Citrasupply's Weblog


Keburukan Perniagaan MLM

Kenapa MLM adalah skim piramid?

  1. Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
  2. Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
  3. Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah ‘atas angin’.
  4. Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
  5. Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor?

  1. Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
  2. Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
  3. Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
  4. Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu ‘sistem’, bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai ‘nature of business’. Anda sebahagian daripada ‘sistem’ yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
  5. Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
  6. Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
  7. Sistem ‘pelan pemasaran’ yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam?

  1. Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
  2. lebih daripada 80% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
  3. Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia, kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
  4. Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda.
  5. Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
  6. Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:

  1. Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
  2. Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
  3. Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
  4. Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
  5. Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
  6. Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
  7. Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
  8. “Jika saya boleh, anda tentu boleh”. Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

  1. Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
  2. ‘Pelan pemasaran’ yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta.
  3. Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
  4. Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa “jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.”Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
  5. Mempunyai dana yang besar untuk ‘menutup’ mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan.

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

  1. Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
  2. Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 ‘mind control’ (nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
  3. Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu.
  4. ‘In state of denial.’ tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
  5. Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke 20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
  6. Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:

  1. Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
  2. Logikkah harga sebotol minuman ‘kesihatan’ berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sesiapa saja.
  3. 8/10 daripada rakan/saudara/ keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
  4. Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah ‘cukup duit’.
  5. Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
  6. Kini ramai upline cuba mencari downline dari kalangan pelajar-pelajar kolej atau universiti kerana golongan ini senang termakan janji dan tertipu dengan upline. Ini kerana golongan ini ada dikalangan ‘sengkek’, ‘pokai’ dan orang memang tiada duit ataupun orang susah. Ditambah lagi dengan golongan ini dapat peruntukan dari pinjaman atau PTPTN.

Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?

  1. Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai ‘sistem’, bukan ‘produk’.
  2. Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
  3. Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
  4. Dari 100% yang masuk MLM hanya lebih kurang 10% sahaja yang berjaya dan kaya raya.
  5. Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
  6. Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
  7. Piramid yang tidak mempunya ‘tapak’ akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

* petikan ini diambil dari website putera.com

ps:- dari kacamata saya kini perniagaan MLM tidak lagi seperti dulu. Kini MLM penuh dengan tipu muslihat, penipuan, helah untuk dapatkan downline kerana saya percaya 80% sudah tak percayakan perniagaan ini dan hanya 20% lagi mempunyai pengalaman samada berjaya atau disebaliknya masih bertahan dengan MLM.

Pesan saya disini jika anda tak yakin dengan perniagaan MLM jangan cuba-cuba kerana anda bakal kerugian satu hari nanti. Kepada yang masih bertahan dalam MLM pesan downline anda janganlah mempengaruhi siswa/siswi dengan janji manis yang kemudian nanti akan memberi manfaat pada upline tapi siswa/siswi yang menjadi downline sengsara. Carilah orang yang sudah bekerja dan berminat menyertai MLM.

Artikel ini bukan memburukkan perniagaan MLM tapi sekadar memberi peringatan dan panduan supaya orang melayu kita lebih berhati-hati.

Pokok pangkal JANGAN IKUT ORANG, tepuk dada tanya selera.

About these ads

40 Komen so far
Tinggalkan komen

JOM JUAL GELANG

Komen oleh rm1juta

hmmm rasanya tak semua mcm tu kot… ada gak yg betul….

Komen oleh gerektua

xsemestinya mcmtu..sy ada join multilevel gak,tp semuanya balik modal dan dapat untung,..walaupun untung sikit,tp tiap2 bulan ada extra income..boleh la byr bil telefon,internet dll..setiap perkara ada positif dan negatif.jika kita asyik memikirkan yang negatif,sampai bila kita nk berjaya?

Komen oleh MUHAMAD NURIZWAN BIN JAMALUDIN

saya memmang amat bersetuju… tp semua orang tak punya pandangan yang sama… sapa yang rase berjaya teruskan je la… jangan libatkan orang lain yang tak suka dah la…heheheh

Komen oleh nana

Good information & keep ur good works!

Komen oleh Masrule Hamid

pakai bahasa indonesia ya,
bagus !!
saya mempertimbangkan pendapat anda, dan saya masih berfikir 2 kali untuk bergabung dengan MLM

Komen oleh az11s

saya hormati pandangan tuan yg bercerita ini… tp bg saya biasanya org yg marah ini kerana dia sendiri tak pernah berjaya atau tak tau ape2 pon atau mungkin dia tak pandai langsung.. so sy rasa elok kita wat sesuatu utk memajukan diri kita dari mencari keburukan orang lain…. bg saya itu hanya persepsi cetek penulis ini sahaja berbanding jutaan positive thinking kat luar sana.. tak de ape yg akan memberi kesan pun…

Komen oleh man

pernyataan anda ada betulny juga saya dulu jg mglmi hal yg sama. dgn brgbg byk MLM. akhrny sy jd tdk enak dgn tmn2 saya yg saya ajak join. skrg saat ditawari MLM
sy hny mjwb kl tdk smua org hrs join, knytaanya dgn cara konfensional pun kt dpt sukses.
SUKSES ADALAH HAK SEMUA ORANG!!

Komen oleh ardy

Bagi sy MLM kebanyakannya membuatkan orangramai terjebak.Selagi kita gunakan cara konvensional cari org join MLM selagi tulah org jd fobia.Rmi org dah serik ngan MLM krna tiada kepastian dlm pendptan.Mengapa x U all cari formula/kaedah supaya MLM x memerlukan orgrmi cari prospek..kan lebih baik dan sy lebih rela semua org join ada pendptan drpd lahirkan sorang dua jutawan yg pentingkan diri sendiri_jual ikan. Lu pikirlah sendiri !!!!Bak kata Nabil

Komen oleh Shah

kena ingat “usaha tangga kejayaan”..masuk MLM sbb nak kaya..kalau tak usaha tak kemana..org yang berjaya dalam MLM cuba tanya apa mereka buat..hanya hujung kuku saja usaha kita kalau banding dgn mereka..akhirnya pelat lelah 2-3 tahun..senang lenang seusia…berniaga lah tak kira apa pun..yang penting USAHA….jgn meminta minta

Komen oleh mrsyusof

huhu…tak sume nyer btol ngan penulis ni berkate2..tak sume nye seteruk spt yg digambarkan…mungkin sbb pernah terkena…macam saya..saya pon pernah di tipu…tapi tak sume biz mlm cam tu…jgn sempitkan minda..cube open mind n pikir secara positif..tuhan jadikan sesuatu perkare mesti ade sbbnye…

Komen oleh boon

kakak sya join MLM bertahun2 dh…tp x kaya2 pn..dulu slalu akak pujuk suh beli ni beli tu..suma produk mahal2 plk tuh..at last, b’hutang ngn dia smpai RM300..Rm400 sebulan..dhtu menyesal..saya x kisah, kalo produk tu bagus..saya beli. tp pantang btl kalo org paksa2 suh beli..dhtu bleh perli2 plk..beli tu boleh..tp kenapa bila produk ni xbleh?x sayang kluarga la..ape la..adus…bleh b’darah telinga dbuatnye..then, kalo kita beli produk lain..dia kecik ati plk..cmne tuh?padahal kita ade hak untuk buat pilihan…

Komen oleh anaryu

kawan2 pn ramai yg berniaga mlm nie…..suka jugak paksa2 orng…promote produk dia bgusN berkualiti…..tapi sebenarnya sama jer dengn product di pasaran…….boleh saya tau produck apa yg kakak awak jual…..macam kawan2 saya jual amway la…cni la….hi-o la…mcm2..kebanyakannya mahal dri brg2 di pasaran…..

Komen oleh zubir

Macam² pendapat mengenai isu MLM ni yer. Yang suka dan berjaya tahniah. Yang dah penah buat tp x berjaya mungkin bukan rezeki atau ada problem tersendiri. Yang mmg anti tu bawak bersabar la yer sbb kalau study sampai pecah kepala pon mmg x kan paham 100% kalau diri sendiri tak pernah mencuba, mcm mana nk prove kan benda tu ok ke x kalau x penah try secara serius kan?

Saya bukan nk ahungkan MLM ker Network Marketing ker ape cuma nk share sikit apa yg ada dlm diri ni. MLM is network marketing but not all network marketing tu MLM.
So jgn ingat asal ada network, kena cari org tu semua MLM. Kesian la yg buat insuran or unit trust sbb diorang pon wat network marketing gak. X jual produk tp menyediakan perkhidmatan. Bezanya diorang x gunakan sistem pairing yg mmg saya cukup x gemar.

Sistem Piramid dengan Skim Piramid x sama tau so jgn tersalah tafsir. Ramai yg tersilap pasal benda ni. Tu yg sampai semua network marketing je skim piramid. Sistem piramid ni mmg basic utk single marketing ker network marketing ker, konvensional bisnes ker sbb maksudnya sama dengan hirarki. Skim piramid ni paling senang ckapnya skim cepat kaya. X der produk pon boleh jalan samada cari org ataupun sistem pak man telo, melabur pastu dapat dua kali ganda utk next cycle. tp awas byk skim cepat kaya dan scam ni dh ada produk dan korang mesti tau punya ada yg dh base 10 tahun kt negara kita pon dah kena rush.

Kalau rajin jenguk2 lah ke http://www.zaharuddin.net/content/view/222/95/ utk sedikit info. At least kita tahu secara basic apa yg halal, haram atau syubhat dlm MLM or other konvensional bisnes ni. Jangan cari yg negatif jer nnt apa pon x boleh buat :)

Komen oleh arie

memang semua orang kate MLM ni ade buruk baiknya but for me. MLM ni lebih banyak buruk dari baik. Kalau nak jual produk buat mcm bese2x tak leh ke? kenape nk kena cari orang nk jual produk??? kalau nk cari orng untuk jadi custemor takpe… ni cari org untuk jadi ahli?? so kite ni jual produk ke?? jual keahlian??? itu satu yang sye tak paham.. second.. bile benda ni dah promote kat sedare mara itu lg menyakitkan hati. Kalau ikhlas untuk kesihatan dan sebagainya jangan amik untuk berlipat kali ganda.. merepek la benda ni sume.!! anti MLM tak kire la ape2x even korang kate MLM benda yang baik

Komen oleh fira

AGREEEE WITH YOU..!!!!!

Komen oleh lala

MLM?meniaga larut malam..bgus la..
kita akan kumpul duit tuk ms dpan dan akan kmpul dosa tuk tiket ke neraka..
bos!bisnes apa bos smata2 cari org tuk join bsnes ko ni bos!tu ko tau x bos,adalah unsur2 riba!ni fakta bos dikeluarkan oleh ulama!ko makan hrta org lain dan psiko org tuk join bsnes ko!srupa jer ko rompak duit kt bank!just ko kaburkan dgn ayat bisnes ni buat duit.!income bribu!ko ada otak dan akal!ko mnusia,bkn lembu.leh fkr and tnya pd pnasihat alim ulama!

Komen oleh taman

yep..sy setuju…klua larut malam..klu xde prospek duduk2 saje buang masa kt kedai mkn yg jdi port ahli2 MLM…kononnya nk share prob antara upline n downline2 mereka..mengarut sume MLM prog ni…!perdaya student2…uih..pastu bdk2 yg xnk…dimarahnya..panggil geng2 MLM nk psiko bdk2 tu..x baik btul…

Komen oleh wanie

MLM? Tahniah bagi yang berjaya…. dan Takziah bagi yang gagal…. sape nak buat,buat, sape tamau, tak payah….. thanks kepada penulis untuk pendapat. For me, hasil titik peluh sendiri jauh lagi berharga dari duduk diam dan pijak kepala saudara seagama untuk naik ke puncak.

Komen oleh compacity

saya tak menjual sepenuh masa tetapi pernah guna barang2 amway dah 10 taun so far barang2 anway berkualiti walaupun mahal . Apa yang penting bagi saya kesihatan saya semakin baik setelah bertaun2 mengunakkannya tanpa ada kesan negatif .Ada juga jiran2 dan kawan2 membeli dari saya, bukan kekayaan yang saya kejar tapi kepuasaan apabila melihat orang lain pula menjadi semakin sihat.

Komen oleh ray

saya setuju dengan komen ray.. say pun baru masuk amway setelah diperkenalkan oleh sorang pakcik bangsa cina bila tengok saya tak bermaya kerana sakit gastrik. so sy disyorkan makan vitamin dari amway. esoknya saya cubalah makan vitamin tu alhamdulillah berbaloi la duit saya keluarkan dari berjumpa doktor bagi mcm2 ubatan tp masih tak sihat. so dari situ saya kongsi la ngan kawan sepejabat yang ada sakit sama mcm saya. suami saya pun dah dapat turunkan berat badannya dengan bantuan produk amway walaupun mahal tapi kesihatan kami sangat memuaskan. lalu saya kongsi dengan kawan2 kerana yakin dengan produk tersebut serta mencubanya sendiri dana saya dapat site income yang berpatutan dengan hasil usaha saya. jadi tak delah omong kosong semata2 nak cepat dapat duit lebih.jadi saya pun tak rasa musykil tentang haram sebab saya tak paksa orang jd downline saya tapi kalo nak murah lagi kena la jadi ahli dan saya sedia membantu untuk terangkan kegunaan satu produk2 tersebut.malah saya dapat banyak keuntungan dari jualan saya. saya beruntung kerana jumpa ngan pakcik tu yang sudi tunjuk cara bisnes beliau dalam amway..

Komen oleh mek ti

kebanyakan masyarakat kita mudah tertarik dengan syarikat2 baru,pendekatan2 baru..nak tau syarikat mlm tu baik atau tidak,mudah saja..syarikat tu bertahan dari mula di tubuhkan hingga kini..berkatalah mengikut kajian,atau paling kurang anda berada didalam bidang yang berkenaan..kalau tak kena,kan jadi fitnah…bercakaplah berasaskan dan berunsurkan fakta..itu lebih jelas terang lagi bijak..

Komen oleh khazima

Salam kepada pembaca.
Saya amat2 setuju dengan artikel ini, setelah membacanya, artikel ini bukan bertujuan untuk menjatuhkan mereka yang sudah lama bertapak dan maju dalam MLM, Bagi saya sistem yang ada dalam MLM tidak akan berakhir dengan keuntungan yang sama rata kepada semua pengikutnya. Perbezaan kekayaan adalah amat ketara dalam MLM, yang atas pasti kaya tetapi yang di bawah pla kayap.

Komen oleh Azizul

sgt setuju dgn artikel ini. semua yg di janji kan hanya bertujuan mencari keuntungan dlm mase yg singkat sahaja (>3tahun). sgt5 sedikit yg melepasi tempoh itu and akhirnya tetap akan berhenti jua. sejauh mane anda berpegang pada prinsip MLM, anda tetap akan jatuh jua. INGAT.. strategi pemasaran ini bukannya datang dari teras2 ISLAM, tetapi berteraskan amalan BARAT.

Komen oleh Dean

Sistem yang ada dalam MLM tidak akan berakhir dengan KEUNTUNGAN YANG SAMA RATA kepada semua pengikutnya. Rakyat Malaysia 27 juta, yang layak buat MLM ( 18 tahun ke atas ) misal kata 17 juta, syarikat MLM yang berdaftar dengan Akta Jualan Langsung, katakan 500 buah syarikat, yang betul-betul minat nak buat MLM? Berapa orang? Katakan dari 17 juta orang yang layak buat MLM tadi, ada 1 juta orang minat nak buat MLM, bahagikan dengan 500 buah syarikat. Berapa yang tinggal?
So sapa yang masuk awal, untung lah dia, sapa yang masuk kemudian, nak pulak hujung-hujung.. Jenuh lah nak mencari sebab rakyat Malaysia yang minat nak buat MLM dah habis ditaja oleh orang lama, yang tinggal tak masuk MLM adalah orang yang tak minat buat MLM seperti Perdana Menteri, Mufti Kerajaan Negeri, pegawai daerah, doktor, ejen insurans, pengawal keselamatan ( selalunya pak guard tak minat MLM ), dan bermacam-macam lagi lah jenis orang yang dah selesa dengan hidupnya atau orang-orang yang miskin tak mampu nak cari modal nak join MLM.
So, sampai satu masa MLM mana pun akan “stuck”.. sebab makin susah nak dapatkan orang, nak pulak muncul company baru, produk baru, takkan nak tukar company? Duit dah keluar banyak, hutang bank belum bayar habis..nak tukar company MLM lain pulak? Nanti apa pulak kata kawan-kawan yang pernah kita ajak tapi dia taknak join tu? Tentu lah hilang respek diorang kat kita sebab tak ada pendirian. Yang kita ni nak tunggu pun, company duk ada dah nak mati, susah dapat downline… Hubungan sesama insan dah banyak rosak, kawan-kawan, sepupu, rakan sepejabat dah ramai menjauhkan diri…
So macam mana? MLM memang ada kebaikan, tapi lebih banyak keburukan…
Ni pendapat saya yang kerdil….
Assalamualaikum..

Komen oleh Hafid Derani

‘So sapa yang masuk awal, untung lah dia, sapa yang masuk kemudian, nak pulak hujung-hujung.. Jenuh lah nak mencari sebab rakyat Malaysia yang minat nak buat MLM dah habis ditaja oleh orang lama’…ayat ni nampak mcam logik, tp tak logik sbnrnya…sebab, yang masuk awal, tapi tak berusaha…tak dapat bonus!! walaupun masuk lewat, tapi berusaha dengn teknik yg betul, dapat habuannya…ini pun bergantung kepada sistem MLM itu sendiri. Kebyakn yang masuk MLM sekadar nak dapat produk dengan harga ahli!! so niat dia bukan nak senang, ttp nak nikmati keberkesanan produk, so dapat lah..

bagi saya, sblum msuk MLM kena ada ilmu.ilmu mengenal MLM. ada pro dan ada con. jnji bisnes kita ni, halal, tak tipu orang, tak aniaya orang…sebb, itu kerja haram. walaupun sistem halal, ttp haram sebenarnya..itu shj..

Komen oleh wan

bg sye mmg ada yg btol…tapi kesahihahnye bknlah 100%…
bg umat Islam…..agama sangat melarang umatnya untuk menipu dan mendustakan sesuatu,,,,,biarlah kita berada di jalan yang benar…..kerana bg sy benda ney akan dn mmg menjauhkan tali hubungan silaturrahim antara sesama manusia…..dan sy langsung tidak menyokong 100% bnde mcm ney….Insya Allah sekarang Tuhan masih menetapkan iman sy lg untuk tidak join bnde2 mcm ney…………
setakat inilah coretan luahan hati sy….

Komen oleh Putera Pertahanan

[...] Ini adalah entri pandangan dan berdasarkan pengalaman sahaja.Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang keburukan MLM dengan lebih ilmiah,anda boleh melayari pautan ini. Keburukan Perniagaan MLM [...]

Ping balik oleh Multi Level Marketing (MLM) | Program Orang Tipu Orang

Program MALAM (MLM) ni untuk orang yang sesuai je dengan jiwanya … yang tak sesuai dengan jiwa jangan gatal2 join :D

Komen oleh b3njy

memang betul nak berjaya kena berani berubah tapi bukan dengan MLM. Bianalah perniagaan konvesional itulah sebaiknya. saya dah banyak dengar taklimat MLM semua saya tolak sebab MLM bukan pilihan saya. perniagaan konvesional adalah pilihan saya walaupun dah beberapa kali gagal tapi itulah yang terbaik dari MLM

Komen oleh Zaharuddin Md Desa

yg saya tau.. MLM ni memang memutuskan hubungan silaturahim… kawan2 saya asyik paksa join diorang.. bila x join diorang pinggirkan saya… memang x patut…

Komen oleh amyrul skyrenz

maaf aku off topik sket. aku nk ceritakan sket bahana MLM ni. ape yg terjadi pd aku. baru sebln lepas aku berpisah dgn wife aku. sumer krn bisnes mlm ni. isteri yg aku syg da lupa diri sejak sertai mlm ni. dia rasa dia hebat bila dia sertai mlm ni. sampai berani ckp dkt aku, xde suami pon xpe. kehidupan kami pon berubah. dia terlampau taksub dgn mlm nye. selalu tinggalkn anak, n selalu blk 2-3 pagi. bisnes larut mlm katakan. weekend pon attend training la, meeting la. duit je pkir. sampai berani lwn suami. x bole ditegur. x respect pd suami. tp bila dgn kwn2 mlm nye bukan main mesra. kwn ppuan laki da xde beza. bila tgk laki yg join mlm tu hebat, mula membandingkan dgn suami. ntahla, byk lg buruk dia. bg aku senang cite mlm ni byk buruk dr baik. sampaikn ustaz jawi kl (ustaz abdullah, unit kaunseling keluarga) yg aku rujuk psl masalah rumahtangga aku ni pon geleng kepala bila aku ckp psl wife aku join mlm ni. katanya, byk jugak kes penceraian yg berlaku ade kena ngena dgn mlm. kira kes mcm aku ni byk la. so, pd suami2 yg wife dia nk cebur mlm ni b careful ok. i also heard psl budaya scandal2 n bersekedudukan ni ade dlm mlm ni. kata gi meeting, tgk gi dating. kite x kn nk ikut dia je tiap2 kali dia buat xtvt mlm kn. so it’s better prevent dr biarkan kn? yg wife dia blom start lg, masih belom terlambat utk do something. nasihatla isteri korang. sekian dulu dr aku.

Komen oleh sharil

Aku rasa sedih sgt kat ko sbb bini ko terkena manderem MLM ni. mmg,bila dah cebur MLM ni, dia tak hirau dah hal rumahtangga. Rumah tangga kacau bilau..tapi kerja2 bukan MLM pun sama jugak..dalam sektor swasta, gov pun ada kes cerai-berai ni…

buat bisnes pun sama jugak. tapi yg penting bg aku adalah kepandaian membahagi masa…kalau tak pandai bhagi, mmg hancus..balik 2-3 pgi sekali sekala, ok.tapi kalau hari2 tu dah lain..kena leverage masa,tenaga dan duit..itu shj. Insyallah…

Komen oleh wan

ckit lagi terjebak….
nasib baik jumpa blog ni… gara2 benda kita boleh hilang kwn n kepercayaan kluarga…
memang cari 4 org seumur hidup, tp nak yakinkan org tu payah, dalam 4 org blum tentu ada 1 yg nak… biarlah org nak kata apa, janji aq idup tda pyesalan… dripada klepet kwn n kluarga aq… cubalah pkir klu mereka x dpt cari org, hangus duit 800… byk tu… klu takat 50 blh jgk halal… saya xnak jadi org yg pentingkan diri sendiri kerana duit….

bagi ahli mlm ni…. betulkah kamu ajak kawan kamu atas dasar nak bantu… atau untuk kepentingan diri kamu sendiri…… hehehe…. :P

Komen oleh syarifah

Excellent site you’ve got here.. It’s difficult to find high quality writing
like yours nowadays. I honestly appreciate individuals like you!
Take care!!

Komen oleh Lorenzo

nice info…..lengkap…tepat!…..sungguh tak percaya semalam aku terjebak dgn MLM nye ceramah…rakan baik ajak(educated dari US),,.tapi 2013 nh, dia tak buat ceramah…dia panggil business network…konsep cofee house office… MLM dipanggil franchise….peh..sungguh susah nk balik…smpai pukul 12…dipancingnye awek(org lama MLM) utk aku bwk wolksagen sciroco dia….konsep piramid still ade… cuma % setiap pringkatje sama…time tu aku dah bajet ini stil MLM….produk nye lagi aku tak yakin… RM 18k utk 6 paper bag vitamin dan supplement.. klau 20 bag tu baru aku yakin.. boleh lah aku jual klau aktiviti MLM sangkut.. ape2 pun MLM akan jadi BAIK sekiranya produk itu betul2 berKUALITI dan bisnes MLM adalah salah satu platform terbesar bg pendidikan utk menjadi bisnessman/trader.. Buat masa ini.. aku masih tak terjebak dgn bisnes MLM…sbb produk tak menyakinkan

Komen oleh mangsa MLM semalam

MLM membuat orang terkesima karena lihat orang yg sukses… tp lupa banyak yg gagal…. hubungan teman, sanak sodara jadi terganggu…. ini yg jadi haram….

Komen oleh iiesuhendar

BETOL LAH TU KATE2 SIPENULIS….piramid tanpa tapak pasti akan roboh….kat dunia ni sitem ape yang x mnggunakan SISTEM PIRAMID…???contoh yng pling simple n dekat ngn kita dlm hidup sharian adalh sistem keluarga…hnya trdapat seorang ketua dlm keluarga…siapa..??SI AYAH…..seorang ayah berada pada puncak yang pling tinggi…dimana bertindak sebagai ketua keluarga…dimana si ayah tugasnya adlah membentuk ahli2 keluarga yang trdiri dari si anak2 dan si isteri mnjadi sbuah keluarga sakinah….dengan cara yg bagaimna…??dengan cara mberi arhan…???dengan arhan sprti apa…???dengan cara nsihat…??kalau si ayah mnyuruh si anak2 mereka mngerjakan solat lima waktu sedangkan si ayah sendiri x mlaksanakan suruhan ALLAH yng wjib ini ,agak2 si anak nk buat ke…??conform2 lah x kan…nk jadi ketua haruslah mnjadi roll model…x kan nak duduk goyang kaki jek…??kalau nak duduk goyang kaki jek pas tu mngharapkn income seperti jutawan mmg x da lg kt dunia ni…yg ad pon haram..SKIM PIRAMID A.K.A SKIM CEPAT KAYA….keje goyang kaki A.K.A mnjahit baju pon gune tnaga ape….keje ape yang x perlukan tnaga atau otak tp duit masuk…??ad jek kt MALAYSIA ni syrikat MLM yng dah bertahan lbih dr 10THN…AVON,ZHULIAN,TUPPEWARE,DCHL,HERBALIFE, COSWEY,WATSON…sye tengok smpi skrang WUJUD jek…x da lah pulak pihak berkuat kuasa serang syarikat2 tsebut…malahan tnpa kite sdar sebnrnya kite sndiri tlah mnggunakan produk2 trsebut dan mngakui kberkesanan n kualiti…knpe x nak BOIKOT jek…??standard lah kan kalau kte pgi PROGRAM motivasi,x kisahlah brkaitan dgn jati diri ke,pniagaan ke,motivasi kekayaan ke msti ad nyanyi2 n pengunaan istilah yg berulang2….btol x???
he3 bg sye slah nk wat perniagaan ape pon..x kisah lah mlm ke….mnaiga nsik lmak ke,bukak kdai runcit ke…bukak kilang besi ke….yang pnting biarlah sumber itu dtng nye dri punce yng halalnya dr mana…HAH,nk tmbah sikit…brkaitan dgn mrosakkan siratul rahim tu SALAH ok…hrus dingat air yng dicincang itu x kan putus…jgn slahkn pkara lain 100% ok…tidak sya nafikan ad sgelintir shabat2 sya wat biz ni tlah mnyebabkn hbungan kekluargaan sdikit renggang….tp mreka BERTINDAK dgn BIJAK…dengan cara sprti APA..??dgan cara MNJERNIHKAN situasi tersebut…TIPS UNTUK MEREKA YANG TELAH DIINVITE UTUK WAT BIZ MLM TP MSIH RAGU2 UNTUK MEMBUAT KPUTUSAN:
1)SYARIKAT:i)hrus prgi sndiri kelokasi syrtkt MLM tersbut..brada di lokasi sprti apa..??kalau stakat atas kdai snoker bwah kdai mamak lbih BAIK anda BRFIFIKR pnjang krana syarikat mlm yg btol2 kukuh slalunya brada di lokasi yang bukan calang2 MURAH sewa tapaknya …!!
ii)MENGKAJI lesen adalah sngt pnting sbelum mnyertai mana2 MLM….bile prgi syarikat LIHAT dgn MATA sendiri lesen yg trpampang…bukan lesen PHOTOSTAPH…sbaliknye yg ORIGENAL…tgok pulak NO LESEN PERNIAGAAN…sme x NO lLESEN PENDAFTARAN dengan lesen yg ditujukkan…nak periksa kt mne…???KPDNKK dan SSM…
2)PRODUK:i)nak wat biz MLM ni knalah tngok produk nye kan…kalo x da produk lpas tu dpat plak untung atas angin yg tu nme nye SKIM PIRAMID A.K.A SKIM CEPAT KAYA….
ii)produk pulak haruslah KURANG PERSAINAGAN….BERKUALITI dan BERKESAN…hrus diingat x semua biz mlm mngeluarkan produk ksihatan semata2 shaja…Salah tanggapan tersebut….
3)PENDIDIKAN:Biz mlm yg bagus adalah dgn mnyediakan KELAS pendidikan kpada ahli2 mereka…HAH!!yg ni senstive sikit la kan sbb ramai orng branggapan KELAS yg diadakan adlah untu MENGAJAR ahli2 mereka MENIPU…salah sama sekali…sbaliknya KELAS yng diadakan adalah utuk manabah ilmu pengetahuan ahli2 mereka terutama ahli2 yg baru kerana rata2 yg wat biz ni bukanye ad pndididkn brlatar blakang berkaitan dgn pniagaan…dgn kelas2 ini lah maka trciptalah ahli2 yg berkaliber dan self esetem yg tinggi..
4)BUDAYA:i)budaya dimana KETUA harus membuat kerja untuk mndapat income dan untuk ke pangakt yg lbih tinggi…
bukan ketua yg hanya skadar duduk goyang kaki,ckup blan dpt gaji…
ii)budaya sokong antra satu sama lain…dimana sorang ahli down yg lain bg sokngan emosi…bukan tinggalkan sorang diri..
iii)budaya dimana bukan buat kerja sorang diri..kalau wat sorang2 jawabnye mmg kelaut lah n x prgi kmana…TEAMWORK adalah sngat PENTING…!!
5)MARKETING PLAN:dimana penerangan yg diberi sebelum mlakukan biz adalah terang dan telus….bukan memutar blitkan fakta smpi x fham ape2…
ii)marketing plan adalah dlm bentuk BLUE PRINT…

Komen oleh ana bella

Betulll…saya baru join MLM ni..tp dah dapt income..stiap business perlu kuarkan modal…bila dah bermodal jgn la goyang kaki je mestilah kene usaha unt dptkan balik profit…MLM saya ni mmg memerlukan downline sbb nak sebarkan penjualan produk…MLM kami tdk mengamalkan paksaan..just dngr xplanation..klu confident bleh join klu xsuka xpe…itulah yg ditengkan oleh upline2 kami yg sudah berjaya.MLM saya mmg menekankan konsep beli dan pakaai..then bila dah tau keberkesananya baru kita confident unt jual produk. Kelas diadakn unt menerangkan pasal produk…MLM kami mengeluarkan pelbagai produk dari harga murah hingga la beribu..bukan hnya tertumpu pada makanan kesihatan sahaja…macam2 ada..dlu saya penah join MLM lain.caranya cukup berlainan.hanya tumpukan pada prospek tanpa ada latihan yg cukup mengenai produk2 yg ingin dijual dan 100% produk dri luar negara. MLM yg saya join skang cukup latihan dan penerangan tntg produk..bnyak produk dihasilkan oleh anak tempatan dan rnd di malaysia. Produk makanan kesihatan mahal sbb anak tempatan menggunakan bahan2 yg berkualiti unt kesihatan..salah satu produk makanan kesihtn dikeluarkan oleh seorang doktor pakar maknan tempatan dan diamalkan oleh doctor mata terkenal Prof.Dr. Muhayah.
MLM saya bulan 9 ni akan mengjangkau usia 20thn…
Sekian..

Komen oleh pengamal MLM

sokong 100% klau nk cri..kne cari la yg mcm ni bru btul2 menjadi

Komen oleh aliff




Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: