Citrasupply’s Weblog


Peraturan yang dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009

  1. Pemakaian tali pinggang keledar di tempat duduk belakang kenderaan persendirian bermula.
  2. Semua bakal pengantin beragama Islam diwajibkan menjalani ujian saringan HIV bagi mengelak jangkitan itu merebak kepada pasangan dan anak-anak.
  3. Cek tempatan dan luar kawasan boleh dijelaskan pada hari yang sama ke dalam akaun pendeposit berbanding antara lima hingga lapan hari perniagaan sebelum ini.
  4. Pesara kerajaan yang berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan.
  5. Pelarasan gaji dan kadar elaun seberang laut lebih tinggi kepada semua petugas dan pegawai pada musim haji.
  6. Bayaran ex-gratia kepada ibu bapa anggota perkhidmatan awam bujang yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
  7. Penambahbaikan terhadap skim pegawai siasatan, penolong pegawai siasatan dan pembantu pegawai siasatan bagi memperkasakan kegiatan pencegahan rasuah dan membanteras jenayah.

  8. Penambahbaikan bagi skim perkhidmatan pegawai kanan polis, pegawai rendah polis dan konstabel.

  9. Kadar tambahan kenaikan gaji sebanyak 20 peratus diberi kepada pegawai dan anggota lain-lain pangkat Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM).

  10. Pengguna kenderaan persendirian Kelas 1 yang menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Elite dari 12 tengah malam hingga 7 pagi menerima diskaun tol 10 peratus.

  11. Kutipan bayaran tambahan oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tidak lagi dibuat pada awal tahun.

Sumber: Utusan Malaysia m/s2 1/1/2009



Keburukan Perniagaan MLM

Kenapa MLM adalah skim piramid?

  1. Lebih menitikberatkan aspek mencari downline dari menjual produk.
  2. Lebih ramai downline, lebih tinggi komisen, bukan komisen berdasarkan jualan produk.
  3. Anda mendapat komisen dari downline yang mencari downline, dimana anda mendapat komisen tanpa menbuat kerja atau istilah ‘atas angin’.
  4. Modal untuk menjadi ahli amat tinggi, dimana yuran keahlian lebih tinggi daripada harga produk yg wajib dibeli.
  5. Harga produk yang dijual secara pakej biasanya terlalu tinggi dari nilai produk tersebut.

Kenapa MLM adalah perniagaan yang kotor?

  1. Anda boleh menjadi kaya raya tanpa menjual produk, padahal syarikat2 MLM tersebut selalu menyatakan bahawa mereka bukanlah skim piramid kerana mereka menjual produk.
  2. Anda dijanjikan pulangan berlipat ganda dengan kerja yg sedikit, tetapi hakikatnya lebih 80% dari yang menyertai MLM tidak mendapat balik modal.
  3. Anda diajar menipu untuk menarik bakal- bakal downline dengan janji- janji yang tidak masuk akal.
  4. Apabila anda menyertai MLM, anda memasuki satu ’sistem’, bukanlah sebuah syarikat yang menjual produk sebagai ‘nature of business’. Anda sebahagian daripada ’sistem’ yang memanipulasi orang lain untuk keuntungan sendiri.
  5. Menjual produk dengan harga yang terlalu tinggi dari nilai sebenar.
  6. Segala kerja keras anda tidak berbaloi dengan pendapatan. Upline2 mendapat pulangan berlipat ganda hasil usaha anda terutamanya pemilik syarikat MLM.
  7. Sistem ‘pelan pemasaran’ yang amat meragukan dari sudut Syariah.

Kenapa MLM perlu ditolak terutamanya oleh umat Islam?

  1. Janji- janji yang ditabur oleh upline anda hanyalah gimik semata- mata.
  2. lebih daripada 80% ahli yang menyertai sesebuah MLM tidak mendapat kembali modal, apatah lagi untung.
  3. Terbukti merosakkan hubungan sesama manusia, kawan, sepupu, ibu bapa, rakan sepejabat.
  4. Anda perlu menipu untuk berjaya menarik masyarakat menyertai dibawah anda.
  5. Skim piramid yang bertopengkan MLM amat meragukan dari sudut Syariah.
  6. Pulangan (jika ada) tidak berbaloi dengan usaha anda, sedangkan upline yang mendapat komisen dari kerja anda. Anda pula hanya mendapat komisyen bila downline anda membuat kerja.

Alasan- alasan yang paling popular digunakan oleh agen MLM sejak 20 tahun lepas:

  1. Produk kami adalah produk pertama seumpanya di dunia.
  2. Kami bukan skim piramid, buktinya kami menjual produk.
  3. Jika anda gagal dalam MLM, itu kerana kelemahan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.
  4. Ini adalah peluang untuk anda menjadi jutawan dengan modal yang kecil.
  5. Waktu kerja yang fleksibel, singkat dan boleh dijalankan dimana- mana.
  6. Dengan pendapatan yang anda bakal lakukan dengan MLM, anda boleh bersara awal dan melancong ke seluruh dunia di usia muda.
  7. Pelan kami berbeza dengan MLM yang lain dipasaran. Pendek kata pelan kami unik.
  8. “Jika saya boleh, anda tentu boleh”. Sebenarnya anda boleh menjadi jutawan hanya jika anda adalah orang terawal yang memasuki skim ini, iatu tidak lebih dari 10 orang terawal

Kenapa syarikat MLM jarang dikenakan tindakan walaupun boleh dibuktikan mereka mengamalkan sistem piramid:

  1. Pemilik syarikat MLM tersebut mempunyai hubungan politik yang sangat kuat.
  2. ‘Pelan pemasaran’ yang sangat kompleks beserta dengan skim bonus yang pelbagai memudahkan mereka memutar belit fakta.
  3. Menyatakan bahawa mereka menjual produk sebagai punca pendapatan yang utama, walhal produk hanyalah pengalih perhatian dari operasi sebenar.
  4. Kurang menerima aduan dari bekas agen MLM yang gagal, kerana mereka sudah ditanam di dalam minda bahawa “jika anda gagal dalam MLM, ia kerana kegagalan anda sendiri, bukan kegagalan sistem MLM.”Jadi mereka berasa bersalah terhadap diri sendiri.
  5. Mempunyai dana yang besar untuk ‘menutup’ mulut pengadu- pengadu yang ingin membuat laporan.

Kenapa ramai yang taksub dengan MLM?

  1. Kononnya dengan memasuki MLM anda boleh mengecapi segala impian anda yang mustahil dikecapi jika anda bekerja makan gaji.
  2. Sesi motivasi setiap minggu tersebut mempunya unsur2 ‘mind control’ (nyanyi beramai2, istilah2 yang sama diulang2)
  3. Disajikan dengan gambar2 org2 yang telah berjaya dalam bidang MLM yg mana hampir kesemuanya adalah palsu.
  4. ‘In state of denial.’ tidak sanggup mengakui kebodohan sendiri setelah menyertai skim MLM, lalu cuba memperbodohkan orang lain supaya nampak seolah2 pandai.
  5. Kononnya MLM adalah jenis pasaran terbaru, yang mana jika anda lambat, maka anda akan ketinggalan. Perlu diingat bahawa MLM sudah wujud sejak awal abad ke 20, jadi tidak masuk akal untuk mengatakan bahawa MLM adalah gerbang baru pasaran runcit.
  6. Kebanyakan ahli yang memasuki MLM adalah dari golongan yang berpendapatan rendah,maka janji2 bahawa mereka boleh menjadi jutawan dalam masa 2-3 bulan sememangnya akan membutakan hati mereka. Perlu diingat bahawa desakan boleh membawa kepada pemikiran yang tidak rasional.

Untuk renungan:

  1. Hampir kesemua produk yang ditawarkan oleh syarikat MLM berasal dari negara luar, biasanya Eropah. Ini adalah kerana jika anda ingin menyiasat kesahihan pengilang produk tersebut, agak sukar kerana jarak yang jauh. halaman web, e-mail dan nombor telefon boleh dicipta oleh sesiapa saja. Pokoknya anda tidak boleh melawat kilang tersebut untuk melihat dengan mata anda sendiri.
  2. Logikkah harga sebotol minuman ‘kesihatan’ berharga RM300? Pernyataan bahawa ia mahal kerana menggunakan teknologi baru atau bahan mentah yang sukar didapati tidak dapat dibuktikan secara sahih. Sijil dan anuherah boleh dibuat oleh sesiapa saja.
  3. 8/10 daripada rakan/saudara/ keluarga anda yang ada pengalaman dalam MLM pasti memberi komen yang negatif. Kenapa?
  4. Jarang- jarang kita mendengar arkitek, jurutera mekanikal, doktor atau juruterbang memasuki MLM. Sebaliknya semua datang dari golongan yang tak pernah ‘cukup duit’.
  5. Di Malaysia, ada hampir 1700 syarikat MLM yang beroperasi secara sah dan haram.
  6. Kini ramai upline cuba mencari downline dari kalangan pelajar-pelajar kolej atau universiti kerana golongan ini senang termakan janji dan tertipu dengan upline. Ini kerana golongan ini ada dikalangan ’sengkek’, ‘pokai’ dan orang memang tiada duit ataupun orang susah. Ditambah lagi dengan golongan ini dapat peruntukan dari pinjaman atau PTPTN.

Berapa ramai yang bergelar jutawan hasil dari MLM?

  1. Jika anda menyertai MLM, anda lebih ditekankan mengenai ’sistem’, bukan ‘produk’.
  2. Hampir semua syarikat MLM menawarkan produk kesihatan.
  3. Jika peratusan yang gagal dalam MLM adalah 80%, adakah 80% rakyat kita bodoh?
  4. Dari 100% yang masuk MLM hanya lebih kurang 10% sahaja yang berjaya dan kaya raya.
  5. Kebanyakan syarikat MLM yang bertahan lebih dari 5 tahun biasanya mempunya cabang- cabang perniagaan yang lain seperti hartanah dan sbgnya. tetapi syarikat yang semata- mata MLM akan tutup kurang dari 5 tahun.
  6. Cuba anda cari perbezaan skim Pak Man Telo dan MLM yang anda ketahui. Bandingkan perbezaan tersebut dan tentukan samada relevan atau tidak perbezaan tersebut.
  7. Piramid yang tidak mempunya ‘tapak’ akhirnya akan roboh. Anda tidak boleh membina sesuatu tanpa asas, ia pasti akan roboh.

* petikan ini diambil dari website putera.com

ps:- dari kacamata saya kini perniagaan MLM tidak lagi seperti dulu. Kini MLM penuh dengan tipu muslihat, penipuan, helah untuk dapatkan downline kerana saya percaya 80% sudah tak percayakan perniagaan ini dan hanya 20% lagi mempunyai pengalaman samada berjaya atau disebaliknya masih bertahan dengan MLM.

Pesan saya disini jika anda tak yakin dengan perniagaan MLM jangan cuba-cuba kerana anda bakal kerugian satu hari nanti. Kepada yang masih bertahan dalam MLM pesan downline anda janganlah mempengaruhi siswa/siswi dengan janji manis yang kemudian nanti akan memberi manfaat pada upline tapi siswa/siswi yang menjadi downline sengsara. Carilah orang yang sudah bekerja dan berminat menyertai MLM.

Artikel ini bukan memburukkan perniagaan MLM tapi sekadar memberi peringatan dan panduan supaya orang melayu kita lebih berhati-hati.

Pokok pangkal JANGAN IKUT ORANG, tepuk dada tanya selera.



Laman blog menghina Nabi Muhammad SAW
Disember 26, 2008, 8:59 pm
Difailkan di bawah: News.4u | Label: , , , ,

Laman blog menghina Nabi Muhammad SAW

KUALA LUMPUR 26 Dis. – Sebuah laman blog dikesan penuh dengan penghinaan yang amat sangat terhadap Nabi Muhammad SAW.

Blog tersebut turut menggunakan gambar dan lukisan kononnya milik seorang wanita Melayu. Bagaimanapun dipercayai gambar dan nama wanita itu hanya diperalat oleh pihak lain.

Soalnya, siapakah sebenarnya di sebalik blog tersebut. Apa yang pasti nombor telefon yang tertera pada laman blog itu, yang kononnya milik penulis blog terbabit, ketika dihubungi wartawan Utusan Malaysia mendapati ia merujuk kepada nombor telefon sebuah pejabat berdasarkan respon rakaman mesin jawapan.

Berdasarkan blog terbabit lagi, kononnya penulis wanita tersebut berfikiran terbuka.

Justeru ia sarat dengan pelbagai tohmahan dan penghinaan ditujukan kepada Rasulullah. Segala penghinaan itu pula disertakan dengan gambar wajah orang yang diubah suai bagi tujuan menghina dan mempersenda serta lukisan-lukisan yang memburukkan Nabi Muhammad termasuklah yang pernah disiarkan oleh akhbar Eropah yang telah dikecam hebat oleh umat Islam di seluruh dunia.

Sementara itu ada pembaca menghubungi pejabat Utusan Malaysia malam ini yang mahukan pihak berkuasa bertindak segera terhadap blog tersebut.
Sumber : Utusan Online 26/12/2008

Klik Disini Untuk Lihat Blog Celakeee Tersebut



Gruesome Addiction to Beauty Injection

image0011
Her name is Han Mi Ok, a Korean celebrity who became known as ‘Fan Lady’ after her disastrous cosmetic surgery. She underwent 15 reconstructive surgery to overhaul her ‘I-don’t-think-it-can-be-fix’ plastic surgery damage. She apparently became obsessed addicted to plastic surgery and couldn’t get enough of the ‘faux-fect face’ ( I made the word up) so she went to quacks just to indulge herself. She even personally performed a facial injection at home. The result…. well you can see it.

image0022
She used to look like this before the cosmetic surgery disaster:

image003

image004
On the photos above, Han Mi Ok was at the shooting of of 500th episode of Shocking Stories of the World.

I admire her courage to display her damaged face in public and let people see how ungodly  it is to distort ones appearance. I am not totally against plastic surgery but I am also not for it.

She should serve as a lesson to anyone who dreamed of having a ‘faux-fect face’. Think twice before you get cut up and think thrice before you inject yourself with human byproducts.

DO NOT, DO NOT INTERFERE WITH NATURE.



5 Things You Never Knew Your Cell Phone Could Do
Disember 10, 2008, 2:21 pm
Difailkan di bawah: Kongsi Bersama | Label: , , ,

11_1
For all the folks with cell phones.
(This should be printed and kept in your car, purse, and wallet)

Good information to have with you

There are a few things that can be done in times of grave
emergencies.

Your mobile phone can actually be a life saver or an emergency tool for survival.
Check out the things that you can do with it.

FIRST

Emergency


112_emergency-dail

The Emergency Number worldwide for Mobile is 112. If you find Yourself out of the coverage area of your mobile network and there is an Emergency, dial 11 2 and the mobile will search any existing network to Establish the emergency number for you, and interestingly, this number 112 can be dialed even if the keypad is locked. Try it out.

SECOND

3
Have you locked your keys in the car?

Does your car have remote keyless entry? This may come in handy someday. Good reason to own a cell phone:

  1. If you lock your keys In the car and the spare keys are at home, call someone at home on their cell phone from your cell phone.
  2. Hold your cell phone about a foot
  3. From your car door and have the person at your home press the unlock, holding it near the mobile phone on their end. Your car will unlock.
  4. Saves someone from having to drive your keys to you.

Distance is no object. You could be hundreds of miles away, and if you can reach someone who hasthe other ‘remote’ for your car, you can unlock the doors (or the trunk).

Editor’s Note: It works fine! We tried it out and it unlocked
Our car over a cell phone!’


THIRD
Hidden Battery Power

Imagine your cell battery is very low. To activate, press the
keys
*3370#. Your cell phone will restart with this reserve and the instrument will show a 50% increase in battery. This reserve will get charged when you charge your cell phone next time.


FOURTH
How to disable a STOLEN mobile phone?

To check your Mobile phone’s serial number, key in the following Digits on your phone:

*#06#

A 15-digit code will appear on the screen. This number is uniqu e to your handset. Write it down and keep it somewhere safe.

When your phone get stolen, you can phone your service provider and give them this code. They will then be able to blo ck your handset so even if the thief changes the SIM card, your phone will be totally useless You probably won’t get your phone back, but at least you know that whoever stole it can’t use/sell it either. If everybody does this, there would be no point in people stealing mobile phones.

FIFTH
Free Directory Service for Cells

< E M>Cell phone companies are charging us $1.00 to $1.75 or more for411 information calls when they don’t have to. Most of us do not carry a telephone directory in our vehicle, which makes this situation even more of a problem. When you need to use the 411 information option, simply dial: (800)FREE411, or (800) 373-3411 without incurring
any charge at all. Program this into your cell phone now.




Sistem Ekonomi Kapitalis Semakin Rapuh
Disember 1, 2008, 3:52 am
Difailkan di bawah: Kongsi Bersama | Label: , , , , ,
Dunia sedang menghadapi krisis ekonomi. Pasaran kewangan dunia yang tidak menentu sejak kebelakangan ini merupakan penunjuk jelas ke arah itu. Ia menjadi isu yang dominan di dalam ruangan-ruangan media baik media tempatan mahupun luar negara.

Faktor utama yang mempengaruhi adalah masalah yang dihadapi Amerika Syarikat (AS) iaitu mengenai masalah gadai janji subprima dalam pasaran perumahan. Gadai janji subprima adalah pinjaman perumahan yang diberi kepada para peminjam yang tidak memiliki latar belakang kewangan yang kukuh dengan kadar faedah yang lebih tinggi.

Apabila diteliti dengan lebih mendalam, seseorang itu tidak boleh menafikan bahawa krisis ekonomi yang melanda dunia dikala ini adalah disebabkan oleh penerapan sistem ekonomi kapitalisme oleh Barat yang diterajui oleh AS. Sejarah membuktikan bahawa, penerapan sistem ekonomi kapitalisme ini akan menyebabkan munculnya kegoncangan demi kegoncangan di dalam ekonomi.

Ia akan dihadapi oleh dunia dalam sela masa tertentu secara berkala. Perkara ini telah dijelaskan oleh Dr Thahir Abdul Muhsin Sulaiman dalam bukunya Ilajul Musykilah al-Iqtishadiyah bi al-Islam, yang menyebut krisis ekonomi dalam sistem kapitalisme adalah bersifat ’siklik’.

Ertinya, pertumbuhan ekonomi yang terjadi hanyalah putaran menuju puncak untuk kemudian jatuh ke lembah krisis kembali dan begitulah seterusnya. Krisis ekonomi bersifat ’siklik’ ini benar-benar terjadi di seluruh dunia, hanya sahaja kala putarannya berbeza-beza.

Bagi negara-negara maju seperti AS, Eropah dan Jepun kala putarannya adalah sekitar 25 tahun manakala negara-negara dunia ketiga seperti Malaysia, Thailand dan seangkatan dengannya biasanya sekitar 7-10 tahun.

Negara-negara Asia termasuk Malaysia kali terakhir dilanda kegawatan adalah tahun 1997 dan perkara ini dijangka akan berulang pada dekad pertama abad ke-21 ini. Ironinya, ketika pembentangan belanjawan 2008 pada hari Jumaat lepas (7/8/2007), kerajaan Malaysia dikatakan perlu bersiap sedia menghadapi kelembapan ekonomi dunia kesan daripada krisis ekonomi yang melanda Amerika sejak akhir-akhir ini.
Persoalannya, adakah kita sekarang berada di putaran yang menuju ke arah kegawatan ekonomi sekarang?

Sistem ekonomi kapitalisme bukan sahaja rapuh malah bersifat self-destructive atau makna langsungnya bermaksud menghancurkan diri sendiri. Inilah realiti wajah dari sistem yang terbit daripada aqidah sekular yang pasti tidak akan pernah menyelesaikan permasalahan manusia, malah menimbulkan lagi perbagai masalah yang bukan alang-kepalang kepada dunia seperti kemiskinan, jurang yang semakin melebar di antara golongan kaya dan miskin, kerosakan merata (collateral damage), hilang sifat kemanusiaan, bahkan perang dan penindasan di mana-mana.

Apabila diteliti lebih mendalam terdapat dua faktor utama yang menyebabkan sistem ini bersifat self-destructive. Pertama, persoalan mata wang yang mana mata wang suatu negara pada saat ini terikat pada mata wang lain (contohnya ringgit terhadap dollar AS), tidak pada nilainya sendiri.

Demikian itu nilai mata wang tersebut tidak akan stabil, kerana sekiranya nilai mata wang tertentu bergejolak, pasti akan mempengaruhi kestabilan mata wang tersebut. Maka apabila nilai mata wang tidak stabil, maka kegiatan ekonomi secara keseluruhan akan terganggu kerana mata wang itu ibarat lokomotif yang menggerakkan gerbang kegiatan ekonomi.
Kedua, kenyataannya sekarang ini, wang itu tidak lagi sekadar medium pertukaran untuk mendapat barang atau jasa perkhidmatan dalam sektor realiti, tetapi juga sebagai komoditi dalam sektor non-real iaitu diniagakan (dalam bursa mata wang dunia), diperjudikan (dalam bursa saham dan kegiatan yang sejenis) dan ditarik keuntungan (melalui interest atau dengan kata lain bunga atau riba dalam perbankan) dari setiap transaksi atau penyimpanan wang.

Dengan kata lain, yang menjadi pemicu kepada terjadinya krisis ekonomi adalah sektor non real atau keewangan, yang memang dikenali sebagai sektor yang penuh dengan spekulasi. Kekacauan di sektor ini menyebabkan kekacauan di sektor real (produksi,perdagang an dan jasa perkhidmatan) .

Harga-harga barang dan jasa perkhidmatan naik bukan kerana hukum permintaan dan penawaran (supply and demand) tetapi kerana riba bank yang meningkat dan terjadinya penyusutan nilai ringgit terhadap dollar AS.

Maka ditegaskan Dr Thahir Abdul Muhsin bahawa bunga bank merupakan salah satu punca ketidakstabilan sistem ekonomi dunia. Al-Quran telah meyebut sekeras-kerasnya dalam surah al-Baqarah:275- 276 sebagai orang yang tidak dapat berdiri tegak bagai orang dirasuk syaitan, disebut sebagai random walk, suatu istilah yang menggambarkan pola langkah orang yang mabuk. Malah ditegaskan juga menurut hadis (riwayat al-Hakim dan Baihaqi) yang menggambarkan aktiviti ekonomi yang berteraskan riba mengundang dosa besar laksana berzina dengan ibu sendiri.

Maka penyelesaian kepada permasalahan kepada krisis ekonomi dunia adalah dengan membakul sampahkan sistem ekonomi kapitalisme, dan menerapkan sistem ekonomi yang berlandaskan syarak iaitu meletakkan halal dan haram sebagai teras kepada aktiviti ekonomi masyarakat secara keseluruhan.

Dalam hal keewangan, sistem Islam membezakan antara wang dan modal. Wang adalah public goods manakala modal adalah private goods. Wang adalah milik masyarakat (public goods), maka kerana itu, Islam melarang melakukan penimbunan wang kerana pasti akan mengurangi jumlah wang yang beredar di dalam pasaran.

Semakin cepat wang berputar dalam masyarakat maka semakin baik ekonomi masyarakat. Kalau tidak, sebagai private goods, dana itu akan dilaburkan dalam bentuk syirkah (kerjasama bisnes), dishadaqahkan atau dipinjamkan (qard) tanpa riba, dikeluarkan zakat.

Wang juga dikembalikan fungsinya iaitu sebagai medium pertukaran dalam sektor realiti lantas mata wang dibuat dengan sandaran emas(dinar) dan perak(dirham) . Dengan dinar dan dirham, nilai nominal dan nilai intrinsik daripada penggunaannya akan bersatu.

Ertinya nilai nominal mata wang akan dijaga oleh nilai intrinsiknya, bukannya olah daya tukar terhadap mata wang lain. Tidak akan ada sektor non-real dalam sistem ekonomi Islam, ekonomi akan betul-betul digerakkan oleh sektor realiti sahaja.