu nak kan makanan yang banyak gula, garam, lemak dan minyak

Hmmmm. Anda tentu tersenyum apabila baca arkitel ini, Betul tak? korang dating ada tak langsung tak makan apabila dating? paling koman pun makan beli share sama2 janji perut diisi. Orang lelaki nih kebanyakkannya kalau kawan sendiri kedekut sikit tapi kalau ngan aweks fuh minta apa yang nak makan aja semua layan, KFC, McD, sate, western food semua jalan. Pendek kata bila masuk keta atau turun dari moto tanya dulu nak makan katna. Sekali jumpa tak sah kalau tak makan. Lum citer kalau lelaki cover tak isap rokok depan aweks. Sayang konon. Nak tak nak untuk kurangkan gian rokok ketika dating kenelah kunya sesuatu paling koman pun gula2

Pada yang dah kawen tu apa yang nak dipikirkan lagi? semua dah ada termasuk isteri yang rajin ke dapur. Palagi? nak jaga badan? huhuhu kebanyakkan yang aku tengok pas kawen semua badan naik tak kita kali o pompuan. Apa nak di kisahkan bak saya kata ayat diatas semua dah ada dalam gengaman.

Memang betullah orang tua2 kata kalau dah berkenan tu cepat2 la  kawin. So, unsur2 dating ni cepat hilang. Kalau ade pun dah kurang unsur jadik pelahap kepada makanan. Tak caya? Tanyala org yg dah kawin? semoga ada manfaatnya. Wassalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 23, 2008 by in Kongsi Bersama and tagged , , , , , .
%d bloggers like this: