Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Pembukaan Rasmi Weblog Citrasupply

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Lega rasanya apabila memikirkan kaedah terbaik untuk aku mendekati warga blogger dan juga membolehkan aku memperkenalkan diri aku sendiri dan juga memperluaskan empayar perniagaan keluarga aku.

Penat rasanya bila memikirkan bila kini ekonomi negara Malaysia tercinta ini semakin menurun disebabkan oleh permainan kapitalis kapitalis barat yang sedaya upaya menkayakan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain.

Susah beb bila citer pasal ekonomi tempat aku sekarang, dengan gaji yang aku dapat sebagi staff IT di salah sebuah syarikat newspaper terkenal tanah air, aku kini pergi kerja naik motor untuk menjimatkan kos. Sedih aku tapi nak buat macammana hidup mesti diteruskan juga.

Hah!! aku nekad nak membantu perniagaan keluarga aku yang kini agak terjejas ekoran pengurangan permintaan pengguna pada produk kesihatan dan kecantikkan. Produk tetap produk macam macam ada kat Malaysia nih produk beribu ribu jenama dan memacam kebaikkan yang boleh kita dapat. 

Cabaran yang akan menanti aku nih hebat hebat belaka, bayangkan produk yang family aku usahakan ini baru mencecah 3 tahun tapi sampai sekarang masih meletup dalam pasaran pasal bersaing dengan syarikat syarikat gergasi seperti Sendayu Tinggi, Leesa Formula, Natasya ishh macam macam lagi lah. Aku tekad akan menggunakan teknologi web dan internet untuk memperluaskan promosi produk aku nih.

Pada sesiapa yang membaca blog aku nih aku harapkan satu, iaitu hembusan semangat positif untuk aku berjuang supaya aku tidak tunduk pada tekanan tekanan yang membelenggu aku. Aku nak sukses dalam kerjaya dan perniagaan aku. Aku nekad akan membantu sesiapa sahaja nak pertolongan aku dari segi membantu dan mempromosi perniagaan masing2.

Marilah kawan kawan, kalau harapkan makan gaji rasanya tak lama lagi makan ubi kayu ngan keledek lah, Pada kawan2 yang berniaga moh!! kita sama sama berjuang untuk keluarga dan diri sendiri. Jangan kita harapkan belas kasihan dari orang lain , biar orang pandang tinggi kedudukan kita. Hanya berniaga sahaja dapat menaik taraf ekonomi terutama orang melayu.

Kepada kaun adam yang bekerja makan gaji , teruskan perjuangan mu, Pada kaum hawa yang sekian lama duduk dirumah menjaga ekonomi rumah tangga, jom!!!! mulakan langkah pertama membantu kaum adam menambah isi pendapatan. Bukan memaksa tapi fikir fikirkan lah zaman semakin maju manusia semakin tertekan.

Masa untuk kita berubah!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 18, 2008 by in News.4u and tagged , , .

Navigasi

%d bloggers like this: