Citrasupply's Weblog


Cara mengambil pil perancang
April 15, 2009, 4:27 pm
Filed under: Petua - Petua | Label: , , , , , , , , ,

RAMAI wanita mengamalkan kaedah merancang keluarga menggunakan pil perancang. Ada berbagai-bagai jenis pil perancang di pasaran.

Lazimnya pil perancang kombinasi iaitu yang mengandungi kedua-dua jenis hormon estrogen dan progestogen digunakan melainkan mereka yang masih menyusu ataupun mempunyai masalah penyakit seperti tekanan darah tinggi.

Oleh itu seseorang wanita yang ingin mengambil pil perancang perlu berjumpa dengan doktor sebelum memulakannya supaya kesesuaian dapat dikenal pasti dan nasihat yang tepat dapat diberikan.

Wanita yang berumur melebihi 35 tahun dinasihatkan mengambil pil perancang yang mengandungi kadar estrogen yang lebih rendah iaitu 20 microgram ethinyloestradiol.

Pemeriksaan tekanan darah perlu dibuat serta pemeriksaan ujian pap smear. Wanita yang mempunyai masalah seperti lemah jantung atau barah payu dara tidak boleh mengambil pil perancang jenis ini.

Pil perancang kombinasi bertindak melalui beberapa cara iaitu:

1. Menghalang proses ovulasi dengan menghalang pembesaran folikel.

2. Menyebabkan mukus daripada serviks menjadi kental dan menjejaskan pengangkutan sperma ke dalam rahim.

3. Tisu pada dinding rahim menjadi nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin. Oleh kerana tisu dinding rahim ini nipis, pendarahan haid menjadi sedikit dan hanya beberapa hari saja.

Cara pengambilan pil perancang kombinasi adalah seperti berikut:

Untuk pengambilannya pada kali pertama, seseorang wanita perlu mengambil pil pertamanya pada hari pertama pendarahan haid berlaku. Pengambilan pil seterusnya diambil selama 21 hari mengikut arah anak panah pada paket pil perancang.

Kesan bagi menghalang kehamilan berlaku serta-merta dalam kes ini. Jika pil pertama ini diambil pada hari kelima haid, seseorang wanita perlulah menunggu selama 14 hari sebelum penghalang kehamilan berkesan. Keadaan ini disebabkan pengambilan pil pada hari kelima haid tidak menjamin menghalang pembesaran folikel yang akhirnya akan melalui proses ovulasi dan menyebabkan wanita itu subur walaupun sedang mengambil pil perancang. Oleh itu wanita yang memulakan pengambilan pil pertamanya pada hari kelima haid dinasihatkan supaya mengguna cara lain seperti azal atau kondom untuk menghalang kehamilan selama 14 hari.

Untuk pengambilan pil perancang pada bulan kedua dan seterusnya, ia perlu diambil setelah berhenti selama tujuh hari. Lazimnya pendarahan haid berlaku dalam masa tujuh hari berehat daripada mengambil pil perancang. Pil pertama untuk paket kedua dan seterusnya perlu diambil pada hari kelapan dari tarikh mula berhenti tanpa mengambil kira pendarahan haid berhenti atau tidak.

Sebagai contoh, wanita A ingin memulakan pengambilan pil perancang:

Pendarahan haid wanita A berlaku pada 1 Julai 2005. Wanita A mula mengambil pil yang pertama pada Jumaat, 1 Julai. Dia akan mengikut arah anak panah pada paket pil perancang hinggalah habis pil pada 21 Julai 2005.

Beliau kemudian berhenti mengambil pil selama 7 hari dan akan mula mengambil pil perancang paket kedua pada 29 Julai 2005 ia itu hari Jumaat juga. Lazimnya pendarahan haid akan mula berlaku pada 22, 23 atau 24 Julai dan hanya untuk beberapa hari saja.

Apa yang perlu dilakukan jika terlupa mengambil pil perancang?

Jika seseorang wanita lupa mengambil pil, teruskan pengambilan pil apabila teringat semula dan teruskan pengambilan pil yang seterusnya pada masa yang lazim diambil. Jika jangka masa terlupa melebihi 12 jam (terutamanya bagi pil pertama atau terakhir pada paket) pencegahan kehamilan mungkin tidak berapa berkesan.

Oleh itu sebaik saja ingat, teruskan saja pil yang sepatutnya diambil macam biasa. Oleh kerana ia mungkin tidak lagi berkesan, pasangan perlu mengambil langkah lain selama tujuh hari untuk menghalang kehamilan. Jika tujuh hari ini menjangkau melebihi paket yang ada, mulakan dengan paket baru tanpa berhenti selama tujuh hari.

Bagi bulan itu, wanita ini mungkin tidak akan mengalami pendarahan haid sehinggalah ia habis paket yang seterusnya, iaitu pada bulan kedua. Kemungkinan juga pendarahan yang tidak normal berlaku, tetapi wanita ini perlu meneruskan pengambilan pil setelah memastikan bahawa ia tidak hamil.

About these ads

30 Komen so far
Tinggalkan komen

salam..
saye belum lagi menggunakan pil ini dan saye baru saje nak faham cara2,risiko dan sebagainye tentang pengambilan pil ini..saye tak berape faham tuk bahagian ‘terlupa makan pil perancang’ ni..boleh jelaskan lebih detail dan contohnye sekali..pastu saye nak tahu keadaan tuk bulan yang pertama,dalam mase 21hari memakan pil ini adakah selepas abis haid,pil ini terus berkesan dan bolehkah saye terus melakukan hubungan tuk bulan pertama itu..?kemudian saye nak tanye lagi,bagaimana tuk memakan pil ini pada bulan seterusnye..?adakah masih kene makan pil ini selame 21hari juga..?atau kene makan bile perlu,maksudnye bile melakukan hubungan baru lah memakan pil ini..?bole terangankan tuk hal ini juga..?tq..

Komen oleh rose

bolehkah pil perancang dimakan 2 atau 3 jam slpas melakukan hubungan dgan suami?kemudian berterusan selama 21 hari

Komen oleh suri keluarga

asalmualaikum.saya baru lepas bersalin pada30.01.2010 dan saya mengambil pil perancang mula dari 13.03.2010 pada ari bulan 19.03.2010 ada darah yang sikit yang keluar dari faraj saya.adakah ada masalah rahim saya atau saya sudah mula datang haid sampai lah sekaramg darah itu masih ada.

Komen oleh syakilah

mau cerita tentang saya makan pil perancang diane 35, kali pertama saya ambil pil ini di makan pas hari pertama datang haid selama 21 hari dan saya tidak berhenti dulu. terus makan lagi paket ke dua. masalahnya sekarang sudah hampir 4 paket saya makan tapi belum lagi haid datang padahal sudah waktunya, apa kemungkinan hamil?

Komen oleh che che

Umur saya 38 thn. baru shj melahirkan anak ke 5 pada 1hb Jun yg lepas. ingin mengambil pil perancang tetapi tidak pasti pil mana yg sesuai & bila sepatutnya saya mula mengambil pil.

Komen oleh arbaayah

saya baru pertama kali mengambil pil perancang, tetapi pada malam pertama saya memakan pil tersebut saya telah “bersama” dengan suami.setelah membaca petikan d atas, saya berasa takut pula saya termengandung kerana saya memulakannya pemakanan pil tersebut pada hari ke 5. perlukah saya meneruskan pengambilan pil tersebat kembali sehingga habis 21 hari?

Komen oleh hidayah

saya ingin bertanya .saya belum berkahwin,saya adasedikit masalah .masalah nya period saya datang tidak teratur.dr sarankan saya mengambil marvelon selama 3 bulan…berturut turut ,,,untuk stabilkan hormon saya ..saya ingin tahu adakah cara makan marvelon itu secara berterusan pada hari pertama saya datang period atau boleh berhenti henti.cara makan diane 35 pulak bagaimana

Komen oleh tunisah

rozi,
saya bersama dgn suami 8 hari bulan feb. lepas 8jam saya mkn pil. tarik period adalah 17 feb. selalunya sbl 3 hari period keluar. tetapi sampai 18 feb period tak keluar, hanya air biasa je keluar .
kelambatan period ini disebabkan apa?

Komen oleh rozi

sya baru habis makan pil loette..sebelum itu sya ambil pil noriday semasa ank sya berumur bawah 6 bulan dan habis saja pil noriday sya terus sambung makan pil loette sampailah habis,sampailah sekarang..maknanya sekarang ini saya kena berhenti makan pil selama 7 hari jugalah ataupun sambung makan…

Komen oleh HALIMATUS

Saya mengambilpil perangcang yaz(28pil) pd hari pertama haid 2/3/2011 ,hari ke 14 saya mengalami menstruasi sekali lagi ..adakah saya harus memulakan pek yg baru atau tegus mengambil pek yg sedia Ada yg hanya tinggal 15 bj pil

Komen oleh Suzana

mcm sye da 1mgu xmkn pil perancang…kate doc kalo da t’tgl 3ari jgn mkn lari…n dlm mse 1mgu 2 sye ade bsama gn suami…igt nk tukar pil yg 4biji time bsama bru mkn tp xtau ape nme pil 2…

Komen oleh eja

sy mcm awak jg tp kes sy…spatutnya ari ni p ambi ubt..tp hubby oustation.tpks tgu pai ahad..jd klu tmis 4hari mcmna tu…

Komen oleh erne

jika ovulasi suda berlaku selama 2 bulan.. adakah pil perancang masih boleh mengugurkan janin tersebut?

Komen oleh davis

Saya ade mengambil pil perancang tetapi pada hari ke 10 mlm saya terlupa mkn. Bole terus mkn mcm biasa mengikut anak panah ke?

Komen oleh Noorfazira

saya bru mengambil marverlon. dlm mse sama ,saya makan ubat pil jamu utk dalaman wanita,saya jarak kan masa mkn atr 2@3 jam,apakah pil marvsuelon masih berkesan?

Komen oleh Sue Nan

saya baru nak cuba nordett. tujuan tak nak mengandung buat sementara waktu, n tggu anak mencecah 2-3 thun. suami suruh mkan tanpa ikut prosedur (mkn waktu first haid). boleh ke?? saya da pun makan tanpa tggu haid, ada apa2 effect??

Komen oleh nana

salam…nak tanya la pada ibu2 sekalian,saya baru je mula mengambil pil perancang,cara pengambilan yg pertama start first period terus makan pil perancang,tapi cara saya makan pil perancang saya start mkn bila habis period .now 21 ubat pil perancang sudah saya makan dan hari ini hari pertama saya untuk saya berhenti selama 7 hari..adakah ubat pil perancang itu berkesan kepada saya??

Komen oleh eija

masalah sy sama seperti awak..so, apa keputusan upt awak skrng?

Komen oleh ila

masalah saya pn same seperti awk…. blhkah mkn pil itu slps habis period… berkesan atau tak…. tetapi dalam mase 2 sy xbersama dengan suami sy… Jd berkesan kew pada malam hendak bersama suami baru start memakan pil perancang tersebut sehinggalah 21 hari.

Komen oleh aen

HEY…sy bru first time makan ubt perancang nie.. .sya mula makan 24.8..lepas sya makan abis stu pek 2,sya mula trus makan stu pek pil yang baru tanpa menunggu period lg.. .maklum lah bru mula makan pil perancang ngan org.. .hehehe…lagipun sy tdk ada sesiapa untuk bertanya.. .lgpun saya dergar kawan sy bgtau kalau terlebih mkn pil ni pun blh mengandung.. .saya risau lah…..betul ka apa yg di cakapkan kawan sya 2????

Komen oleh puyang

sy baru habis mkn pil perancang dlm 3 hari,dan kini menunggu period…tp semalam saya ade bersama dgn suami tnpa halangan.Adakah ini boleh mnyebabkn mengandung?

Komen oleh ibu muda

aslmualaikum…sya bru shaja brkhwin tp sblum sya khwin sya pernah mmbuat hbungan kelamin brsma suami sya mklum la msih dibawah umur,tak blh mmbeza kan mna yg baik dn mana yg buruk.
sblum brkhwn kmi sllu melakukan seks.suatu hari sya hamil dan masa tu saya stress sangat2 sya sllu mkn ubt pinadol tampa mngetahui bhwa ubt pinadol tu bahaya untuk ibu mngandung..selepas keguguran sya dan kekasih sya sh lg mlakukan hbgan itu dn selepas main sya akan mkn ubt pinadol jenis morning pill punya…trlalu bnyak dah sya mkn…selepas berkhwin sya dan kekasih yang sekarang dah mnjai suami saya mngigin kn cahaya mata…tetapi selama 7bulan kmi mncoba tak jua hamil adakaah semua tu sebab kesan ubt perancang yang bnyk sya mkn.adakah sya msh blh hamil lg…

Komen oleh lina

Assalam..
Saya nk tya.kalu hari pertama sya xmkn pil perancang,adakah effectnye akan menghamilkan kita..

Komen oleh ct

assalam,, :(
sy bru sje melakukan bersetubuhan dengan kekasih sy ari ini,,dan kekasih sy keliru samada kekasih sy ni terpancut ke dlm atau tidak.. jdi sy mahu bertnye pendapat dan nasihat pada adik2 akak2 semua tlg kongsi pengalaman anda semua pada sy.. dan jikalau kekasih sy ini terpancut ke dalam apakah tindakan yang perlu sy lakukan.. sy sungguh stress dan takut sgt2 jika kejadian kehamilan berlaku pada sy nanti… ;(

Komen oleh girlz92

Seks dgn kekasih bukan suami?kpd adik2,akak2,
dan para profesional perubatan,kalau kita ajar budak ni cara mkn pil perancang,maknanya kta bersubahat dalam kegiatan seks luar nikah.jika kita islam,hukumnya adalah berdosa besar.

Komen oleh Elfinaa

Assalam.
Saya nk tya,kalo hari pertama dia xmkn pil perancang,adakah hamil bole berlaku..

Komen oleh mira

saya blum prnah mngandung tapi sya prnah mkan pil prancang,dpat kh sya mngandung??hnya skli sja sya mkan.

Komen oleh Evelyn

Salam..saya nak tahu cara yang betul untuk makan diane 35 nie..makan selepas habis period atau makan masa hari pertama period

Komen oleh yuda

askum…saya nak tanya…saya dah meninggalkan pil perancang ni 7thn.dan baru ambil balik..time saya mkn dulu.priod saya normal…masa 6bln sya mkn tu ok..pas 6bln sysa mkn…terus xok..coz time anak dara priod saya memang xok…dan saya baru makn 3ari…dan tgh datang period..nurse kat lppkn tu sruh saya mkn …tapi dulu 5ari period bru mkn…cara pemakanan yg btul mcmne ye..confuse…sy nk kan ank lagi…period saya xnormal…

Komen oleh shikin

dan saya ada tanya doc..diorg galak kan saya makan pil perancang balik..tok normal kan period saya…tehan kalo saya stop..mkan pil kemungkinan saya akan prgy…ye ke….buntu lah…teringin kan ank sgt….anak sulung pun dah 7thn

Komen oleh shikin




Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: