Difailkan di bawah: Uncategorized | Label: alam rumahtangga, cerita seks, pedoman untuk isteri, persediaan bakal isteri, Petua perkahwinan, seks
1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda.
Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.
2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami.
Anda Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.
3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan.
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai
yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.
4. Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.
5. Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.
6. Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki, kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.
7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.
8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak
akan rugi apa-apa.
9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda
dan mungkin akan mengkritik anda pula.
10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu (1) Kehendak Seks dan (2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.
11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.
12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.
13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.
14. Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.
15. Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.
16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.
17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.
18. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.
19. Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.
20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan
keluar.
21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.
Difailkan di bawah: seks | Label: alam perkahwinan, cerita seks, isteri, Petua Menambat hati isteri, petua rumahtangga, seks, Tips
1. Sentiasa berdoa agar disayangi.
2. Apabila balik rumah, tegur dan sentuh isteri sebelum buat kerja lain.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan isteri sepanjang hari.
4. Jadikan seorang pendengar yang baik kepada isteri.
5. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah isteri. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Berikan masa sekurang-kurangnya 30 minit perhatian yang berkualiti terhadap isteri.
7. Berikan bunga, minyak wangi atau seumpamanya sebagai hadiah atau untuk memujuk ketika isteri sedang marah.
8. Tolong masak atau ajak makan di luar sekali sekala.
9. Beri pujian mengenai penampilan isteri (rambut, wajah, pakaian dan sebagainya).
10. Pujuk apabila isteri marah atau kecil hati.
11. Beri bantuan atau kerjasama setakat yang mampu.
12. Luangkan masa yang lebih agar tidak mendesak isteri untuk lebih cepat bergerak atau bertindak.
13. Jika lambat pulang, beritahu lebih awal atau telefon rumah.
14. Sekiranya isteri minta bantuan, nyatakan boleh atau tidak dengan tidak mengungkit atau banyak komen.
15. Jika anda perlu bersendirian untuk berfikir, beritahu bila anda akan pulang.
16. Apabila sudah sejuk, beritahu isteri apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan menyalahkan isteri.
17. Bila isteri bercakap, beri perhatian sepenuhnya.
18. Apabila keluar, tanya isteri kalau ada sesuatu yang ingin dipesan.
19. Beritahu bila kita ingin berehat atau tidur.
20. Peluk isteri dengan penuh kasih sayang sekurang-kurangnya empat kali sehari.
21. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, sekadar ingin memberitahu “AKU CINTA PADAMU “.
22. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
23. Tolong kemaskan katil atau bilik tidur.
24. Ajak isteri berjalan-jalan tanpa anak-anak.
25. Cuba tunaikan apa yang isteri hajati.
26. Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.
27. Bawa pulang buah tangan, kuih kegemaran isteri sekali sekala.
27. Sentiasa lakukan ibadah bersama.
28. Jika keluar daerah,telefon isteri memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu anda sudah selamat sampai.
29. Sentiasa kemas dan wangi sebelum tidur bersama.
30. Urut belakang isteri sekali sekala.
31. Peluk dan belai isteri sekali sekala tanpa implikasi seksual.
32. Sabar dan tenang apabila mendengar cerita dan masalah isteri.
33. Pamerkan kasih sayang di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkannya jauh ketika berjalan.
34. Apabila keluar berjalan, elok berpegangan tangan untuk menunjukkan kemesraan.
35. Buatkan air minuman untuk isteri sekali sekala.
36. Ketika makan di luar, jangan harapkan isteri memilih tempat makan setiap masa.
37. Beri perhatian lebih kepada isteri daripada orang lain ketika di kalayak ramai.
38. Lebihkan isteri daripada anak-anak.
39. Bila isteri kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan isteri sepertimana dia memanjakan anda.
40. Seeloknya masuk tidur serentak.
41. Belai isteri sebelum pergi kerja.
42. Ucapkan terima kasih setiap khidmat yang isteri berikan.
43. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
44. Lakukan riadah bersama isteri.
45. Pergi berkelah sekali sekala.
46. Tolong cuci atau jemur pakaian sekali sekala.
Difailkan di bawah: seks | Label: isteri, Petua menambat hati suami, Petua perkahwinan, rumahtangga, seks, Tips
1) Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
2) Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3) Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai)
4) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5) Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6) Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
7) Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
dirol.gif Masak resipi ibu mentua (kegemaran suami) sekali-sekala.
9) Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, kesederhanaan dan seumpamanya).
10) Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
11) Minta bantuan suami hanya jika sesuai pada masa, tempat dan jenis profesionnya.
12) Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
13) Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
14) Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
15) Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.
16) Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
17) Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh).
18) Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai dua atau tiga kali.
19) Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20) Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21) Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.
22) Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
23) Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
24) Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh, gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
25) Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
Difailkan di bawah: seks | Label: ngin Isteri kembali HOT?, Petua perkahwinan, seks
Penelitian ilmiah mengungkap bahwa kedekatan suami terhadap istri akan membuat istri semakin bergairah terhadap seks. Jika sekarang banyak kasus istri kehilangan hasrat seks, ini mungkin bisa saja disebabkan oleh kurang dekatnya suami terhadap istri.
Hal inilah yang kerap menjadi pertanyaan banyak suami. Mengapa istri kurang “hot” bercintanya? Dr Gian Gonzaga, peneliti dari University of California Los Angeles (UCLA) memandang bahwa suami harus menjaga sikap baik dan sikap kasih sayang terhadap istri. Dari sikap yang positif itulah, nantinya sang istri akan selalu bergairah bila berdekatan dengan suami.
Secara tak langsung, birahi dan gairah seks istri akan berkembang mengikuti suasana hatinya. Bila perasaan istri selalu nyaman dan tentram berdekatan dengan suami, istri akan semakin bernafsu untuk bercinta. Hal yang sepele ini terkadang selalu dilupakan oleh pasangan lelaki. Salah satu penyebab hilangnya gairah istri, tak lain adalah karena sikap suami terhadap sang istri itu sendiri.
Jadi, jika ingin istri selalu bergairah saat bercinta, dianjurkan pada para suami untuk introspeksi diri. Benahi perlakuannya terhadap istri, ini adalah langkah yang positif untuk dilakukan oleh para suami. Sebagaimana yang diketahui, gairah seks perempuan itu lebih mengarah pada perasaan dan kondisi hatinya. Jika suasana hati perempuan sedang labil, gairah cintanya pun akan ikut menurun. Inilah hal yang perlu dikaji oleh setiap pasangan lelaki.
Sikap kasih sayang suami terhadap istri itu bisa ditunjukkan melalui sikap dan perhatian. Menurut survey, ada beberapa contoh sikap yang sangat disukai oleh istri, dan sikap inilah yang nantinya akan sangat mempengaruhi suasana hati sang istri. Misalnya, lelaki selalu memberikan kecupan sayang kepada istri, membudayakan kata maaf di dalam hubungan cinta, memberi hadiah-hadiah kecil kepada istri, selalu mengajak istri bersenda-gurau, mengajak istri ke tempat nostalgia, membelai sayang di kala berduaan.
Selain itu ada juga sikap positif suami yang lainnya, seperti bersedia membantu istri dengan suka rela tanpa harus diminta, membiasakan menggenggam tangan istri di saat-saat tertentu dan meninggalkan kebiasaan buruk yang tak disukai istri. Sikap-sikap positif di atas akan mendekatkan para suami pada pasangannya. Inilah yang nantinya akan berkembang menjadi sebuah kehangatan sikap istri.
Tanpa disadari, gairah seks istri pun akan bisa semakin baik. Dr Patti Britton, President of the Foundation for Scientific Study or Sexuality, New York, Amerika Serikat menyebut bahwa sikap suami seperti ini adalah salah satu bentuk terapi yang ampuh untuk mengembalikan gairah istri yang kian menurun. Bahkan, cara ini disebut-sebut sebagai cara yang paling efektif untuk mengembalikan gairah seks istri. Jadi bagi para suami yang ingin istrinya kembali “hot” di ranjang, benahilah sikap dan perlakuan pada istri.
Difailkan di bawah: seks | Label: 30 Luahan Perasaan Suami, harapan perkahwinan, isteri, isteri solehah, perasaan suami, seks, suami, tips alam rumahtangga
30 Luahan Perasaan Suami
1..”isteriku, Iktitraflah kelakianku”
2.”Isteriku, Jagalah Rumahku”
3.”Isteriku, Janganlah Leteri aku”
4.”Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
5.”Isteriku, Berbincanglah dengan ku”
6.”Isteriku, Hiasilah Dirimu”
7.”Isteriku, Berlemah Lembutlah terhadapku”
8..”Isteriku, Hargailah pemberianku”
9.”Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
10.”Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
11.”Isteriku, Jagalah pakaianku”
12.”Isteriku , Didiklah Anak-Anakku”
13.”Isteriku, Raikan Keluargaku”
14.”Isteriku, Sembunyikanlah Kepintaran & Kelebihanmu”
15.”Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
16.”Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
17.”Isteriku, Patuhlah Kepadaku”
18.”Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
19.”Isteriku, Tunjukanlah sifat sabarmu”
20.”Isteriku ,Iktiraflah Kepimpinanku”
21.” Isteriku, Bantulah Kejayaan ku.”
22″Isteriku, “Jadikan Anak2ku Insan Berakhlak mulia”
23.”Isteriku, Permudahlan Penglibatan Sosial ku”
24.”Isteriku, Janganlah Boros”
25.”Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
26″Isteriku, Galakkanlah Hobiku”
27.”Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelek ku”
28.”Isteriku, Berjimat Cermatlah”
29.”Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
30.”Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku.”
Keluhan Isteri Terhadap Suami
1. suamiku…bimbingla h keluargamu.. .
2. suamiku…janganler rileks aje…tolonglah sikit !!!
3. suamiku…jagalah matamu…
4. suamiku…jangan abaikan rumahtanggamu
5. suamiku…jangan balik kerja lambat sangat
6. suamiku…dengarlah rintihan hatiku….
7. suamiku…bertutur dengan lembutlah nganku…jangan main hentam kromo aje!!!
8. suamiku…setialah pada keluargamu.. ..JANGAN CARI YANG LAIN!!!!
9. suamiku…bersabarl ah dengan kerenah anak-anakmu !!!
10.suamiku.. .ciumlah pipiku @ dahiku sebelum pergi kerja
11.suamiku.. .makan dan minumlah hidangan dari air tanganku. Jangan jeling aje dan nak komen aje.
12.suamiku.. .pujilah diriku dan jangan bandingkan diriku dengan orang lain!!!!
Difailkan di bawah: Kongsi Bersama | Label: bunuh diri, fenomena, india, Teori Big Bang
NEW DELHI 11 Sept. – Seorang gadis membunuh diri setelah dihantui perasaan takut apabila mengetahui terdapat kajian mengenai pembentukan alam semesta.
Chayya Lal, 16, dari Madhya Pradesh membunuh diri selepas menonton program televisyen mengenai kajian tentang pembentukan zarah-zarah subatom yang boleh membawa kepada kiamat.
Gadis itu dipercayai menelan pil yang tidak dikenal pasti jenisnya dan terpaksa dikejarkan ke hospital tetapi doktor tidak sempat menyelamatkannya.
Ibu bapanya berkata, Chayya sebelum itu memberitahu mereka bahawa dia takut dengan kajian yang digelar ‘Big Bang’ atau Letupan Besar itu.
“Chayya bertanya sama ada benar dunia akan kiamat.
“Kami cuba menenangkannya dengan mengatakan tidak perlu risau mengenai apa-apa bencana besar,” kata bapanya, Bihari kepada Hindustan Times.
Saintis fizik antarabangsa semalam menghidupkan mesin pemecut atom terbesar di dunia dalam misi untuk menjawab antara persoalan paling rumit mengenai komposisi alam semesta.
Jentera yang dikenali sebagai Large Hadron Collider (LHC) itu dibina dalam sebuah terowong 100 meter bawah tanah dalam kompleks di sempadan Perancis- Switzerland.
Ia direka untuk memecutkan zarah subatom sehingga menghampiri kelajuan cahaya dan kemudian melagakannya dengan satu sama lain.
Pelanggaran itu buat seketika akan mencetuskan suhu 100,000 lebih panas daripada matahari dan untuk sekelip mata meniru keadaan yang wujud selepas peristiwa Big Bang yang menurut saintis membawa kepada penciptaan alam semesta 13.7 bilion tahun silam
Difailkan di bawah: Kongsi Bersama | Label: al-quran, bumi, dunia, membuktikan al-Quran benar, sains moden, Teori Big Bang
Menangkis Keraguan
PENEMUAN-PENEMUAN saintifik masa kini banyak menampakkan keunggulan al-Quran. Terdapat banyak ayat berkaitan dengan alam dan sains di dalam al-Quran yang baru difahami maknanya pada hari ini. Antaranya ayat yang berkaitan dengan sifat alam semesta yang mengembang.
Allah berfirman dalam surah az-Zariyat ayat 47: Dan langit Kami bangun dengan kekuasaan Kami dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya.
Berhubung dengan ini as-Syeikh Said Hawa di dalam kitabnya al-Asas fit Tafsir berkata: “Maksud ayat ini adalah, Allah menjadikan langit dalam keadaan terus-menerus mengembang. Ia juga bermaksud kejadian alam. Ia menunjukkan ilmu al-Quran amat jauh ke hadapan, melampaui ruang dan zaman. Apabila ada manusia yang menolak al-Quran kerana menyangka dirinya maju dengan pengetahuan sainsnya, eloklah dia menilai semula dirinya sebelum terlambat.”
Difailkan di bawah: seks | Label: belanja, duit, isteri, isteri kaki shopping, jimat, perancangan, Tips ketika mengikut isteri shopping
1. Niatkan untuk menghiburkan dia semasa shopping. Jika dia terhibur, barang yang dia akan beli lebih “masak” proses dia membuat keputusan. Jika niat ini benar-benar dari hati kita, ia terpancar ke muka kita walau pun ada seketika timbul perasan menyampah.. tetapi kuasa niat tadi mampu untuk melenyapkan muka bosan itu nanti. Teruskan niat ini disepanjang sesi shopping ini bahawa “sebagai suami, aku ingin menghiburkannya kerana Allah Taala”.
2.Kosongkan aktiviti kita pada hari itu melainkan semata-mata untuk bersamanya. Jangan ada sekali-kali temujanji dengan sesiapa selepas shopping. Kerana, waktu “kecederaan” yang diambil oleh isteri ini, biasanya, melebihi 20-50% dari yang dijanjikan. Yang dibimbangkan nanti ialah orang yang dijanji telah menunggu tetapi isteri masih beratur berbaris di kaunter bayaran.. Akhirnya kemanisan yang dikecapi selama 4 jam tadi tercemar dengan kelewatan isteri 4 minit.
3. Alangkah romantisnya kalau suami tidak membawa handsetnya bersama. Terhindar dari gangguan.
4. Semasa berkereta atas dalam perjalanan ke komplek membeli belah..eloklah tanyakan kepada isteri …apa barang yang ingin beli, apa kriteria, apa jenis, apa alternatif yang boleh dia terima jika kehendak pertama tidak ditemui.. julat harga yang dijangkakan.. (jangan terkejut dia akan keluar berjela senarai perbandingan harga bagi satu jenis barang.. termasuk jenis barang yang sama yang terdapat di England sekali).. Ini akan menyebabkan isteri itu lebih bersedia dan lebih melonjak keseronokannya.
5. Tiba di kedai tu..buat-buatlah sibuk tunduk bongkok mencari barang yang dia cari. Jangan berdiri tercegat di pintu kedai atau tinggalkan dia sendirian sambil kita pula merayau kedai lain.
6. Kalau dia meminta “second opinion” dengan kata-katanya, “Pelek tak abang kain ni untuk saya”…?berilah pandangan dengan kata-kata, “Pada pandangan abang …..” Jangan terus kata, “OK” .. Lawa.. kemudian senyap.
7. Kalau dia minta pandangan mengenai sesuatu barang yang dia nak beli, jangan terus membelek tanda harga. Ini mengecewakannya. Berilah dulu pandangan kita dari sudut nilai astetiknya. Sebab faktor harga adalah penilaian terakhir bari mereka. Mereka sanggup berbelanja lebih jika barangan itu memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
8. Mata tu jangan terlampau sangat menjeling wanita-wanita lain yang sedang shopping. Dia nampak tau. Tapi kita dibolehkan mengusik jurujual wanita-wanita tu dengan alasan untuk membantunya mendapatkan barangan kehendaknya.
9. Bila tiba dirumah, tolonglah dia sekejap membuka barangan yang telah dibeli tadi. pasti dia akan mencuba sekali lagi. Pujilah dia kerana bijak memilih barangan itu.
10 PERHATIAN: sebelum isteri kita mencuba pakaian luar atau dalam di tempat mencuba pakaian yang terdapat di kedai-kedai itu, kita hendaklah masuk dahulu dan periksa semua bahagian di bilik kecik itu agar bebas dari WIRELESS CAMERA. Kita bimbang ada orang merakam dan menyebar ke dalam internet. Malu dia dan kita.
Ahaks … renungan bersama
Difailkan di bawah: seks | Label: seks, seksual, cerita seks, tanda tanda isteri, isteri tak puak, isteri puas, isteri terlebih puas
Berikut adalah tanda2 *ISTERI TAK PUAS*…
1. mukanya ditumbuhi jerawat
2. garang semacam seperti maki pada anak anak dan suami
3. tiada motivasi
4. kuat cemburu.
5. suka perhiasan emas banyak (alternatif hiburkan diri)
6.suka menyibukkan diri dgn benda lain
7.malas nak bergaya depan suami
8.malas nak layan suami
9.mudah pening
10.suka tidur siang
Berikut tanda2 *ISTERI CUKUP PUAS*…
1. mukanya berseri-seri
2. jadi lembut dan mesra
3. bermotivasi dalam hubungan
4 .kurang cemburu.
5. tidak suka perhiasan emas banyak
6.suka menyibukkan diri bersama suami dan anak2
7.suka goda suami
8.suka layan suami
9.cergas
10.susah tidur siang
Berikut tanda2 *ISTERI TERLEBIH PUAS*…
1. mukanya berseri seri dan ceria
2. jadi lembut dan mesra serta sopan
3. bermotivasi tinggi
4. Anda akan disuruh kahwin lagi. (setuju poligami)
5. benci melihat emas banyak atau perhiasan
6.badannya kurang bermaya
7.suka goda suami
8.suka layan suami
9.asyik keletihan
10.senang tidur siang
Difailkan di bawah: seks | Label: wanita, Tips, seks, perempuan, lelaki, suami benci, isteri dibenci, sebab, bakal, seksi, petua untuk perkahwinan
C1. CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2. CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3. CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4. COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh,kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami,tapi kat rumah tak praktik pun.
C5. CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan.Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6. CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya.Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7. CINCAI Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai.Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak…anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap,bersolek, mengemas.Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini. </span>
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya.Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.Renungkanlah….
Sumber
Dr Fadilah Kamsah