Citrasupply’s Weblog


Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak ‘berkuasa’ lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html) mengenai soal tersebut.

Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua – ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan?
(Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini, tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi.
Albert Einstein
, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai ‘Manusia Abad ini’ ialah seorang Yahudi,
Sigmund Freud
– melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi.
Karl Marx (Pengasas Fahaman Komunis)
,
Paul Samuelson
Milton Friedman
.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua

Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk
mereka vaksin polio yang pertama.
Gertrude Elion
mencipta ubat melawan leukemia.
Baruch Blumberg
mencipta vaksin Hepatitis B .
Paul Ehrlich
menemukan rawatan untuk siflis.
Elie Metchnikoff
menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally
penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis).
Aaron Beck
menemui terapi kognitif  (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia.
Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya).
Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama.
Leo Szilards
membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama.
Peter Schultz
(kabel gentian optik).
Charles Adler (lampu isyarat).
Benno Strauss (besi tahan karat – stainless steel).
Isador Kisee (sistem suara di pawagam).
Emile Berliner (mikrofon untuk telefon).
Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu

Ralph Lauren (Polo)
Levis Strauss (Levi’s Jeans)
Howard Schultz (Starbuck’s)
Sergey Brin (Google)
Michael Dell (Dell Computers)
Larry Ellison (Oracle)
Donna Karan (DKNY)
Irv Robbins (Baskin & Robbins)
Bill Rossenberg (Dunkin Donuts)

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi.
Henry Kissinger
, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright – (bekas-bekas Setiausaha Negara AS).
Alan Greenspan
(bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush)
Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union)
David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura)
Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia).
Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian).
Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB)
Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal).
Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada).
Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis)
Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British)
Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria)
Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah

Wolf Blitzer (CNN)
Barbara Walters (ABC News)
Eugene Meyer (Washington Post)
Henry Grunwald (Ketua Editor Time)
Katherine Graham (penerbit The Washington Post)
Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times)
Max Frankel (The New York Times)

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo’s Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) – semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan ‘membuat apa saja’ demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian ‘Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia’ – dan menakjubkan – tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.
Sumber : Utusan Malaysia, ms 6, 14/01/2009



THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY
Januari 26, 2009, 1:45 pm
Difailkan di bawah: Yahudi vs Palestin | Label: , , , , ,

the-biggest-robbery-of-the-20th-century
THE BIGGEST ROBBERY OF THE 20TH CENTURY
IS IT GOLD !!!! NO
IS IT DIAMOND !!!!!! NO
IS IT MONEY !!! NO
IS IT OIL !!!!!! NO
CAN YOU GUESS ?????



PENTING!!! Boikot! Boikot! Yahudi!!!!
Januari 8, 2009, 2:41 pm
Difailkan di bawah: Yahudi vs Palestin | Label: , , , ,


KEMPEN BOIKOT AMERIKA/ISRAEL

KENYATAAN AKHBAR BERHUBUNG KEMPEN BOIKOT TERPILIH BAGI MEMBANTAH
KEKEJAMAN ISRAEL MENYERANG PENDUDUK AWAM PALESTIN


PPIM mendesak masyarakat pengguna Islam negara ini bertindak memboikot produk keluaran Negara-negara yang menyokong tindakan Israel menyerang Palestin hingga menyebabkan kematian umat Islam di negara itu.

Boikot terpilih merupakan antara tindakan yang boleh dilakukan oleh umat Islam di negara ini bagi menyuarakan rasa marah terhadap tindakan biadap tentera Israel melakukan keganasan ke atas saudara seIslam di Palestin.

Setiap umat Islam perlu bertindak bagi membantah kekejaman ini dan hanya melalui kuasa kepenggunaan, kita dapat mengajar kuasa – kuasa besar barat yang menyokong keganasan terhadap umat Islam di Palestin.

Ini kerana sebarang protes dan bantahan berhubung kekejaman Israel dan sekutunya tidak akan mendatangkan kesan kepada Israel dan sekutunya kerana golongan biadap ini tidak akan menghiraukan sebarang bantahan walaupun daripada seluruh umat Islam di dunia.

Justeru PPIM menyarankan boikot produk terpilih bagi menghantar isyarat jelas kepada pembuli dunia dan sekutunya bahawa umat Islam di Negara ini tidak akan bertolenrasi berhubung kekejaman yang dilakukan ke atas Palestin.

Industri hotel, pasaraya serta kementerian juga harus turut serta dalam kempen ini bagi menyuarakan bantahan mengenai tindakan zalim Israel dan sekutunya. Hotel serta pasaraya seharusnya menyokong dengan tidak menggunakan dan menyenaraikan barangan kempen boikot terpilih ini di hotel dan pasaraya mereka.

Umat Islam merupakan masyarakat yang sering bertoleransi dan menghormati kepercayaan kaum lain, tetapi apabila berlaku penindasan terhadap saudara seIslam kita harus menyuarakan bantahan demi memperjuangkan maruah dan hak umat Islam.

Seluruh masyarakat pengguna di negara ini tanpa mengira fahaman politik, agama dan bangsa juga wajar membantah keganasan kejam ini melalui kempen boikot terpilih. Maklumat lanjut berhubung produk kempen boikot terpilih bagi membantah kekejaman Israel boleh dilayari di laman web PPIM.

Klik Untuk Lihat Produk Yang Perlu Diboikot



Palestin… Apa Yang Dapat Anda Bantu..

Sebenarnya kisah Palestin tenggelam dan timbul, kerana banyak isu lain yang lebih diutamakan di dalam akhbar-akhbar dan media massa.

Sehinggalah beberapa hari ini israel semakin mengganas dan membunuh lebih 500 orang Palestin.

Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil cakna kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :
“Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah Allah subahanahu wa ta’ala telah perintahkan bagi kamu sekalian”
(Surah al Maidah : Ayat 21)

Palestin adalah tanah yang diberkati Allah. Firman Allah yang bererti : “Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. ” (Surah al Isra’ : Ayat 1)

Firman-Nya lagi yang bererti :

“Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah al Anbia’ : Ayat 80)

Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah.

RasuluLLah telah bersabda yang bererti :

“Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. ” (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)

Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh Allah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad sallaLLahu ‘alaihi wasallam di isra’kan.

Allahu..Allah. ..

Bangunlah Wahai Pahlawan Islam

Di bumi ini, ia pernah diperintah oleh Kristian selama 88 tahun (1099-1887). Dan akhirnya jatuh di tangan pahlawan Islam yang terkenal iaitu Salahuddin al Ayyubi seorang bangsa Kurdi yang bukan dari bangsa Arab. (Siapa yang berjuang di atas nama Islam, pasti Allah akan tingkatkan darjatnya).

Negara haram Yahudi telah tertubuh melalui British yang mengisytiharkan menerusi Perjanjian Bulfor pada 2 November 1917 dan mendapat persetujuan Amerika Syarikat pada 31 Ogos 1918.

Pelajar Melayu yang belajar di Mesir pernah berjuang dengan menubuhkan Persekutuan Putera-Putera Semenanjung (PPS) yang kemudiannya ditukar nama kepada Persekutuan Melayu Mesir (1952) dan akhirnya nama yang terakhir adalah Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir PMRAM (1971) bersama-sama kerajaan Mesir pada masa itu untuk memerangi tentera Israel yang bergabung dengan Perancis dan British.

Pada 29 Oktober 1956, di atas semangat persaudaraan Islam PMRAM telah menyertai tentera Mesir memerangi tentera musuh hingga ke perbatasan Suez. Manakala pelajar-pelajar yang tidak berkeupayaan menyertai jihad ini telah memberi sumbangan dengan menderma darah..

Golongan siswi pula tidak ketinggalan memberikan sumbangan menerusi khidmat menjahit pakaian tentera.

Mereka Saudara Kita

Dan kini bumi Palestin telah digemparkan lagi dengan peristiwapembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin.

Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.

Apa yang dapat kami bantu wahai saudaraku…

  1. Sekiranya anda seorang guru, ustaz, penceramah, rakan-rakan yang sedar dan cintakan saudara seIslam serta al Aqsa, sampaikanlah kepada mereka akan kepentingan Palestin, Masjidil Aqsa serta semaikan di jiwa mereka kisah pahlawan Islam dan penderitaan saudara kita di sana. Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.
  2. Sekiranya anda berkemampuan dari segi kewangan maka bolehlah menderma di sini.
  3. Sampaikan berita-berita terkini mengenai palestin dan umat Islam di negara lain melalui emel, YahooGroup, sms, mms, majalah dansebagainya sebagai medium penyampaian untuk memberi kesedaran kepada umat Islam dan rakyat Malaysia umumnya tentang penderitan rakyat Palestin.
  4. Anda boleh berusaha untuk memboikot barangan atau pengeluar yang membantu Israel dalam membangunkan ekonomi dan membunuh umat Islam di Palestin.
  5. Sekiranya anda seorang penulis, wartawan, kolumnis, atau seorang yang mempunyai kesedaran tentang pentingnya menyelamatka tanah Palestin, al Aqsa dan umat Islam silalah untuk menulis surat, menulis artikel, petisyen. Mudah-mudahan dengan usaha ini, ada di antara mereka yang berautoriti dan benar-benar sayangkan Islam akan memanjangkannya kepada pihak atasan, kedutaaan dan lebih dari itu OIC.
  6. Sekiranya anda seorang penulis blog, admin laman web, pereka grafik yang kreatif membuat widget bolehlah memaparkannya di blog  dan web masing-masing. Disarankan juga untuk memakai baju ‘bebaskan palestin’ contohnya.
  7. Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.

Mudah-mudahan dengan usaha kecil kita ini dapat meringankan beban penderitaan umat Islam di Palestin. Dan ALlah memandang kita  sebagai Muslimin yang telah berusaha untuk membantu saudara-saudaranya. . Insya ALlah.

Sumber Rujukan :

1. Prof Madya Dr Mohsen M. Salleh, Isu Palestin, Latarbelakang dan Kronologi Perkembangannya Sehingga Tahun 2000, 2001, Fajar Ulung,
Kuala Lumpur

2. AbduLlah Nasir Ulwan, Pejuang Pembaharuan Salahuddin Al Ayyubi, Cet Pertama 1999, Darul Nu’man, Kuala Lumpur

3. Ibnu Ismail, Nostalgia Syuhada’ Palestin, Cet Pertama 2003, al Qassam Library, Pahang

Sumber Ambilan : http://jarumemas.blogspot.com



Pictures Of Massacre of Gaza Children

Plzzz see the crimes of israeli army in Gaza

Who is the really terrorist??

Don’t forget to pray to our god and ask hem to help Palestinians commandos..

you must think in something to stop this massacre….

Because Gaza Massacre accusing will be hunted by every one who turn a blind eye of this crimes

December 30, 2008

PNN -Israeli forces killed two girls in an air attack on Beit Hanoun in the northern Gaza Strip early Tuesday. Local sources report that a missile destroyed a house belonging to Talal Hamdan in Beit Hanoun today, killing his two daughters of 12 and 4 years old. A son is reported seriously injured. Yesterday Israeli forces killed four sisters and a four year old boy. Over 40 children have been killed since Saturday.

The bodies of two girls, aged four and 11, who were killed in an Israeli air strike in Beit Hanun in the northern Gaza Strip Strip December 30, 2008.


Palestinians carry the body of 4-year-old Lama Hamdan during her funeral in the town of Beit Hanoun in the northern Gaza Strip December 30, 2008.

Palestinians bury the body of 4-year-old Lama Hamdan at Beit Hanoun cemetery in the northern Gaza Strip December 30, 2008.

Palestinians mourn beside the bodies of three children in Rafah in the southern Gaza Strip December 29, 2008.

Three Palestinian children from the Balosha family, of five who were all killed in the same Israeli missile strike, are seen in the morgue before their burial at Kamal Edwan hopsital in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008

Palestinian children from the Balosha family, who were all killed in the same Israeli missile strike, are seen in the morgue before their burial at Kamal Edwan hopsital in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.

Palestinian women mourn over the bodies of three Palestinian children from the Balosha family, of five who were all killed in the same Israeli missile strike, in the morgue before their burial at Kamal Edwan hopsital in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.

A Palestinian man buries the body of 4-year-old Dena Balosha at Beit Lahiya cemetery in the northern Gaza Strip December 29, 2008.

A Palestinian man carries the body of his 4-year-old daughter Dena Balosha during the funeral for her and her four sisters in Jabalya refugee camp in the northern Gaza Strip December 29, 2008.

A Palestinian mourner shouts as he lifts the body of a child from the Balosha family, of which three children and two teenagers, were killed in an Israeli missile strike,durng their funeral in the Jebaliya refugee camp, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.

A Palestinian man buries the body of 5-year-old Sodqi al-Absi in Rafah cemetery in the southern Gaza Strip December 29, 2008.

A Palestinian mourner carries the body of 4-year-old Dena Balosha, foreground, one of five members of the same family including three children and two teenagers who were killed in an Israeli missile strike, during their funeral in the Jebaliya refugee camp, in the northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008

The father of Palestinian Dena Balosha, 4, left, one of five members of the same family including three children and two teenagers who were killed in an Israeli missile strike, carries her body during their funeral in the Jebaliya refugee camp, in the northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.

bedroom of 5 killed girls

Samera Baalusha (34) carries her surving child Mohamad (15 months) while she waits to see the body of her daughter Jawaher Baalusha (aged 4) during the funeral held for her and four of her sisters who were killed in an Israeli missile strike, on December 29, 2008 in the Jebaliya refugee camp, in the northern Gaza Strip

Palestinian mourners bury 8 children killed in Israeli air strikes

Dec 29 – Palestinian mourners on Monday (December 29) buried 8 children who were killed in Israeli air strikes on Gaza Strip.

In the northern Gaza town of Jabalya, hundreds took to the streets to attend a funeral procession for five girls of the same family who were killed in one Israeli strike.

In this image taken from APTN video, Palestinian men carry two injured children into hospital after Israeli aircraft struck Hamas security compounds across Gaza in Gaza City on Saturday Dec. 27, 2008.

A wounded Palestinian boy is carried by his father following an Israel air strike in Gaza December 28, 2008.

A Palestinian boy is carried to al-Shifa hospital following an Israel air strike in Gaza December 28, 2008

A Palestinian security force officer carries a wounded girl into the emergency room at Shifa hospital in Gaza City, Saturday, Dec. 27, 2008.

A Palestinian girl wounded in an Israeli missile strike is carried into the emergency area at Shifa hospital in Gaza City, Saturday, Dec. 27, 2008.

A Palestinian man carries his wounded child to the treatment room of Kamal Edwan hospital following an Israeli missile strike in Beit Lahiya, northern Gaza Strip, Monday, Dec. 29, 2008.



cara berkesan mengajar anak – Shichida Methods
Januari 5, 2009, 10:04 pm
Difailkan di bawah: Kongsi Bersama | Label: , , , ,


Beberapa minggu lepas boss aku ada cakap kat aku yg dia hantar anak die 2
thn pergi Sichida kelas…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih
anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan.

Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practicesikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna yg aku nak masukkan tahun depan tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satusemester kat ITM, tapi boss aku ni atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 derang dan melayu cuma setengah kerataje…dia pun bersetuju ngan niat ikhlasnye untuk ajar aku dan staff melayu yg lain.

Aku pun nak korang practisekan bende ni kat anak korang, sebab baru
seminggu aku buat kat anak aku…dah nampak keberkesanannya.

  1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak soleh, dia budak kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb.
    Sbb during tidur-tidur ayam ni otak kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas hati…kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur, ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia, dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak  sihat, dia nak bangun awal….sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n ahad.
  2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu je, sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan pendek-pendek..buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang cepat-cepat..macam..a..b..c..d..e, insya Allah cepat die dapat sebab bila kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk tu…kita boleh buat card  1,2,3, gambar-gambar…potonglah gambar kat mana-mana dsb.
  3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb. memang le kite yang kene mengemas tapi takpe……… satu lagi cuba korang lukis gambar, contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis ikut apa yg korang lukis tu kat sebelah lagi…ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan….Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai….sebab depa makan guna chopstik…chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well gerakkan otak kanan.
  4. Jgn marah-marah atau tengking anak……..sebab depa boleh simpan semuanya dalam otak kiri…….kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1 tadi, and mintak maaf kat die…..
  5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah merapu takpa………kita pun bukan tak biasa merapu…….
  6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and suruh derang teka apa benda tu. First few times boleh bagi option macam….bagi tau colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu……..ni semua utk aktifkan otak sebelah kanan. Tapi ingat…..semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.
  7. Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks…tak boleh buat time tengah nak masak ke, basuh kain ke tengok tv ke, tak jadi….Buat kena ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai Alhamdulillah tapi kita kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh tarik balik..betul tak……Aku pun tengah try lagi ni…
  8. Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca….Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna perkataan jangan kat anak-anak…..itu lah yang anak akan buat…..so lepas nie kena ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak…contohnya….Tolong senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..
  9. Dlm Islam sendiripun menggalakkan kita ibubapa bercakap2/berdoa dgn anak2 ketika mrk dlm proses nak tidur sbb pada ketika itulah di antara waktu2 doa dimakbulkan.*

Rujukan rasmi : Klik Disini



Be careful Chinese New Year Oranges
Januari 5, 2009, 5:25 pm
Difailkan di bawah: News.4u | Label: , , ,

Chinese new year is drawing near. When buy Chinese oranges please beware of the worms inside.  These worms are very similar to the texture of the orange and therefore can only be observe if you look carefully (long sighted person may not notice).

The Chinese government had in fact made effort to destroy hundreds of tons of these oranges and compensate the farmers for these. But however some culprit may still sell it illegally. That’s why we need to be careful.

Whether the worms is harmful to the human body or not is still questionable. But generally if few numbers are consumed it should not make any harm according to doctors. It is advisable to be careful about it.

BEWARE Of CHINESE CHINESE ORANGES FROM CHINA. WORM INSIDE THE ORANGES

11

2

3



Selamat Tahun Baru 2009
Januari 1, 2009, 12:03 am
Difailkan di bawah: Cerita Cerita | Label: , , , ,

200191

Hepi New Year!!!

Fuh dah masuk tahun 2009 dah. Apa yang akan terjadi pada tahun ini? kitapun tak tahu. Apa yang lebih penting tingkatkan mutu produktiviti kerja kita kerana tahun ini pasti mencabar. Azam tahun 2009 aku ialah : aku nak selesaikan hutang, nak jadi agen insurans Takaful berjaya dan paling penting tahun ini aku nak kahwin. Kahwin beb sapa tak nak kahwin hehehe

Pada pengunjung blog citrasupply aku ucapkan selamat berjaya untuk tahun 2009 kerana yang pasti banyak kerja yang peri dibereskan ok. Byeee