Difailkan di bawah: Cerita Cerita | Label: Duit Oh Duit, PEMBODEK untuk raja dan negara
Didalam satu organisasi sesebuah pejabat mestilah mempunyai struktur ognanisasi untuk melancarkan proses kerja. Ia terbahagi kepada bos dan kuli kebiasaannya. Kalau syarikat tersebut besar dan dan ramai pekerja maka besarlah organisasi tersebut.
tujuan kita melakar organisasi nih supaya proses kerja dilaksana dengan betul dan semua ada kerja masing2 berdasarkan pada pecapaian, kemahiran dan kebolehan membuat keputusan. Besar tanggungjawab seseorang itu maka besar risiko dan amanah yang ditanggung.
Tapi yang aku dapat lihat sekarang manusia2 di Malaysia nih bila bekerja mesti ada kami pengampu atau bodek. Ish ish ish aku kekadang tak paham kenapa situasi nih terjadi. Kekadang kita nih lebih aggresif dari orang lama pun dikatakan pembodek. Iyalah tenaga dan fikiran orang muda nih luas dan diakui lum matang tapi apabila kita bekerja kita nak satu keputusan yang boleh membanggakan.
Kerja tetap kerja tapi yang aku tak suka mesti ada orang cuba nak melemahkan dan nak menjatuhkan. Pasal apa? pasal dengki khianat dan sakit hati. Kita nih yang aggresif kene pijak ngan org lama yang pembodek nih dengan memacam cara =
- Bila kita mengutarakan idea baru yang lebih positif kita di ‘SMASH’ cukup2 ngan orang lama terutama yang naik pangkat dgn cara ‘Tok Ampooo’ dengan alasan kita nih tak bagus dan idea cam ‘celaka’ padahal idea kita lebih baik dan teknologist
- Bila keluar proposal dari kita yang baru nih silap2 kena 10 kali buat pembetulan kalau boleh nak nama sipembodek nih dimasukkan dalam proposal kita. Walaupun tak ada kene mengena mesti atau WAJIB masukkan namanya dengan harapa bos paling atas nampak kerja si pembodek nih.
- Sipembodek menjadi BOS tempat kerja MESTI tak buat kerja . Pasal apa tau tau nak buat kerja . Kerja yang diorang tahu ialah Bodeks N Bodeks. Yang akan menjadi mangsa buaya sapa? kita yang bertahta di meja kuli.
- Mesyuarat mana2 pun mesti dia dipanggil. Kalau tak masam muka 2 ke 3 hari dan habis lah silap2 gaji tak naik atau kene posting tempat jauh. Kalau ahli politik takder masalah pasal mereka leh mengupah wakil dan pastikan dia dapat duit bukan kerja.
- Bos besar suka apa? Golf? karaoke? kelab hiburan? perempuan menggiurkan? sukan? kereta? cerita TV? fuhh memacam lagi yang mana kaki bodek nih mesti ikut citarasa bos. Yang tak pernah main golf sanggup beli set golf supaya dapat main sama2 ngan bos walaupun tau sipembodek nih BODOH golf.
- Cantas mencantas. Sesapa masuk meeting, berbincang berkumpulan atau bekerja tempat yang ramai bos mesti dapat rasa menda nih. Bila bos buat keputusan semua YES BOS padahal keputusan tu amat bodoh sekali dan cibai lahanat punya result tapi kumpulan gagak hitam pembodek nih sanggup mempertahankan keputusan bosnya agar bos tersebut dapat lihat sipembodek nih bagus orgnya dapat dapat sesama membantu menghancurkan organisasi dan mengaut keuntungan.
- Duit Oh Duit. Oiiii ini amat ditakuti sekali pasal ini umpama racun nuklear dan paling cikai racun paraquat. Dengan keputusan atau tindakan disusuli umpanan duit, maka terciptalah situasi PEMBODEK untuk raja dan negara. Ish tak sanggup aku nak cerita bab nih pasal kerana duit MALAYSIA dan KETUANAN MELAYU Hancussssssssssss!!!
- Bodek untuk kuasa. Menda nih sensitif pasal skang berebut rebut, sanggup tikam belakang, berbunuhan, pijak, sepak, terkam, cincang, gigit menggigit antasa satu sama lain, saling bertukar tukar kunci pintu jeriji pusat JKKK kampung sampai orang tak boleh masuk dan lama2 jadi gajah putih Pusat JKKK kampung, dan paling bahaya sanggup jual cipap dan kote untuk dapatkan kuasa. Ish sapa tu ? haaaa sapa yang terkena?
- Banyak lagi lahhh , kalau ada kongsi2 sesama.
Oiii macammana masyarakat dan negara kita nak maju kalau sikap kat atas ini bermaharajalela ? macamana anak cucu kita mewarisi trend bersih? Yang paling aku nampak orang melayu paling banyak pembodek. termasuk jabatan kerajaan, company melayu swasta, institusi pendidikan, Syarikat besar kempunyaan melayu. Mesti ada.
Pening aku memikirkan nasib rakyat negara aku nih yang menjadi mangsa kekejaman bodek mereka. Bodek punya pasal orang lain makan pasir kat rumah.
Difailkan di bawah: Kongsi Bersama | Label: berfikir, gula berlebihan, imaginasi, kerosakan otak, pencemaran, perokok, tabiat, tidak mengambil sarapan pagi, tidak sihat, tidur
Satu peringatan dan tabiat kebiasaan kita yang boleh dikongsi bersama
- Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. - Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. - Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit ‘Alzheimer’. - Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat. - Pencemaran udara
Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak. - Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang
boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. - Menutup muka ketika tidur
Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. - Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.
- Kurang berimiginasi
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun. - Jarang berfikir
Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.
Difailkan di bawah: Kongsi Bersama | Label: ayam, halal, haram, hukum, islam, Kentucky Fried Chicken, KFC, letrik, malaysia, muslim, sembelihan, syarak
Bahan ini saya peroleh dari email sahabat saya. Mari kita sama berkongsi dan ambil panduan khususnya orang Melayu Islam.
Bahan Umum nisasolehah menulis – “Saya terima artikel
ini drpd kawan dan tidak berniat memburukkan mana-mana
pihak. Hanya bertujuan berkongsi dan menyampaikan
maklumat untuk kita sama-sama berfikir!
Persoalanya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang
menentukan halal atau haram sesuatu makanan itu
diperbuat contohnya daging babi…sememangnya haram.
Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu makanan itu
dibuat. Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri
satu kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan
Kes KFC.
Begini ceritanya :
Difailkan di bawah: Kongsi Bersama | Label: bayi, gaban, kasut panda, kenangan, maskman, penguin, sekolah, susu, tahun 80-an, tanda
untuk bacaan pada masa lapang…
enjoy…sure korang teringat balik zaman2 sekolah
dulu…
tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:
kita membesar dgn menonton Suria perkasa hitam, gaban, G-Force, He-man, Transformers, Thundercats,Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron. Time paling best time pagi hari minggu. bangun pagi tak gosok gigi buka tv tengok kartun.
TV dulu bukan cam skang 24 jam . Kul 4.15ptg start dengan azan asar dan tazkirah.kalau citer pasal gaban atau suria perkasa hitam cerita tu ditayang hari khamis 4.30 petang selepas siaran RTM bermula. Pukul 5.00ptg baru abih, sapa sekolah agama petang memang kantoi tak pegi laa, sampai kene rotan pasal ponteng hari kahmis. Bukan aku saja ramai lagi siot yang ponteng macam aku.
Berus gigi time waktu rehat kat sekolah rendah?…hmm, mesti pegang cawan
warna-warni kan bawak dari rumah, mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat sebelah…
Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. beratur kat luar bilik reramai sambil pegang kad rekod warna hijau then pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal beb .
Ni sure korang igt…program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb. Susu UHT atau susu Untuk Hantu Toyol hehehe
cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan…kan? atau rotan bulu ayam. Awal tahun nampak cantik rotan tu bila dah nak cuti akhir tahun dah togel
Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin. Nasi lemak 20sen air 10sen. Bawak duit belanja singgit dah kenyang gila dah . belanja 60sen belen masuk tabung.
Hankyu Jaya, Yaohan – shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa. Nak lepak lepak( yang dok dekat KL) Pertama complex ngan Campbell je port yang best. SOGO? lum ada lagi. masa aku sekolah menengah baru ada.
Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Yang mana nak jimat beli kasut Panda ngan Penguin . Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu…ada yang suka stoking tebal laaa…
Internet? Email? mendalah ape tu? tak terfikir pon, nak beli komputer time tu mak bapak pikir 2 ke 3 kali pasal harga pon nak rm5000 tau lebih masa tuu . mahal wooo tak macam sekarang.
CD? ape tu? MP3? penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, ‘telur’ keras warna warni, ‘rokok’ chewing gum, KIKI Bubble Gum.
tak dilupakan, ‘Ti Kam’.bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.
tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apek atau macik pegang payung kat luar sekolah tuh…
lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar 5 minit awal.
Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders, lumba lari, main anak ayam , basket ball . Yang paling tak lupa sapa tak bawak baju PJ kene bukak baju sekolah just pakai seluar sekolah je. Apa lagi ? belengeng lerr.
Permainan kegemaran sapa yang sekolah rendah agama time petang , sementara tunggu azan asar , korang main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, ‘Pepsi Cola one-two-three’, ‘Police & Sentry’ (actually its Police & Thief; kita yg pronounce police sentry…) kejar2 duduk… abih baju kalau terjatuh kene tanah merah hehehe
kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen atau ais krim ping pong . yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu
ni. baling2 kapur laa. Yang paling best koyakkan kertas kat tengah2 buku then buat roket. kene Haaaa!! kat depan roket baru baling.
PS2? PSONE? XBox? apa tu?? tak tau langsung . Sapa ada game Mirco Genuis Super King 2 yang pakai tape plastik dan harganya mahal. Hanya orang bandar saja yang tau menda nih . Budak kampung?? hmmmm tak main laaa game2 nih baik main bola, teng teng, EEEE , galah panjang. Paling koman main game ‘Atari’ dgn ‘Game & Watch’.
hmm…budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar ‘remaja’.
bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu ‘We Are the World, We Are the Children…’ dan lagu ‘Uptown Girl’ yang diorg tau, yg Westlife nyanyi….bkn Billy Joel nyanyi… Lagu paling best lagu UntukMu Ibu kumpulan Exist, Lagu nasyid tak sehebat skang, Dulu Lagu2 nasyid hanya vokal sahaja tanpa muzik, itu pun orang AlArqam yang mulakan dulu.
Kowang tak percaya akan ada TV 29′ 32′ 35′ flat screen …dan kowang skarang tak reti nak
switch on TV kalau xde remote control.
hmm…jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. Kowang paham ape yang korang baca kat atas ni dan kowang sure tersenyum
2. Kebanyakan member2 sekolah menengah kite dah kahwin.
3. Kowang sure pelik bile tengok budak2 kecik main komputer, selamba je
4. Kita geleng kepala bile nengok bdak2 sekolah menengah guna handphone
5. Kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. Bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu…
7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terfikir satu
Yaa, kite pun dah semakin tua!!
Teringat zaman2 dulu kan?
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Lega rasanya apabila memikirkan kaedah terbaik untuk aku mendekati warga blogger dan juga membolehkan aku memperkenalkan diri aku sendiri dan juga memperluaskan empayar perniagaan keluarga aku.
Penat rasanya bila memikirkan bila kini ekonomi negara Malaysia tercinta ini semakin menurun disebabkan oleh permainan kapitalis kapitalis barat yang sedaya upaya menkayakan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
Susah beb bila citer pasal ekonomi tempat aku sekarang, dengan gaji yang aku dapat sebagi staff IT di salah sebuah syarikat newspaper terkenal tanah air, aku kini pergi kerja naik motor untuk menjimatkan kos. Sedih aku tapi nak buat macammana hidup mesti diteruskan juga.
Hah!! aku nekad nak membantu perniagaan keluarga aku yang kini agak terjejas ekoran pengurangan permintaan pengguna pada produk kesihatan dan kecantikkan. Produk tetap produk macam macam ada kat Malaysia nih produk beribu ribu jenama dan memacam kebaikkan yang boleh kita dapat.
Cabaran yang akan menanti aku nih hebat hebat belaka, bayangkan produk yang family aku usahakan ini baru mencecah 3 tahun tapi sampai sekarang masih meletup dalam pasaran pasal bersaing dengan syarikat syarikat gergasi seperti Sendayu Tinggi, Leesa Formula, Natasya ishh macam macam lagi lah. Aku tekad akan menggunakan teknologi web dan internet untuk memperluaskan promosi produk aku nih.
Pada sesiapa yang membaca blog aku nih aku harapkan satu, iaitu hembusan semangat positif untuk aku berjuang supaya aku tidak tunduk pada tekanan tekanan yang membelenggu aku. Aku nak sukses dalam kerjaya dan perniagaan aku. Aku nekad akan membantu sesiapa sahaja nak pertolongan aku dari segi membantu dan mempromosi perniagaan masing2.
Marilah kawan kawan, kalau harapkan makan gaji rasanya tak lama lagi makan ubi kayu ngan keledek lah, Pada kawan2 yang berniaga moh!! kita sama sama berjuang untuk keluarga dan diri sendiri. Jangan kita harapkan belas kasihan dari orang lain , biar orang pandang tinggi kedudukan kita. Hanya berniaga sahaja dapat menaik taraf ekonomi terutama orang melayu.
Kepada kaun adam yang bekerja makan gaji , teruskan perjuangan mu, Pada kaum hawa yang sekian lama duduk dirumah menjaga ekonomi rumah tangga, jom!!!! mulakan langkah pertama membantu kaum adam menambah isi pendapatan. Bukan memaksa tapi fikir fikirkan lah zaman semakin maju manusia semakin tertekan.
Masa untuk kita berubah!!!