Difailkan di bawah: Takaful etiQa Maybank | Label: bank, etiqa, gharar, judi, kebaikan insurans, pelaburan halal, Pelan EtiQa Takaful Maybank, pelan mesra, pelan prima, pelan sarjana, pelan warisan, perlindungan kanak-kanak, perlindungan keluarga, polisi, riba, simpanan, sumbangan, takaful
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Beringat sebelum kena, sediakan payung sebelum hujan, Inilah peribahasa yang mengambarkan kita perlu bersedia apa jua masalah yang mendatang tanpa menyusahkan diri dan orang lain. Selaras dengan tuntutan Islam dalam persediaan menghadapi sebarang musibah, eTiQa Takaful Berhad menawarkan skim simpanan berperlindungan Islam yang mana operasi kendaliannya dipantau oleh Majlis Pengawasan Syariah serta keuntungan perniagaannya dibahagikan secara Mudharabah dan juga perlaksanaan pembayaran zakat di dalam perniagaan.
Manfaat Simpanan berperlindungan yang ditawarkan oleh eTiQa Takaful Berhad terdiri daripada tabungan pendidikan anak-anak dan simpanan berperlindungan individu yang merangkumi beberapa manfaat seperti dibawah :
1. Manfaat kematian biasa dan kemalangan
2. Manfaat Hospital
3. Manfaat Bertempoh
4. Manfaat Penyakit Kritikal
5. Simpanan dan keuntungan Mudharabah.
6. Pelaburan & Simpanan
7. Perlindungan & Persaraan
8. Kad Medik
Terdapat 4 pelan yang popular ditawarkan oleh Maybank Takaful Etiqa iaitu :
1. Pelan eTiQa Takaful MESRA
2. Pelan eTiQa Takaful SARJANA
3. Pelan eTiQa Takaful PRIMA
4. Pelan eTiQa Takaful WARISAN
Terbaru yang ditawarkan oleh Insurans Etiqa ialah MEDICAL CARD yang menyediakan pelan perlindungan jika anda dimasukkan hospital. Yang menariknya disini ialah anda mempunyai manfaat dari segi pembayaran bil hospital, ubat ubatan dan juga pembedahan dimana-mana hospital SWASTA yang berdekatan.
1. Pelan eTiQa Takaful MESRA
Berikut adalah contoh manfaat bagi bagi tempoh 25 tahun Umur: 28 Tahun, Jantina: LELAKI Sumbangan Bulanan: RM150 sebulan
Bawah ni penerangan pelan:
1. Manfaat khairat kematian hilang upaya kekal = RM 91,182.00
2. Jumlah simpanan selepas 25 tahun = RM 54,004.00
(Berdasarkan kadar mudharabah 5.5% setahun. Kadar ini akan meningkat berubah setiap tahun.)
3. Manfaat idemniti (kerugian) akibat kemalangan = RM 15, 000.00 depend kepada kecederaan.
4. Manfaat penyakit kritikal = RM15,000.00 cover 36 penyakit kritikal diberikan setelah ada pengesahan doktor.
5. Manfaat hospital = RM100.00. Sekiranya masuk hospital, peserta boleh claim sehari RM100. kalo masuk 3 hari dapat RM300.
2. Pelan eTiQa Takaful SARJANA
Manakala bagi pelan pendidikan ini berkonsep 2 dalam 1
skim perlindungan dan menjamin simpanan pendidikan untuk anak.
Sumbangan : RM140 . Sumbangan Bulanan : RM140 sebulan x 20 tahun
Manfaat untuk anak:
1. Manfaat khairat kematian | hilang upaya kekal = RM 91, 586.00
2. Jumlah simpanan selepas 20 tahun = RM 46, 462.00
3. Bentuk simpanan boleh dikeluarkan awal 3 thn sebelum tarikh matang
Rm 33,000.00
Jika anda ingin menyumbang berjumlah RM100
Sumbangan Bulanan RM100 sebulan X 20 tahun
Manfaat untuk anak:
1. khairat kematian | hilang upaya kekal = RM 91, 079.00
2. Jumlah simpanan selepas 20 tahun = RM 27, 885 boleh dikeluarkan awal 3 thn sebelum tarikh matang = RM 20,000.00
3. Selain tu, sumbangan adalah fleksible jika peserta inginkan manfaat hospital (bukan kos rawatan) untuk anak
Kelebihan yang di tawarkan di dalam pelan eTiQa Sarjana ini :
Manfaat anugerah intelek untuk keputusan cemerlang dalam peperiksaan dan ini boleh digunakan sebagai motivasi anak-anak anda untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. Antara sumbangan hadiah daripada Etiqa ialah :
I. UPSR 5A =RM 500
II. PMR 8A =RM 750
III. iSPM 8A =RM 1000
Manfaat anda sebagai pembayar ialah :
Sekiranya si pembayar (ayah&ibu) meninggal dunia atau hilang upaya kekal, pihak eTiQa Takaful Berhad akan meneruskan sumbangan hingga tempoh matang.
Oleh itu simpanan pendidikan untuk anak tetap terjamin. Bagi pihak penjaga atau anak tidak perlu membayar sumbangan.
Dengan pelan eTiQa Takaful Sarjana ini, simpanan pendidikan untuk anak akan lebih terjamin selain ada perlindungan untuk anak. Selain itu faedah lain menabung di eTiQa Takaful Berhad, sudah dipotong zakat dan di selenggara oleh Majlis Pengawasan Syariah. Selain itu ada jugak pelan simpanan untuk individual.
* pelan di atas adalah untuk umur kanak-kanak 2 tahun. manfaat akan berubah jika umur meningkat tetapi jumlah simpanan untuk 20 tahun adalah sama.
3. Pelan eTiQa Takaful PRIMA
Pelan ini khusus untuk anda seorang peniaga, business person, atau juga anda seorang yang berkemampuan kerana Etiqa Prima menyediakan peluang untuk anda melabur dan juga memberi perlindungan untuk anda
Ini kerana sumbangan anda selama setiap 3 tahun, anda akan diberikan bonus berkala dan dalam pada masa yang sama anda akan mendapat Protection,Saving dan Dana Pelaburan anda.
Dari bonus berkala tersebut kita boleh melabur semula untuk menggandakan wang kita dengan melabur di mana sektor perbankan yang menawarkan 10%-38% dsb yang sepertimana di ditawarkan oleh Public Mutual, CIMB, AMBANK, ASB, ASW 2020 dll.
Terdapat juga golongan ahli perniagaan atau peniaga kecil menggunakan bonus berkala ini adalah untuk menambahkan modal dalam perniagaan, pembelian aset seperti rumah,kedai, bangunan.
Sekiranya peserta itu membuat pelan Etiqa Prima ini dalam tempoh 30 tahun, so 10 kali peserta tersebut akan dapat bonus berkala.
Dengan Pelan eTiQa Takaful PRIMA anda mendapat Protection,Saving dan Dana Pelaburan anda. Kehidupan yang selesa jika anda bersara kelak.
4. Pelan eTiQa Takaful WARISAN
Untuk pelan Etiqa Warisan pula, ia berbentuk pelan jika anda bersara wajib kelak ketika umur anda selepas 55 tahun . Pelan ini agak menyerupai KWSP @ EPF. Dalam polisi pelan ini peserta sebagi peserta hanya membayar sumbangan sehingga umur anda mencecah 55 tahun sahaja. Akan tetapi perlindungan ini tadi akan berterusan sehingga umur 88 tahun.
Namun bagi peserta yang yang berumur lewat 50-an, anda perlu membayar sumbangan untuk pelan ini tambahan 5 tahun ke atas. Mungkin sehingga umur 60, 65 tahun.
Yang menariknya bagi saya sebagai orang ejen. Ramai tertarik dengan pelan ini kerana dalam polisi pelan ini, ramai peserta menjadikan ia sebagai dana pencen dengan mengambilnya 10% setiap tahun. Ada juga menjadikan pelan ini sebagai dana pendidikan, perniagaan ataupun untuk menunaikan Umrah dan Haji.
Untuk penyertaan mana – mana pelan eTiQa Takaful Berhad, boleh dikurangkan dalam pembayaran CUKAI PENDAPATAN(LHDN).
Justeru itu akaun simpanan anda boleh dikeluarkan selepas 3 tahun. Pengeluaran dibenarkan 50% pada tahun ketiga dan 80% pada tahun ke empat, boleh mengeluarkan dari jumlah simpanan pada setiap tahun TANPA dikenakan sebarang caj seperti mana insurans konvensional.
Tetapi peserta dinasihatkan supaya terus menyimpan supaya simpanan dihari persaraan makin tinggi. Sekiranya peserta mahu menamatkan polisi ataupun surrender, semua akaun simpanan akan dipulangkan kepada peserta.
Selain pada itu: ETIQA TAKAFUL BERHAD yang dahulunya Takaful Nasional sudah lama di dalam industri takaful adalah syarikat takaful NO 1.
Hazreelluzzaman Ishak
019 – 276 8278
hazreell@yahoo.com
Ejen EtiQa Takaful Maybank (WAS45526)
http://citrasupply.wordpress.com
5 komen sehingga kini
Tinggalkan komen
<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <pre> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>
Hi, Boleh ceritakan kpd saya bila baru kita mengambil wang kita sepenuhnya?? tahun ke berapa? selepas tahun kelima, 80% ialah sumbangan kita atau bersertakan keuntungan juga?
Comment oleh Judy Jun 11, 2009 @ 6:57 amhi…i nak tau macam mana dapat jadi ejen takaful &kena fees berapa ringgit!tank!!!!
Comment oleh fanny Julai 1, 2009 @ 5:05 pmnak jd ejen takaful senang jer. pergi je sykt2 eiqa takaful yg berdekatan dan di sana nnt akan diterangkan keperluan yg msti ada. salah satu drpnyer msti ada sekrg2nyer SPM. gmbr ukuran ic bkn paspot ea sebyk 2 pcs.salinan sijil SPM klu kelulusan setkt SPM la. salinan buku akaun maybank atau klu xde buku akaun dptkan surat pengesahan buka akaun drp bank yg awk buka akaun dlu. ttg fees plk awk kene sediakan sekrg2nyer RM102.
Comment oleh azhari Ogos 31, 2009 @ 1:18 amdetail utk fees tu:
money order utk exam=RM60
Comment oleh azhari Ogos 31, 2009 @ 1:25 amsetem duti=RM10
register=RM15
buku contoh soalan=RM4
starter kit=13
berapa kena bayar sebulan untuk takaful warisan?
Comment oleh Aida November 23, 2009 @ 5:19 am