Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

Satu peringatan dan tabiat kebiasaan kita yang boleh dikongsi bersama

  1. Tidak mengambil sarapan pagi
     Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.
  2. Terlebih makan
    Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.
  3. Perokok
     Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’.
  4. Penggunaan gula yang berlebihan
    Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.
  5. Pencemaran udara
    Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.
  6. Terlebih tidur
    Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang
    boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.
  7. Menutup muka ketika tidur
    Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.
  8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
  9. Kurang berimiginasi
    Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.
  10. Jarang berfikir
     Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.

One comment on “10 TABIAT YANG MENYEBABKAN KEROSAKAN OTAK

  1. aqilah
    Julai 12, 2008

    saya rasa ini bagus untuk dijadikan renungan bagi orang yang tidak menjaga kesihatan dan orang yang tidak banyak berfikir.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: