Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an

untuk bacaan pada masa lapang…
enjoy…sure korang teringat balik zaman2 sekolah
dulu…

tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton Suria perkasa hitam, gaban, G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Time paling best time pagi hari minggu. bangun pagi tak gosok gigi buka tv tengok kartun.

TV dulu bukan cam skang 24 jam . Kul 4.15ptg start dengan azan asar dan tazkirah.kalau citer pasal gaban atau suria perkasa hitam cerita tu ditayang hari khamis 4.30 petang selepas siaran RTM bermula. Pukul 5.00ptg baru abih, sapa sekolah agama petang memang kantoi tak pegi laa, sampai kene rotan pasal ponteng hari kahmis. Bukan aku saja ramai lagi siot yang ponteng macam aku.

Berus gigi time waktu rehat kat sekolah  rendah?…hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan bawak dari rumah, mencangkung kat tepi parit dgn  classmates semua kat sebelah…

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. beratur kat luar bilik reramai sambil pegang kad rekod warna hijau then pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal beb .

Ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb. Susu UHT atau susu Untuk Hantu Toyol hehehe

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan…kan? atau rotan bulu ayam. Awal tahun nampak cantik rotan tu bila dah nak cuti akhir tahun dah togel

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Nasi lemak 20sen air 10sen. Bawak duit belanja singgit dah kenyang gila dah . belanja 60sen belen masuk tabung.

Hankyu Jaya, Yaohan – shopping complex yang  popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa. Nak lepak lepak( yang dok dekat KL) Pertama complex ngan Campbell je port yang best. SOGO? lum ada lagi. masa aku sekolah menengah baru ada.

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Yang mana nak jimat beli kasut Panda ngan Penguin . Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china  tu…ada yang suka stoking tebal laaa…

Internet? Email? mendalah ape tu? tak terfikir pon, nak beli komputer time tu mak bapak pikir 2 ke 3 kali pasal harga pon nak rm5000 tau lebih masa tuu . mahal wooo tak macam sekarang.

CD? ape tu? MP3? penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, ‘Ti Kam’.bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek atau macik pegang payung kat luar sekolah tuh…

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan  Tambahan (RMT) mesti kluar 5 minit awal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan  Jasmani, PJ. main bola laa, rounders, lumba lari, main anak ayam , basket ball . Yang paling tak lupa sapa tak bawak baju PJ kene bukak baju sekolah just pakai seluar sekolah je. Apa lagi ? belengeng lerr.

Permainan kegemaran sapa yang sekolah rendah agama time petang , sementara tunggu azan asar , korang main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’ (actually its Police & Thief; kita yg pronounce police sentry…) kejar2  duduk… abih baju kalau terjatuh kene tanah merah hehehe

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen atau ais krim ping pong . yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni  pun kita main dulu
ni. baling2 kapur laa. Yang paling best koyakkan kertas kat tengah2 buku then buat roket. kene Haaaa!! kat depan roket baru baling.

PS2? PSONE? XBox? apa tu?? tak tau langsung . Sapa ada game Mirco Genuis Super King 2 yang pakai tape plastik dan harganya mahal. Hanya orang bandar saja yang tau menda nih . Budak kampung?? hmmmm tak main laaa game2 nih  baik main bola, teng teng, EEEE  , galah panjang. Paling koman main game ‘Atari’ dgn ‘Game &  Watch’.

hmm…budak2 kat university skarang, kebanyakan  nye lahir thn 1987/88. skarang digelar ‘remaja’.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the  World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau,  yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi… Lagu paling best lagu UntukMu Ibu kumpulan Exist, Lagu nasyid tak sehebat skang, Dulu Lagu2 nasyid hanya vokal sahaja tanpa muzik, itu pun orang AlArqam yang mulakan dulu.

Kowang tak percaya akan ada TV 29′ 32′ 35′ flat screen …dan  kowang skarang tak reti  nak
switch on TV kalau xde remote control.

hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. Kowang paham ape yang korang baca kat atas ni dan kowang sure tersenyum

2. Kebanyakan member2 sekolah menengah kite dah kahwin.

3. Kowang sure pelik bile tengok budak2 kecik main komputer, selamba je

4. Kita geleng kepala bile nengok bdak2 sekolah menengah guna handphone

5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame,  cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…

7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terfikir satu

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?

3 comments on “Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an

  1. mbisob
    Julai 30, 2008

    Kreatif la u… wlaupun x tua lagi, tapi saye dpt phm…

  2. mbison
    Julai 30, 2008

    sempoi….

  3. ituisi
    November 11, 2008

    huhu… memori melamar rindu…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 19, 2008 by in Kongsi Bersama and tagged , , , , , , , , , .
%d bloggers like this: