Citrasupply's Weblog

Inspirasi & Ekspressi Untuk Semua Golongan Di Malaysia

Petua Wanita Melayu Terakhir 1

Menghaluskan Kulit
– Buah tomato dikisar halus.
– Lumurkan pada muka seberapa ketika.
– Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan.
– Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam.
– Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

Melentikkan Bulu Mata
– Ambil daun lidah buaya
– Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata
– Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik

Kulit Cerah dan Licin
– Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua
– Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan
– Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum.

Rambut Lebat
-Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih.
-Selawat 3 kali
-Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

Mengempiskan Perut (1)
– Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih .
– Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung)
– Jika tidak mahu bengkung,lumurkan atau sapu dekat perut sahaja,amalkan setiap malam.

Mengempiskan Perut (2)
– Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas.
– Embunkan semalaman.
– Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil.

Mengelak perut buncit
-Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air.
-Minum air setelah selesai makan
-Sebaik-baiknya minum 1/2 jam – 3 jam kemudiannya.
-Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

Menyegarkan Mata
– Ambil timun yg telah dihiris
– Lekapkan pada kelopak mata
– Pejamkan mata utk berapa ketika.
– Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

Mengelak Rambut Gugur

– Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya.
– Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur.
– Perap ramuan di atas kepala selama sejam.
– Lakukan 2 kali seminggu.
– Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Sihat Tubuh Badan
-Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan.
-Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun)
-Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

Melangsingkan Tubuh
– Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Parutan itu campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati
– Minum dua kali sehari.
-Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

Tinggalkan komen

Information

This entry was posted on November 30, 2010 by in Info Wanita Hari Ini and tagged , , , .