Citrasupply's Weblog


KHASIAT PELUK ISTERI
November 6, 2008, 9:56 am
Filed under: Petua - Petua | Label: , , , ,

KHASIAT PELUK ISTERI

Nie tak termasuk peluk boyfriend tauuuuu……….. oh, and isteri ORANG lain!!

KHASIAT PELUK ISTERI (UNTUK YG DAH BERKAHWIN..YG BELUM KENA CEPAT2 KAHWIN)
Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.

Pakar motivasi Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, “Fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan, seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah”, katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks : Penawar dan Rawatan bagi Banyak Penyakit di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perpektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang baru-baru ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolestrol dan meningkatkan kesihatan isteri.
“Oleh itu, suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan
digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak
ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berterampilan menarik . “Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

Saja je highlight kan yang 2 paragraph terakhir…………….

About these ads

1 Komen so far
Tinggalkan komen

Suami peluk isterinya ketika tidur mendapat banyak faedah physical dan physological.tetapi apa pula yang berlaku kepada suami??? tak ada kah kebaikan atau baik nya hormon ketika body contact???

Kalau ya..apa lah salah nya kita suami dan isteri sekarang ini..Isteri senentisa mempersoal kan apakah ganjaran balasan nya kalau memasak, tidur sama suami, mandi sama suami,menjaga anak, bersih rumah dan lain-lain lagi. Apakah balasan nya kalau suami keluar rumah seharian mencari rezeki. Dan apakah balasan nya kalau suami tinggal dirumah tidak dapat mencari rezeki..

Berdosa suami kalau tidak dapat memberi rezeki kepada isteri..
Berdosa suami kalau tidak memuaskan nafsu isteri.
Berdosa suami kalau Isteri tidak sembahyang..
Berdosa suami kalau Isteri curang..
Semuanya berdosa kepada Suami kalau isteri yang tidak mengikut perintah illahi???

Beruntung nya insan yang digelar isteri di sisi agama dan shurgalah tempatnya kalau ditunaikan..

Kenapa dan apa jadinya pihak suami?????

Komen oleh hassand




Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s



Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers

%d bloggers like this: